Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Thursday, May 30, 2013

Telok Batik vs Telok Cempedak

Teluk Batik di Perak, Teluk Cempedak di Kuantan. Bukan nak membanding tp saja2 sebagai panduan untuk sesiapa yg suka jalan2.  17hb. Mei kami ke kedah, anak saudara kawin, anak saudara ni adalah anak adik suami. Kami dari kuantan pada hari Jumaat lagi, jadi anak2 pun kena ponteng sekolah.

Bila dah ke utara tu ingat nak bermalam di tempat menarik yg ada di Kedah. Lepas majlis kawin tu lebih kurang jam 2 petang terus lah kami ke Perak, maklumlah perjalan jauhkan, hari isnin tu anak dah sekolah, anak yg belajar di uitm ppun dah ada kelas isnin tu. Hajat nak tidur di tempat menarik di Kedah terpaksa di tukar ke Perak sbb memikirkan jimat masa perjalanan hari ahad tu nak terus ke Shah alam hantar anak, dan balik ke Ktn pulak sbb isnin sekolah. Sebelum tu dah terdesak juga nak cari hotel yg dekat untuk ke KL, cari punya cari Teluk Batik jadi pilihan. Telepun hotel kebanyakan nya dah penuh, Hotel Telok Batik Beach Resort yg ada kosong. Book aje dengan sewa 300 ada 2 bilik.

Bagi saya pengalaman tak semestinya manis belaka, adakalanya pahit. Yang pahit pun tetap menarik. Hidup kenalah dipenuhi warna warni baru menarik. Di Telok Batik ni tiada hotel yg mewah, dan tempat makan2 pun tiada, hanya Restoren Dayang. Selepas Telok Batik Beach resort tempat kami menginap ni ada satu hotel lagi (dah lupa namanya) lepas tu jalannya takat tu aje, jalan matilah kata org. Terus pantai dan ada bangunan kedai yg jual pelampung camtu dan makanan ringan. Kalau menginap di hotel ni nak kelaut jauh kena bawa kete. Sesuailah namanya Telok Batik, sebab mmg teluk kws ni, dibanjari bukit yg tinggi. Masa mula masuk kete ke Telok Batik ni x perasan lak berapa Hotel ada sepanjang jalan yg x sampai 10km. Hotel yg nampak menarik sikit Marina Cove Resort, kedudukannya tepi laut dan ada kolam yg luas, kira boleh panggil waterpark.Tapi tak menarik water park disini, lusuh dan tak tersusun. Berdekatan dgnnya ada singboard Medan Ikan Bakar, bila pegi kesitu, cuma sebuah kedai yg sunyi. Biasanya kalau sebut medan tentulah berpuluh gerai.

Tapi tak menghampakan nasiblah restoren dayang ada  menghidangkan westen food yg sangat sedap, iatu fish and chip, chicken chop, malam tu kami makan westen. Tengahari pun best masakannya dan harga sangat berpatutan. Cendol 50 sen pun ada disitu.

Kalau di Ktn ni telok cempedak sangat popular, kalau dtng kuantan x sah kalau tak sampai ke telok cempedak, jumpa telok cempedak itulah penghujug jalan kena reves semula, jalan mati. Tempat makan di sini sangat banyak KFC. MC D. Burger King dan gerai masakan panas.

Telok Batik mungkin jadi begitu sebab kedudukannya berhampiran dgn pangkor, pelancung ramai kesana, jadi pembangunan lebih tertumpu di pangkor.


Inilah gambar pengantin selepas akad nikah di msjid, anak saudara yg lelaki tu bersama ibupabanya berbaju ungu, dan sebelah pengantin lelaki tu parent perempuan.


Resot yg kami menginap di Telok Batik sangat tidak selesa. Keadaan kabinet dan sinki yg pecah sana sini

Billik air cuma ada satu. Tuala berbau, kita andaikan agaknya basuh tanpa sabun.

Kolamnya bersih dan luas tapi jauh dri hotel.


Ginilah Restoren Dayang dari atas jambatan, jambatan ni lah jalan untuk ke Restoren dayang

Restoren Dayang kedudukannya di tengah tasik, bestnya makan kat situ



Ditepi kolam tu ada Notti Resort dgn sewa rm50 sehari, bolehlah kalau org minat mancing, boleh duduk sini, mancing ditasik. laut pun dekat.
 Bukit yang kelihatan di belakang tu terletaknya Telok Batik Beach Resort, jauh gak dgn restoren Dayang ni, kena naik kereta.

