Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Saturday, October 26, 2013

Ubat Cacing untuk Kucing

Ubat cacing untuk anak2 kita yg comel ni ada 2 jenis ada air atau biji. Yang mana lebih elok yg biji atau air.  Doktor kata dua dua pun sama aje.  Tapi janji makan mesti cukup sukatannya. kalau x cukup sukatannya tak berkesanlah.  Saya saje tanya doktor pasal ubat cacing tu sebab kucing2 dirumah ni susah betul makan ubat. Cuba yg air susah, biji pun susah.  Jadi kalau nak beri makan ubat kena bungkus kucing tu dengan kain supaya tak mengellupur.

Ubat biji tu untuk kucing yg beratnya 4kilo, kalau kucing tu beratnya cuma 2kilo bagi separuh aje.. Ubat air lak 1ml untuk kucing yg beratnya 2kilo. kalau kucing tu beratnya 4 kilo, kena kasi 2ml. Ubat biji tu cuma 5 ringgit je sebiji, swasta pon sama harga klau di ktnlah. ubat air rasanya 8 ringgit di vet gomen.

Ubat cacing ni kena kasi 3 bulan sekali. Kadang tu tak ikut juga, ada mase setahun sekali kalau kucing tu dah tua.


Ubat cacing yg air dan biji ada belaka. Yg air tu boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh guna selagi warna tak berubah kata doktorla

Saja letak gambar kucing kucing dengan telatah diaorang.

Si uman sedang menggais untuk meletakkan bajanya.

lebat buat pokok nangka ni subur sebab dibaja hari hari

Uman sedang membaja, bubu pulak sedang berehat aje. Sebaiknya najis kucing ni kita check gak sekali sekala. Nak pastikan ada cacing ke tidak.  Dulu pernah terjadi kucing terbiar yg dibela mengiau-giau bila bangun tidur, dan selalu mengiau2 seolah nak beritahu sesuatu. sekali tu bila dia berak najisnya dipenuhi cacing.. Patutlah dia x selesa sakit perut rupanya. Terus bgi ubat cacing.

Wednesday, October 16, 2013

Jalan jalan ke Langkawi

Sebelum raya haji kami sekeluarga dan kawan dengan keluarga masing kelangkawi dan balik hari isnin sebelum raya tu. Jalan ramai2 ni seronok sebb semua tempat yg nak dilawat akan sampai dgn mudah dan cepat maklumlah di rancang lebih awal. Tapi tempat shoping mmg paling banyak pegi sbb ada je masa terluang akan kesana.

Gua Kilim Geoforest Park, ni dah kelluar dr gua tu kalau tidak gelap betul dan ada kelawar.

Dilarang pasang lampu

Kami di bawa hampir 1 jam melihat pulau disitu

Kawasan ni banyak burung helang bila campak kulit ayam, ia akan turun

Semua tahu disana pingan mangkuk dn periuk belanga lebih murah dari sini

Bot ni goyang goyang lak

Dipenuhi kabus, kamilah diantara yg terawal sampai sini, senangkan tak rebut2


Pagi lg agaknya, x nampak apepun bila sampai kat atas tu


cantiknya pantai cenang
Telaga mahsuri, kena basuh muka ni, awet muda

Rumah kedah

Itulah di antara gambar kenangan sepanjang di langkawi, walaupun banyak lagi,seperti lawatan di taman hidupan liar. Bila balik kerumah orangdah nak beraya, ape nak masak ni, badan dah penat, ingat nak mendobi aje. Kalau sakit2 badan ni kena cari tukang urut he... hee.Terima kasihlah kepada yg belanja sepanjang percutian ke langkawi ni.