Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Saturday, September 21, 2013

Jalan jalan ke Melaka

Sempena cuti 1 malaysia baru ni kami jalan2 ke Melaka. Entahlah....kalau sebut pasal jalan2 ni seronok pun ada, x seronok pun ade. Bab melancong ni rasanya boleh dijadikan hobi pada orang yg banyak duit. Macam saya orang biasa2 aje jadi bila jalan2 tu rasa membazir pulak. Orang ni macam2 jenis, ada yang suka jalan2 tanpa pikir duit ada ke x ade, janji dapat melancong sampai ke luar negarapun mampu. Padahal x ade sekaya mana. Macam saya ni selalu risau kalau bab menghabiskan duit, kira saya ni kedekut jugalah, he  he.he. Bukan kedekut tapi berjimat. Anak2 masih belajar, banyak perlukan duit kan.

Bila balik jalan2 ni, badan penat tau2 ajelah dah tua ni, kain baju kotor menimbun, duit habis,  he...he... Bila pikir semula kalau duit yg bayar hotel, makan2, duit minyak tu saya bawa ke parkson sambil belek skincare yg mahal, makeup yang mahal2, pastu terus beli, kemudian ke tempat baju yg mahal2 lak, alangkah seronoknya. Lepas tu gi spa, facial ooooh alangkah bestnya. Beranganlah tu. Seronokkan? Lain org lain minatnya, ada yg suka yg advanture, macam saya ni suka belaka, tapi suka suasana yg tenang dan aman. Kalau tidur hotel aman tak? Bagi saya tidur hotel mmg x selesa tak boleh membuang mulalah perut rasa x selesa.  Tandas kat rumah juga yg selesa. Tak sabar nak balik rumah. Seperti yg dikata melancong ni untuk org kaya, sebb bila melancong sampai hujung dunia pun duit dia x luak, masih boleh beli apapun. Macam saya yg biasa2 ni satu dah dapat yg lain terpaksa tunggu. Walau apapun melancong ni seronok gak, tengok tempat org, dan makan2 tempat org yg beza dr negeri kita.

Oklah, bab melancong ke melaka x payah citelah semua org tau di sana banyak tempat menarik, kalau pegi 10 tahun dulu, sekarang banyak lg benda baru yg perlu melawat. Contohnya Coral wonderland, Melaka wonderland. Menara Taming sari (ye ke Menara taming sari 10 thn dulu x ade, kalau salah maaf).  Di melaka ni meriah dgn masakan asam pedas. Macam2 nama ade, Restoren asam pedak kak mah, restoren asam pedas pokok besar, asam pedas ala kampung dll. Google punya google restoren asam pedas claypot sangat popular di Melaka. Kami pun cari.

Inilah asampedas claypot, ia panas berasap, masa dihidang, agaknya itu yg org rasa sedap dri kedai lain yg saya tengok masakan asampedasnya sejuk. Mereka hidang mcm keduri kawin tu je, sbb tu kedai ni penuh sesangat. Pilihan pun banyak kat sini, nasi lemak, nasi ayam, roti canai, roti john, otak2, mcm2 lg. Asam pedas pulak ada banyak pilihan, ikan kembong, pari, parang, asam pedas daging dan x ingat ape lg yg ada.


Restoren ni di Kota Laksamana. Pada selera saya, asampedasnya x sedap sangat, saya pernah dok johor dulu, org sana masak lg sedap, daun kesum banyak. Bleh makan daun kesum tu, Ini pendapat sayalah, masing2 ada pendapatkan. Asam pedas claypot ni cuma letak berapa hirisan bendi aje. Kalau order asam pedas satu claypot tu, dia bagi nasi yg ada sesenduk sayur kobis, sejemput sambal belacan dan sebelah telor masin. Harga 8 ringgit rasanya. Sayur tiada pilihan, sape x makan kobis nasiblah.

Masa yg x sesuai naik basikal air ni waktu matahari naik, apalagi bila turun mata berpinar, macam air tu berpinar.

Saturday, September 7, 2013

Kisah kucing lagi (kucing yg ditinggal tuannya)

Ini kisah Tembam lagi, seekor kucing semi parsi yg ditinggalkan tuannya, tapi kini kami menjaganya. Kucing yg berusia 12 tahun ini, benar2 menguji kami dengan berbagai kerenahnya.  Walaupun cerita ni dah agak lama, baru sekarang ada kesempatan untuk menulis.  Sebelum raya lagi, lebih kurang 10 hari nak raya, Tembam dibawa keklinnik kerana x berapa selera makan, dan ada pendarahan sikit di bhg bawah dia.  Doktor yg memeriksanya kata si Tebam mengandung. Saya benar2 terkejut. tp bila fikir semula betul gak kata doktor tu, mungkin miss bagi pil perancang.

