Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Thursday, April 24, 2014

Belajar Jahit Baju Kurung Pesak

Tahun ni 2014, saya dah berazam untuk belajar menjahit, maka bermulalah belajar buat baju kurung pesak dulu. Saya sebenarnya dah pernah belajar menjahit, tapi lepas SPM dulu, tapi lepas belajar menjahit adalah cuba sepasang dua, lepas tu terus lupakan dunia jahitan ni kerana kesebokan dgn anak2 yg masih kecil.Cuma menjahit kain batik dan pelikat, langsir atau membetulkan kain koyak atau zip rosak aje. Maka baru2 ni jadilah baju kurung.  Bila dah belajar semula rasa senang dan confiden nak potong kain buat baju, sebab dan ada basic.


Belajar potong pesak, kekek lengan dan span bahu

Badan baju

Belajar buat  pokek baju kurung, senang aje rupanya, lekatkan pada pesak dulu.

Siappun

Model sedang mengayakan baju yg dijahitnya, lengan agak pendek, biasalah mula2 blajarkan. mula2 tu ok aje tapi bila pasang span kat bahu jadi pendek.

Buat baju kurung untuk adik pulak.  Mula2 belajar ni kena guna kain cotton


Siappun

Ke sekolah dengan memakai baju kurung. Ok je kan.

Bolehlah raya ni jahit sendiri, tak perlu upah lagi. Sebenarnya bila kita jahit sendiri ni walaupun tak kemas jahitannya macam kat kedai, tapi puas hati,  kita akan tau di mana perlu kecilkan atau besarkan.  Biasa tukang jahit ni kalau buat baju ada aje tak kena kalau kita dah bagi contoh baju pun masih ada tak kena.  Selalunya kalau kain baju kurung tempat susun tu selalu jatuh kebawah, memang tak selesa.  Bila jahit sendiri  mula2 mmg tak kemas terutama zip dan pinggang mmg susah kan.  Lepas ni nak belajar baju kurung moden lak.  Yang penting raya boleh jahit sendiri.


Friday, April 11, 2014

Kucing Betina di panggil Spay

Kucing betina kami bernama BuBu berusia dah setahun. Baru2 ni Bubu kami spaykan dia.  Kalau kucing jantan dipanggil neuter harganya murah sikit iaitu 80 ringgit.  Kalau kucing betina hrganya 120 ringgit. Sebelum spay kucing kena puasakan, sekurang2nya 10 jam kena kosongkan perutnya, jadi kesian sangat biasanya pagi2 lagi dah makan.  Tapi saya beri juga makan tapi sikit je. he..hee..Kalau x spay boleh juga bagi pil perancang atau suntikan. Tapi kasi pil perancang pun x boleh lama2 jadi elok kata doktor. Kalau di ktn pil perancang pun dah 5 ringgit sebiji. Sebulan 2 biji.



Bubu semasa lepas spay tu bulu di perutya di cukuur oleh dokter dia baring je di mana dia suka. nak kurung pun sian juga sebab dia dah biasa bebas. Cuma kena hati2 x boleh pegang kasar2, x boleh mandikn dia. Masa balik dari klinik jam 5 petang tu dia takut2, makan pun x nak. Hari besok tu baru makan. Bubu atau kucing mana2 pun mmg takut, bila tempat x biasa, tambahan di klinik tu dokter letak dia rapat dgn kucng lain.

Kekadang tu bila  nak gi spay kucing rasa sian sangat tapi demi kebaikan kucing kena buat juga. Dua hari lepas operat tu Bubu dan bergurau, saya perhatikan kucing2 yg tlh di spaykan suka bergurau. dan bertambah sihat,  walau pun dah berusia 13 tahun kucing yg bernama Tembam tapi suka lagi bergurau.  Jadi bila tengok mereka ni ceria saya andaikan mereka ni sihat lah.

Friday, April 4, 2014

Mammogram percuma di LPPKN

Tahun ni buat mammogram percuma lagi, sepatutnya kena buat setiap tahun tp sebab kesebokan yg sja dibuat tahun lepas x sempat. Tahun ni kena lapangkan masa juga.  Tambahan yg percuma masih ada tahun ni.
Kita kena ambil borang di LPPKN tapi mammogram kena buat di hospital yg telah di tentukan samada di UIA, KMC atau DMMC (Darul makmur Medikal Centre).  Saya pilih DMMC sebab senang parking kat sana.  Satu jam setengah gak tersadai di situ, tp terus dpt result dan xperlu ambil result di LPPKN.
Kalau dulu buat di KMC setengah jam dah siap tapi result x dapat disitu.

Nilah alat mammogram tu, seram juga masa nak mengepit tu he.. he...
lepas tu kena ultrasound pulak

Resultnya
alhamdulillah

Wednesday, April 2, 2014

Mandian kucing mestilah sesuai

Ini kisah kucing kurap yg warna oren yg baru dijumpai tu. Adik beri nama dia Kondo, diambil dari cerita Hagemaru di saluran astro ceria. Kondo ni dalam cerita Hagemaru tu adalah kawan kpd Hagemaru yg selalu menjadi mangsa kpd Hagemaru. Ikut ajelah selalunya mmg adik yg letak nama kucing2 semua. Pasal mandi kucing ni kita x boleh mandikan dgn sabun kita kira x sesuailah. Tapi kalau zaman dulu kala, zaman emak kita dulu2 mandi guna sabun lux aje. Tapi sesuai dgn zaman sekarang, kita kenalah dengar nasihat doktor.
Disini kisah Kondo.

Herba Cat Shampo. Harga 20 ringgit beli di klinik veterinar

Dah bersedia nak mandikan kondo

Mengelupur kondo bila kena air