Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Sunday, February 27, 2011


Masak tempoyak keladi kemahang. Kalau tak betul caranya mmg gatal tersangat2 gatal lidah, mulut sampai tekak. Selang sehari masak keladi pulak. Kalau hari2 tempoyak boring jugak. Tapi kalau orang Lipis, Jerantut, Raub ke hari2 tempoyak pun takpa. Masak keladi ni tak perlu campur ikan, cukup dengan tempoyak dan cili padi aje, yang menambahkan sedapnya mesti ada daun kesum.

Kalau kepasar Tani bolehlah jumpa sayur2 kampung dan lauk pauk ikan sungai (air tawar). Cuma malas aje nak ke pasar tani sbb hari minggu mmg malas nak keluar awal pagi.Tahu2 ajelah bila hari minggu nak bermalas-malasanlah. Kalau kesana dalam pukul 9 pagi pun dah susah paking. Hari tu abah rajin lak sbb teringin makan cara kampung. Tengok abah beli terung telunjuk, ikan sungai, jering, keladi dan yg tak boleh miss tapai pulut.Hari tu terus dpat idea masak gulai tempoyak ikan sungai campur terung telunjuk. Emmm sedapnya.

Monday, February 14, 2011

Mandi manda di sungai Kuala Sentul. Musim panas memang best mandi disungai, airnya yang sejuk. Hari minggu baru ni balik temerloh, melawat abang ipar dihospital temerloh, terus kerumah emak kejap balik tu abang nak mandi manda. Dia tak boleh kalau tak ada aktiviti utk dia, mesti nak juga.

Penat bila balik, sehari pulak tu mmg penat sampai rumah dah maghrib, besok sebok sbb sekolah, macam ni kerja sekolah abang banyak.

Saturday, February 12, 2011

Hidup perlukan pengorbanan

Dalam hidup ni kena berkorban demi orang lain, tak kiralah dengan anak2, suami, emakayah, dan sesiapa yg hampir dengan kita. Supaya mereka2 ni akan senang hati dan gembira selalu. Tapi macam mana dgn kita pulak ya?

Kalau dah berkorban, tak perlu kita ungkit2, kita mesti ikhlas, kita lakukan pengorbanan tu dengann ikhlas. Jadi bila orang lain happy kita turut sama happy kan. Hidup akan lebih bererti kalau orang happy dan tiada musuh dalam hidup kita.

Minggu ni abang, adik tak sihat, batuk, demam dalam pada tak sihat tu kena sengat lebah pulak.  Saya pun sama turut berjangkit penyakit batuk kemudian selsema sekali.  Hari ni sabtu, abang minta macam2 buku hilanglah, nak tracksuitlah, kalau tak kami pun mmg selalu keluar bandar hujung minggu cam ni. Tapi dalam keadaan tak sihat ni keluar gak lah. Abah sebok memanjang, tak pe lah biarlah dia dengan kerja dia, biarlah mak layan kau orang, itu dah mmg kerja mak dari dulu. Nasiblah kak Na balik minggu ni adalah kawan boleh tolong uruskan budak nakal 2 orang tu.

Buku dah dibeli, tracksuit juga dah dibeli, ronda2 kejap nampak lak tudung, beli tudung. ambil itu, ambil ini, bukan bazir pun, walaupun masih awal bulan mesti beringat, nnti gaji habis malu nak mintak dgn bos besar. Dalam kereta mmg memeningkan dgn 2 budak nakal tu, bergaduh tak habis2. Abang kata t/suit adik tak cantik, murah, adik kata abang punya tak cantik. Kalau ikut kan hati rasa nak tonyoh2, dah lah bandar kuatan ni sebok kalau ptg sabtu. Kita bawak kereta gerak mcm kura2. Kadang2 tu mmg malas keluar bandar, Kuantan ni sebok memanjang. tambah musim perayaan baru2 ni (raya cina). 2, 3 hari sebelum raya cina bandar ni mengalahkan melayu pun nak beraya. Itu bandar, kedai kwasan perumahan saya ni pun sebok, semua nak simpan stok barang, sbb kedai cina nak tutup 4 hari. Kalau hari jumaat lak org Ganu, terutama kemaman turun kesini. Kalau boleh elak jgn kebandar hari jumaat.

Hidup ni tak boleh rasa bosan, kalau kita bosan bermakna kita jadi orang putus asa. Kena anggap apa yg berlaku adalah menarik dan bersemangat untuk meneruskan hari esok. Macam ni lah hidup saya, kalau boleh setiap perkara yg dilakukan sangat menarik.

Wednesday, February 9, 2011

Digigit Lebah

Kesian adik digigit lebah.  Semalam dia main ditepi rumah, tiba2 melolong rupa lebah belaan abah tu mengigit. Itulah dah lama suruh bakar tempat lebah tu, tp abah kata biarlah nnti boleh ambil madu.  Kena gigit tu masa kul 2, tengok tak bengkak pun lepas sapu minyak afiat, bangun pg baru nampak bengkak, patutlah malam tadi asyik merengek aje. Lepas ni biar mak bakar.