Dua hari lepas tu dia beranak tp anaknya mati (sekor je). Sian tengok tembam dah lah ada ulser kat mulut, beranak pulak. Doktor nasihat jangan bg ubat perancang dalam tempoh yg lama, bahaya, elok operet je, (maksudnya mandulkan atau spay). Nasib baiklah dia sembuh dan selera makan semula sebelum kami balik kg 2 hari sebelum raya.  So jiran (kami panggil untie) yg melakukan tugas2 biasa, beri makan kucing, pasang dan tutup lampu semasa kami balik kg. Lepas balik ke ktn semula, terus kontak doktor, cari tarikh untuk operet. Raya ke 7 tu Tembam dioperat. Sedih aje masa nak ditinggalkan di Klinik tu, petang baru ambil.


Ni masa tembam dah sihat, saje pakai kan dia kolar tu.  Masa lepas sedar dari operate Tembam  cuba bangun tp terbaring semula. Berjalan pun terhuyung hayang, sian betul. Bila dia sedar sikit, terus sepak2 kola tu sampai tercabut. Kalau ikut doktor suruh pakai supaya dia x menjilat atau gigit kesan operet tu kan ada benang. Tapi tembam x suka pakai tu, kami biar aje ikut selesa dia. Kesan operat tu kecik aje lebih kurang 1 inci. Tp takut betul, bimbang kudis ke, Tembam x boleh dikurung, ikut dia aje tidur kat luar, bawah kereta, atas rumput.  Nasiblah ok aje bila 5 hari tengok kesan operet tu dah sembuh.

Banyak jugak dugaan untuk spay kucing ni, yg paling sian, kucing kena puasa, pagi tu dia lapar sebb biasa makan pagi. tapi kena puasa sebab nak operate kul 10 pg hantar klinik. Petang baru ambik. Kita kena pilih doktor yg dipercayai supaya kcg kita x dianiaya.  Saya mmg percaya dgn doktor cina ni, dia sangat baik dgn haiwan.  Kosnya 120 ringgit, tak pe lah Tembam dah selamat dan sihat sekarang.

Orang di luar sana jangan tangguh lagi spaylah kucing2 anda. Kalau kucing jantan panggil neuter, untuk elakkan dia mengawan, kosnya murah sikit 80 ringgit rasanya. Janganlah kata sian kat kucing sbb tak boleh beranak, x merasa pengalaman beranak dan pelihara anak,. Kucing x fikir pasal zuriat, untuk mewarisi harta dia, he hee....he. Kucing ni dia cuma fikir hidup yg selesa, makan cukup, tempat tinggal selesa, jgnn lupa kasih sayang juga sangat penting, sbb tu kcg kalau boleh semua nak bertuan. Juga yg penting juga ubatlah kalau dia sakit.  Lucu pulak rasanya doktor tu kata pd saya walaupun tembam ni umurnya 12 thun menyamai umur manusia umur 50 or 60 thn dia mampu mengandung selagi sihat. Lain dgn manusia ada monopos.  Lain kali jangan tunggu terlalu tua untuk operet, kulit pun keras.  Tapi perlu diingat kucing ni bukan kami punya baru jaga jer x sampai setahun.

Kucing mengandung 2 bulan je, setahun dia boleh 3 kali mengandung. Memang cepat membiak. Spay adelah jalan terbaik dan tidak berdosa.  Kalau dah bersepah dirumah mulalah nak buang, lepas tu kucing jalanan berlambak, pastu ada tukang repot, Org DBKL pun tangkap, kurung, cukup seminggu suntik bagi mati. Org besar atau pemerintah ni pun satu hal kalau pembangunan yg membazirkan wang tu banyak, tapi tempat kucing yg agak selesa tak terbuat.  Taman burunglah, taman buaya, taman rama2 ada belaka, taman kucing dan anjing bila nak buat.  Kucing yg dikurung di DBKL tu amat menyedihkan, dikurung dlm sangkar sempit, situlah berak situlah makan, cuba ambil pemimpin tu kurung dalam bilik situlah berak situlah makan. Biar dia rasa.

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang2 yg zalim.