Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Monday, January 31, 2011




Hari ni abah bawa balik ubi kayu lagi.  Bila balik kerja ada je bawa balik barang. Hari tu dah buat lepat ubi, buat talam ubi lah pulak.  Buat talam ni senang dari lepat sbb tak perlu cari daun pisang nak potong lg, cuci, lap, layur (bakar).  Tp bagi yg tak biasa mmg talam ni lg susah sbb buat kepala tu selalu bagi masalah.  Terlembik atau keras. Petuanya dua cwn santan pekat untuk 4 sudu besar tpg gandum. Cubalah.

Sunday, January 30, 2011

PUDING TAPAI



Ini lak puding tapai. Hari tu buka peti tengok ada tapai ubi, lak tu dah seminggu tak makan2. Itu maksudnya abah suruh buat puding tapailah tu. Bahan dan cara buat memang senang tapi kuihni kena sejuk kalau tak sejuk tak sedap. Makan lak musim panas mmg sedap. Bagi org yg suka tapai bolehlah cuba tp kalau tak suka   tapai tak payah cubalah.
Tapai 1 bungkus, susu cair 1 tin, susu pekat 1/4 tin dan telur 5 biji (tp saya selalu guna 4 aje) gred A. Buang urat ubi tu dulu( dekat ktn ni 1 bungkus tapai 1.20 sen aje. lebih kurang 5 ketul. semua bahan masuk dlm blender. Tuang dlm loyang dan kukus sampai masak (20 mnt) Kalau ikut resepinya buat gula hangus 7 sudu besar. Banyakkan sikit airnya. Bila puding tu masak tuang dalam loyang tu. Guna loyang yg agak besar supaya puding tu nipis.  Tp saya tak buat gula hangus. campur je masa blender tadi. Kalau nak kuat rasa tapai tambah lak tapai beras yg dlm daun getah tu l/kurang 3 bungkus.

Thursday, January 27, 2011




Gambar hari perkahwinan tahun 1988. Abah dgn sampin songket hitam. (gambar atas )

Tuesday, January 25, 2011

Sampin songket

Ni cerita tentang sampin yg abah pakai tu. Ada kenangan dengan sampin tu. Sampin tu abah pakai masa kawin dengan mak 22 tahun dulu. Nanti ye mak letak gambar lama2.
Dah lebih 20 thn, ape petua untuk kekal hingga ke akhir hayat. entahlah tak tau nak kasi tip2 rasanya pihak isteri kena banyak mengalah dlm ape hal sekalipun. namapun husban tu ketua, jd kena ikutlah apa ketua kata. agak gitulah...... entahlah.....

Sunday, January 16, 2011

Ini gambar masa sekolah ABS dulu kalau tak salah masa f-4 ni, sebab f- 5 dah pakai tudung. Sebenarnya blog saya ni macam dairilah, aktiviti saya hari2, cerita2 lama, saja2 untuk suka2. Cuma segala tulisan saya ini takut tersilap dan melukakan hati sesiapa atau ada unsur bangga diri. Semoga tiadalah yang salah sangka .  Segala tulisan yg tidak elok akan dielakkan. Masa sekolah dulu tu lah tempat kami melepak sementara tunggu bas datang. Ada lagi ke pokok tu. Dilereng bukit tulah banyak kenangan. Saya yg duduk didepan berambut pendek. Yg sebelah saya tu ikat satu Sofiah namanya. Dia polis di KL, tak ingat lak balai polis mana. Yani sebelah saya tu jadi guru sementara di KG awah  pastu terus kawin.

MASA MUDA2

Friday, January 14, 2011

Ini pulak gambar anak no. 3 bersama kawan semasa raya 2010.  Gambar ni ada kisah menariknya. Selama ni saya tak kenal emak kawan sekelasnya adalah kenalan saya semasa sekolah ABS dulu.  Bukan satu batch tapi mmg kenal dan kawan juga. Emak dia muda setahun dari saya.  Bahkan masa mak dia kawin dulu saya pergi.
Tentu bekas pelajar ABS sekitar thn 1980 kenal dengan Roshayati Harun. Dia mmg popular, Ratu trek. Ha...... tu lah anak dia, yg lelaki tu, anak saya yg tengah2 tu. Kalau dulu emak sama sekolah. sekarang anak lak sekolah sama dan kawan baik lak tu