Saturday, February 5, 2011

Kek Oren


Sempat juga buka blog kejap, hari ni tak masak, makan kenduri rumah kenduri kawin aje. Masa kenduri nilah kenal jiran tetangga itulah seronoknya, kalau pegi holiday dah tentu susah dpt jumpa camni. Masa ni gi kenduri rumah orang nnti giliran kita pulak bermenantu.  He he.... Balik kenduri semua anak tidur. tapi kita terus mula operasi di dapur, sbb abang dah lama minta kek oren. Bila dah ramai balik ni seronok sikit makan ramai2 terus habis satu dulang tak pe. Sekarang ni orang mmg ramai suka buat kek, mcm2 kek terutama kek yg cute2  (kek cawan). Saya lak mmg tak berapa minat makan kek termasuk abah.  Kalau kak De n abang nak makan kek selalu beli kt Intan Oven tu aje. Kek kat kedai tu mmg sedap. Anak suka simpan dalam peti bila sejuk lg sedap katanya. Kek Black Forest namanya. Tapi kalau abah mmg tak sentuh kalau kek2 ni terutama yg sejuk. Itu sebab kalau panas mcm buat kat rumah mmg dia selera makan.

Bila sebut pasal kek,  teringat birthday saya baru2 ni, Birthday saya mmg senang ingat. Besoknya tengoklah dalam paper terpampang cerita birthday. Tapi bukan cerita birthday saya tp birthday Siti di sambut Hotel 5 bintang ke 6 bintang ke. Hadiah tahun ni rahsia katanya. Tapi tahun sebelum ni dapat handbag harga 40 ribu, kereta beratus ribu dan entah apa2 lagi.  Hadiah birthday saya tahun ni abah belanja makan ikan bakar di Tanjung lumpur. Emmmm sedapnya, selain dr itu ucapan birthday mmg dia selalu ingat. Bagi saya hadiah tak penting, sekadar ucapan tanda ingat pun dah cukup. Janji abah sayang sampai bila2 itu yg paling penting. Tapi birthday abah pulak selalu lupa, kekadang tu anak tlg ingatkan. Sorry Bah...

Friday, February 4, 2011




Chinese new year duduk rumah tak kemana-mana pun. Masak soto pulak. Kenduri pun ada 2, 3 jemputan. Ada juga abah tanya nak bercuti kemana, tapi baik duk rumah aje, tak habis duit, sekarang ni semuanya mahal, kalau pegi kedai ambil ini itu dah rm100. Lebih baik duk rumah tak penat, Kalau buat soto ni memang cerewet tapi berbaloi sbb anak suka makan. Paling cerewet buat bergedil (bukan berdegil).  Abah lak tak mahu daging  kisar di pasarraya tu, kena buat sendiri guna daging segar. Hari tu saya buat lebih kurang 1/3 kilo daging. Rebus dulu sebuku kemudian potong kecil2 dan kisar. Kentang digoreng potong bentuk cam dalam gambar tu. Dulu2 saya buat rebus tp sekarang belajar dgn kwn goreng lagi elok. Memang betul cubalah. Bawang besar potong atau kisar pun boleh. guna sebiji aje dah cukup. sekarang bawag mmg mahal. Campur semua bahan tambah garam dan sesudu tpg ubi. Insyallah akan jadi elok tak berderaipun. Sebelum goreng celup dlm telur yg tlh dipukul.
Ni pulak anak No. 2, panggilan manja kak Na. Tapi kalangan kawan disekolah panggil Hani. Sedang belajar di Uitm Shah Alam.  Hari Ahad ni baliklah ke Shah Alam. Kelmarin beli tiket dah habis. Hari sabtu pun habis. Terpaksa balik hari isnin.  Nasib kelas pukul 2 ptg.  Ni pun sama macam kak De, masa tadika menangis, Tahun satu pun menangis. Kat rumah rajin melayan adik2, tp tak minat masak2 ni. Tp kalau takat goreng2, buat sandwich bolehlah harap.

MASAK2 DI CHINESE NEW YEAR




Laksam (betulke ejaannya) dah lama tak buat. Nasib baik jadi.  Anak saya memang suka laksam ni,  ayong dan kak na. Tp kak De tak suka sangat. Kalau buat ni kak na tak payah makan nasi dah.

Buat ni guna tepong beras. Sekampit tu dibancuh dgn 6 1/2 cwn air, campur jg tpg ubi setengah cwn. Insyallah jadilah.

Wednesday, February 2, 2011

 

Ini bakal menantu ke?....Gambar kak De dgn Amir anak Roshayati Harun. Moga anak2 semua berjaya dalam pelajaran ya dan jangan lupa surahanNya supaya hidup diberkati. 

CHINESE NEW YEAR

Cuti panjang. seronoknya, anak2 ramai balik. Bolehlah masak2. resepi ape ye. Abang dah minta kek oren. Tapi kita disini bergembira jgn lupa di Asia barat sekarang sedang bergolak. Sedih tengok blog krisismesir......Gitulah kalau pemimpin tamak haloba. Sama di Tunisia. Benar kata unggapan kejayaan dan kejatuhan lelaki adalah sebab wanita dibelakangnya.  Ben Ali kehilangan kuasa kerana ketamakan isteri. Harap2 tidak terjadi di Malaysia.