Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Sunday, March 30, 2014

Penyakit Kurap Kucing.

Hari isnin permulaan cuti sekolah tu saya terjumpa kucing kurap di kawasan kedai berhampiran dgn perumahan kami.  Tahap kurapnya mmg teruk. sian sangat, tp sebab kami cuma singgah kejap untuk beli nasi lemak dan terus ke KL kerana ada seminar dan sambil2 mengikut abah seminar maklumlah cuti sekolah.  Saya terus berdoa supaya bertemu dgn kucing tu semula supaya boleh bawanya keklinik.

Tuhan makbulkan doa saya, balik dr kl tu hari khamis tapi hari sabtu tu baru berpeluang bawa keklinik.Kucing tu masih ada depan kedai tu lg.  Macam dia dah dpt rasa ada org nak jage dia.

Mula2 lepas balik dr klinik tu nak letak kat kedai tu semula tp x sampai hati, sian sangat, jd bawa balik rumah letak di belakang rumah, dia suka lepak atas tembok. Suntikan untuk kurap tu cuma 15 ringgit aje, itupun klinik swasta kalau kat veteriner mungkin murah lagi. Tapi yg peliknya beribu2 manusia kat kedai tu kehulu kehilir, dan peniaga di anjung selera tu pula punyalah ramai tp mata mereka semua buta, tak nampak kucing kurap tu, agaknya mata saya aje celik. Peniaga2 ni sebok mengejar duit, tp duit mana pernah cukupkan. kalau dapat banyak apalah salahnya buat kebajikan untuk kucing2 di kedai tu. Ini tidak mencari duit siang malam, kalau macam tu boleh dapat banglo 4 or 5 biji, kereta mewah 5 biji takpe gak. Beleter pulak mak nenek ni, nak lepaskan geram je he... he... Pelangan di kedai tu lak punyalah ramai buta jugak, mereka sebok minum2 sambil borak, main phone, tengok tv, main facebook sambil merokok. Rasanya manusia ni dalam seribu, sorang aje yg perihatin, anggaran saya je tu.

Sebenarnya kita x boleh paksa sesiapa menyayangi haiwan, hatta manusia sekalipun. Manusia ni berbagai2 ada yg sensitif sangat tengok org susah (peminta sedekat), haiwan jalanan mereka terus sedih dan cuba nak tolong.  Ada manusia tu pulak bila tengok org miskin, dan haiwan jalanan dia tak rasa ape2, org kata hati dia kering, tak ada perasaaan belas. Kita x boleh panggil dia orang x ade perasaan, org mcm ni ada perasaan sebenarnya tapi perasaan dia lain macam cuma ingat kepentingan diri sendiri aje.  Jadi kita x boleh marah2 kpd org hati kering mcm ni. Bak kata lagu nasyid raihan tu...seingat saya mcm ni lebih kurang                        
Iman x dapat di warisi
dr seorang ayah yang  bertaqwa
ia  tak dapat dijual beli
ia tiada ditepian pantai
walau apa cara nya jua
engkau mendaki gunung tinggi
engkau merentasi lautan api
namun tak dapat jua di miliki

Macam tu juga perasaan kasih kpd haiwan kita x boleh paksa ia akan hadir sendiri dalam diri.

or
Kakinya dah bercabang macam tu sekali, memang tebal sangat kurapnya

Kalau kurap yg tak teruk camni selalunya saya guna minyak masak yg dah kesan goreng tu atau minyak gamat, kemudian mandikan. Kalau tengah basah tu kurap senang tanggal, sambil gosok dgn kain.  Tapi sioren ni dah teruk sangat, kena bawa kekliniklah.  Beginilah nasib haiwan jalanan tak dipedulikan, sbb tu kasilah kucing anda supaya tak beranak pinak kemudian letih nak jaga buang di kedai2 makan.