Keadaan ditepi tasik sebok hari tu, nampak kereta memenuhi di tepi tasik, sebab ada acara memancing.
Sebelum keluar Perak kami singgah di Lumut kedai jual hasil laut yg tlh kering mmg banyak di kwasan jeti ke Pangkor. Nampak jeti tu teringat 8 tahun dulu kami pernah kepangkor.

Tuesday, May 28, 2013

Kukur kelapa

Kukur kelapa yg jarang dimiliki oleh org sekarang, tp di rumah saya ada ni, senang kalau nak guna kelapa parut yg sikit2. Kekadang tu teringin nak makan kuih yg bersalut kelapa, parut ni lah yg dicari2. Bentuk kukur kelapa ni x antik sangat ini fesyen baru, beli di Pasar Payang di Ganu harga RM16 kalau x silap.  Puas pusing di Ktn tak ade kukur ni. Kalau org dulu bentuk kepala kukur macam burung.  Orang sekarang ni guna parut kelapa yg letrik tu lg senang,  Tp kalau nak guna kelapa  parut sikit senang guna kukur ni je.

Semalam ada yg berpuasa jadi teringin lah kuih manis baru lengkap sebagai hidangan berbuka puasa, maka jadilah kuih melaka hijau bederau ni.

  Hijaulah pulak


Ginilah caranya mengukur kelapa, modelnya x perlu tunjuk. Ikut keselesaan mcm naik motor gak cara sopan ke cara kurang sopan ke. hee..he..

Thursday, May 23, 2013

Kisah kucing yg ditinggalkan tuannya

Dulu saya pernah menulis tentang kucing yg ditinggalkan oleh tuannya, puas memujuk akhirnya kini si Tembam sangat manja dengan kami.

Tengok manjanya tidur atas kerusi.

dah puas atas kerusi tidur atas lantai lak nak menyejukkan badan. Kadang2 tu atas sofalah.

Kami beri nama dia tembam sebab gemuk, semi parsi, sekarang nampak bersih, dah mandi, klinik pun dah pegi, semuaga tembam sentiasa sihat. walaupun umur dia 11 tahun. Hari tu tuannya ada balik kejap katanya kucing ni lahir thn 2002. Kalau manusia umur 60 lah. Kena PTS ni kalau Tembam di pelihara oleh ATM.  He...hee..Umur sedang ni mmg banyak penyakit, mcm manusialah kalau umur dah pencen tu darah tinggi ada , kecing manis ada, sakit sendi2 pun ada, gout ada, seribu mcm penyakit lagi, kena PTS jugak ni menyusahkan orang je. he...heee..Senangnya undang2 sekularkan. Undang2 islam kalau nak dilaksanakan kata zalim, kononnya hukuman potong tangan kepada org mencuri sangat zalim. PTS kucing dipusat kurungan DBKL dan anjing2 terlatih tu tak zalim ke.

 Kucing2 jalanan ni sebenarnya kita boleh kawal populasinya kalau bersepakat, macam dibelakang rumah kalau ada stray cat ni kita beri dia makan disamping tu terus kembirikan. Kalau saya, stray cat ni liar so letak pil perancang dalam ketulan ayam atau ikan. Bagi ubat cacing pun macam tu. Tak ada lah dia membiak dibelakang rumah dgn anak2 kecil, tempat berteduh tiada. Dengan sendiri stray cat makin berkurang.

Ha....tokey2 restoren tu duit banyak, jangan kedekut dengan haiwan kesayangan nabi ni, sedangkan anjing pun kita kena beri makan. Nanti rezeki anda semakin murah, pelanggan pun ramai datang, ini tidak melibas kucing2 yg mengganggu pelanggan makan. Sisa makanan kan banyak, kumpulkan beri makan dibelakang kedai, bila kenyang taklah dia menganggu pelanggan. Juga kembirikan haiwan tu, jangan jadikan sebok sbg alasan.Sebenarnya kalau nak seribu daya. Kalau tak nak seribu dalih.

Alangkah leganya cuti sekolah dah bermula, rehatlah sikit 2 minggu ni, kalau tidak kul 7 pagi dah sebok nak menghantar anak sekolah, dgn brekfeslah. Tapi cuti ni kenduri sana sini, minggu depan balik raub anak saudara kawin. minggu lepas dah menghantar ke Kedah. Nantilah cerita tentang jalan2 di utara.