Anak ke 3 lebih mesra dipanggil kak De. Hobi dia ni suka posing dan rakam gambar.  Kalau gi mana2 suka bertemankan camera. Agak2nya  nak jadi model atau jurukamera kot. Janganlah kerja glamour camtu pilihlah kerja yang boleh lebih memberi kebaikan kpd org ramai macam guru, doktor atau apa2 saja yg tak glamour.  Bukan menghina kerja model2 ni. Kalau ingat masa tadika dulu berbulan menunggu k. De depan kelas tu. Bila ok tak payah tunggu dah tapi bila naik thn 1 menanggis semula mintak ditunggu sbb tak biasa dgn kawan baru. Kena tunggu lagi.  Tapi bila dpt straigh A masa PMR dan dpt tawaran ke MRSM bersemangat nak gi. Kak de tak payahlah duk asrama, sek sini jelah. tp abah galakkan dia ke MRSM, kata abah kena belajar hidup sendiri jgn asyik berkepit dgn mak abah. Cubalah k. De. kalau rasa nak tukar sek. kat sini nanti cakap dgn mak ok. Tapi insallah tamatpun sampai f 5. Tengok gambar masa dinner kat MRSM tu.
Melaram habis.

Kak De n hobi

Wednesday, January 12, 2011

Anak2 Amanah dr Allah

Ni nak cerita pasal anak bukan petua2 buat kuih lagi. Abang cukup2lah berenang tu.  Tahun ni nak UPSR belajar rajin2.  Minat sgt berenang nntilah lepas periksa mak hantar kelas berenang. Satu lagi suka sgt baca buku cerita Diary of Wimpy kid.  Mak pun suka kamu baca buku bahasa inggeris nnti pandai BI. tapi tahun ni stop dululah baca buku tu.  Lagi satu buku tu mahal tukar2lah dgn kawan boleh jimat sikit. Papa kata kalau dapat 5A dia suruh abang duduk hostel. Tak payahlah bila form 4 nnti baru pegi asrama, ni kecil lagi. Tp kerajaan nak hapuskan PMR jadi kalau nak masuk asrama kena dr form 1.  Ye ke?confirm ke PMR nak dihapuskan. Nnti tinggal mak dan adik kt rumah. sunyinya. tapi kata orang kalau nak ilmu kena berhijrah. Mcmtu lah dah lumrah alam anak akan meninggalakan mak abah samada cepat atau lambat aje.  ape nak takut.

Tuesday, January 11, 2011



baru2 ni pergi KL runah abang, sempat gak belajar buat keropok cheese. Sebanarnya nama keropok tu apa ye? tp kakak ipar saya panggil camtu. Kalau raya mmg banyak org jual keropok tu. Family saya mmg suka keropok2 ni, terutama kalau masin, manis2 ni kuranglah. Macam maruku, kerepek pisang mmg kegemaran kami, duduk depan tv tak sedar habis sekilo. Sbb tu masa nak keKL tu saya phone siap2 kat kakak ipar nak belajar buat keropok ni. Bahan dia mudah aje. Tepong gandum, Mauripan, garam dan cheese( yg berbentuk segi4 tu namanya kalau tak silap BEQA) nantilah tanya semula. Mesin yg digunakan pula mesin mi, harganya pun mmg murah kalau kat Giantlah. Dohnya mesti keras tak mcm karipap tu. Cheese tu lak disagat dlam tpg gandum.  Masa nak masuk dlm mesin tu guna no. 4 kemudian masuk lagi sekali no. 2. Baru keropok ragup sbb ketebalannya yang sesuai. Tengoklah sikecil 2 org tu pun rajinnya menolong. Hai nampaknya bila besar nnti rafik dan Hana boleh jadi cheflah.

Resepi ni lak guna petua org muda2 sbb org tua dulu2 buat guna planta. Jadi petua nak bg lemak dan enak letak cheese. Terpulanglah kalau nak pedas letak lada.  Chese letak 1/4 saja dari sebuku cheeese tadi untuk 1/2 kilo tpg gandum. Mauripan 1 1/2 cam kecil. Bila sebati perap selama 15 mnt aje. Ok boleh cuba.

keropok cheese

Add caption