Monday, March 17, 2014

Resepi kuih bom bijan

Apa sebenarnya nama kuih ni, cuba2 juga cari lebih kurang namanya macam tulah,

Resepinya
300 gm ubi kentang
360 gm tpg pulut
150 gm gula
80 gm tpg gandum
air 200 ml

kentang rebus, lecek , semasa panas tu campur dlm tpg, Tepung pulut dan tpg gandum gula satukan. Pastu masuk air gaul menjadi doh.

masukkan inti dan goreng setengah masak kemudian sejukkan dan boleh masuk dlm plastik untuk frozenkan, bila nak makan goreng aje dengan api sederhana sampai betul2 masak.


Gaulkan

Sedia untuk di frozenkan, Bila sebut pasal frozen, sekarang ni mmg banyak kuih muih difrozenkan, di kuantan ni mereka mengusahakan dirumah, senang aje boleh gi beli, macam2 temosa, donat, karipap, pau goreng. Saya pun membelilah juga kuih frozen ni untuk menyenangkan keje, kalau anak2 nak gi sekolah pagi, goreng aje, tidaklah asyik nugget aje, makanan x sihat tu. Rasanya housewife macam kami pun nak relex gak, ada rasa penat, tapi x boleh rehat gak, satu hari tu saya makan karipap empat ketul sbb lapar sangat, intinya sedap gak tp agak manis, apa lagi lepas makan tu hidung rasa gatal2, kepala pun dah rasa nak pening. Memang hidng ni mmg sangat sensitif kalau ada bahan awet ke, udang kering ke, akhirnya housewife x boleh rehat gak kena kedapur memanjang, namapun housewife, nasiblah.  Semuanya frozen kuih bom, donat dan karipap (x sempat bergambar karipap frozen) buat sendiri hasil google menggoogle. Jadi pun.

 Saya pulak kalau buat kuih malasnya nak menimbang, suka buat kuih macam orang dulu2, pakai guna sukatan senduk, mangkuk, atau gelas, lagi senang.  Kuih bom ni kalau malas guna sukatan diatas, guna cara ni insyaallah jadi juga,

Tepung beras setengah kampit
kentang 2 biji (sederhana besar0
Tepung gandum 3 sudu besar
gula sesenduk penuh (senduk nasi macam kat atas tu)
air agak2 je. sampai tepung jadi doh yg x lembik

Senang kan.

Intinya boleh buat awal untuk memudahkan keje.

Friday, March 7, 2014

Medical check up di LPPKN

Nak membolehkan pegi buat medical chek up bukannya senang, padahal ia sangat penting untuk mengetahui kesihatan.  Kekadang kita seronok pegi shoping2, jalan2 atau ape saje, tapi nak luangkan masa pegi buat medical chek up tiada masa.  Hari tu saya luangkan masa ke LPPKN dengan bayaran 25 ringgit, kita boleh chek tekanan darah, kencing manis, kolestrol, Indek Jisim Badan,  pap smeardan cara2 mengesan barah payu dara.  Orang kata kalau nak sakit tu, sakit juga. Tapi bila buat Medical chek up ni sekurangnya kita tau lebih awal, kalau nak sakit juga nak buat cam mana, dah usahakan...
Bacaan tahun dulu biru semuanya.

Bacaan kolestrol masa tu 4.45

Minggu lepas buat ceck up dah ada merah. Kolestrol yang merah .he..he...

Nampaknya kena beringatlah tu. Memang sebelum buat ceck up tu mmg banyak makan berlemak, nasi lemak pun 2 bungkus.  Bacaannya 6.12. Sepatutnya tidak boleh lebihh dari 5.2.  Bila umur dah tua ni, makan kena jaga2 tak macam masa muda dulu hentam ape2 pun boleh, tekanan darah, kolestrol tak mudah menaik. Tapi tekanan darah pun kena jaga2, dan 150 nasib bawahnya 80mm Hg.  Sebenarnya untuk dptkan tahap kesihatan yg baik bukan kena jaga makan aje tapi kena eksesais juga, tapi malasnya nak joging. Kalau sebelah petang tu malasnya nak keluar, sedapnya memarap dalam rumah.


Harap2lah lepas check up ni lebih rajinlah berjoging.