Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Friday, September 23, 2011

Chicken Chop yang rangup



Inilah kegemaran abang, puas juga mencuba resepi, tanya kawan2lah, tengok dlm blog masakanlah. Tapi saya masak dgn cara saya sendiri tiru sana sikit sini sikit jadilah macam ni. Abang kata sedap aje terutama sos lada hitam tu. sehingga licin dicecahnya. Mungkin di Rest. resepinya lain, resepi saya ni simple sangat, tp yg pentingnya kalau guna peha ayam atau bhgn lain yg ada tulang buang dulu, kemudian ketuk sampai leper, perap mesti lama. baru best. Abang mmg suka western food jd kenalah belajar. dia makan nasi sekali sehari aje, lepas tu tak lalu dah, nak western lak.  Atau western pagi petang. Hari tu balik sekolah baru menggoreng kalau dah sejuk kena complain lak. lepas tu order Oren Blended, dia buat rumah ni mcm restoren. Tak kisahlah.

Lagi gambar raya 2011



Gambar atas abang n adik, gambar bawah abang n sepupunya Along kusyairi

Saturday, September 17, 2011

Kenangan di ABS Temerloh ( Sek Men Abu Bakar)


Gambar masa form 5. saya dua dari kanan. Kanan sekali yati
Gambar atas  berdiri dari kiri pakai baju sekolah tu Laili, sebelahnya saya lupa nama, yg ke 3 Halma, sekarang ada di Paya Pulai, yg ke 4 Sofiah juga asal kg paya pulai (Polis), sebelahnya Norhayati, ada di Temerloh, Yang pakai baju bunga2 tu sayalah sekarang di Ktn, Sebelah saya Ema juga di Ktn. (Sg Isap).
Duduk dari kiri , Siti rohana ada di Paya Pulai, No. 2 Nurul huda di temerloh, Yg ke 3 Lina di Ktn, yng ke 4 Su, yg kelima fauziahton anak tentera selalau kesekolah naik trak, akhir sekali Rozaini (KL).  Gambar ni semasa jamuan kelas akhir tahun kot. Kemana agaknya rakan2 semua, saya selalu mengingati anda. Harap2 mereka juga mengingati saya, bila tengok gambar jika masih dlm simpanan.

Monday, September 5, 2011


 Tengoklah anak dara bergaya ........




raya tahun ni sangat meriah dengan kehadiran 4 orang cucu yang comel2.

Sunday, September 4, 2011

hadiah hari raya


kuih tapi macam mainan. sangat cantik dgn warna yang terang. Bukan saya buat tapi hadiah begitu  juga dengan hamper yang lebih tinggi dari adik.