Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Tuesday, November 25, 2014

Pemilik Pusat Jagaan Kucing Omiey Home Di denda kerana Menyebabkan Kesengsaraan Terhadap Kucing

Pemilik Omiey tu bernama Norhazlin Ibrahim (39) dan pekerjanya Helmy Jasman (27) didenda RM800 dan sorang lagi RM300. Tidak dipenjarapun. Mereka dituduh menyebabkan kesakitan dan kesengsaraan terhadap 17 ekor kucing termasuk 4 mati.

Berita ni dalam akhbar Harian Metro bertarikh 20/11/2014 hari khamis.  Kesian dengan kucing2 tu bukan 17 ekor saya rasa lebih, beratus-ratus terseksanya.  Lepas tu saya cuba buka ditenet nak baca cerita selanjutnya. Macam2la cerita, ramai yang menyumpah, ada yg cerita dah hantar hampir 20 ekor kucing jalanan sbb kesiankan kcg jalanan tu, kononnya supaya kcg tu dpat kehidupan yg lebih baik, kena bayar RM50 sekor kalau yg kcg bunting Rm100. Lepas tu menyesalla apa lagi.  Sorang lg tu cerita di hantar 3 ekr kcng kesayangan dia, kerana tak larat nak jaga, masa hantar tu bukan main manis mulut di norhazlin tu tapi bila telofn balik kata nak tengok kucing tu pihak di omeiyhome beri alasan macam2.

Tapi cerita yg paling sedih sekali seorang lg org Terengganu yg menetap di KL lebih 10 thn dan banyak jaga kucing jalanan, tapi bila bapanya pencen dan nak balik Ganu kena la cari tempat perlindungan baru, lalu terjumpa omiehome ni dan hantar sana.  Satu hari tu dia keKL dan rindu dgn kcg2nya terus kesana. Bila nak masuk ke Omiey tu punyala susahnya, dan tempat tu pulak kotor sempit mmg teruk sangat.  Selepas puas memujuk sbb dia dr Ganu orang tu bagi masuk. Disini dia letak gambar saya pun x sanggup nak tengok disini ya gambar yg menyedihkan.


Nilah muka menyagak tu, yg baju hitam tu Helmy dan gambar kecil tu Nurhazlin, muka macam lelaki kan tomboy agaknya. Saya pun terbaca komen2 ade mengatakan Hazlin ni bapa dia peguam. ooo anak orang berada jg, tapi berperangai zalim.  Dan ada pula kata mula2 denda 5 ribu boleh turn jadi 800 aje.

Sebenarnya dah lama tak ke fb omieyhome ni, rasa awal tahu dulu saya terbaca seorang peniaga barangan kucing online memberi amaran kepada Lissa ni. (Nama panggilan Norhazlin). Peniaga tu minta hutang hampir 1000, kerana Lisa di penyagak ni beli barang tapi berhutang tak bayar2, sampai dia keluarkan dalam FB omieyhome.  Masa baca kisah ni tak adala nak bersangka buruk, tiba2 keluar cerita dalam akbar barulah terbukti mmg pemilik Omieyhome ni tak jujur.  Dan macam2 komen pulak boleh di baca bila beliau didenda dr pencinta kucing yg menghantar kucing ke sana, termasuk seorang pekerja di omiey home yg berceerita makanan kucing tak cukup, bila telefon lissa dia kata antar petang, sedangka kcing dah kelaparan, gaji pekerja pun tak bayar.

Orang yg tamak mmg macam tu, duit dia rasa tak pernah cukup. Agaknya mungkin dia ni tiada pekerjaan, atau ahli peniagaan yg bermasalah dlm peniagaannya, bila terdesak dia menipu cara ni.  Tapi yg kesiannya kucing2 tu, kalau nak menipupun jangan seksa kucing atau haiwan, pegi merompak ke, meragutke, seluk saku ke. heee...heee. Itu keje tak halalkan. Orang yg tak takut dosa, tak ape kita semua akan mati dan akan diadili di mahkamah akhirat nanti.  Kalau mahkamah sini senanglah awak kena 800 aje. Kalau kena penjara kan bagus biar dia jadi macam kucing tu dikurung.
Kalau dengar orang kurung kucing mmg sakit hati sangat, bayangkan dia kurung ditempat yg sempit dengan kucing yg beratus. Kucing sebenarnya boleh hidup dengan sendiri, kalau lepaskan dia boleh mencari makan dengan sendiri.  Sebelum ni saya kesian tengok kucing di kedai2 makan, tapi bila tengok keadaan kucing di Omiey ni lg kesian. Kalau kucing di kedai2 tu gemuk dan boleh kesana sini, cuma mereka tak bertuan aje.

Okla... akhirnya org yg bersalah didenda juga, sekurang2nya kita tau omiey home tidak selamat untuk kcg2. Sama2lah berdoa supaya org yg zalim tak kiralah terhadap haiwan ke manusia ke, supaya perbuatan mereka terbongkar dengan segera. Itulah saya selalu berdoa supaya orang yg zalim berhadap haiwan dan manusia diberi balasan dan peringatan.

Wednesday, November 19, 2014

Kisah Kucing yg bernama Oren

Aduh rasa sesak dan semput selama 3 minggu ni, nak buat keje apa2pun takde mood.  Oren stray cat yang penah saya spay pada september dulu dan dapat subsudi dari MYANIMALCARE tu ditimpa masalah pula.

Oren ni kucing gelandangan yg duduk di persekitaran rumah kawan saya, satu hari semasa oren datang untuk makan dia nampak oren jln dgn 3 kaki aje, satu kaki lg tapaknya kehitaman.  Kami pun terus nak bawa keklinik. Memandangkan hari tu hari ahad, kawan tu pun free, kami nak bawa oren keklinik sbb klinik swasta buka hari ahad tapi haf day. Cari punya cari tak jumpa, lepas makan tu oren terus cabut, sepatutnya kurung terus masa tu.  Kucing kalau dalam keadaan sakit mmg suka meyorokkan diri, sbb itu cara dia dan kurangkan rasa sakit agaknya. 3 hari lepas tu baru bawa dia ke klinik swasta, doktor kata kena potong, bayarannya 3 ratus lebih atau 4 macam tu.  Disebabkan masalah kewangan dan kebetulan kawan saya ( kwn yg lain) pun baru juga kaki kucing dia kena potong sebab kes kena langgar jugalah. Dia kata bawa keklinik kerajaan 135 sahaja.  Setelah berpakat kami bawa oren balik dan bercadang nak buat di vet aje sbb murah. Nak membolehkan bawa ke vet tu pun 3 hari lagi sbb kwn ni bekerja, bila sampai di vet, doc kata x boleh buat hari tu sbb dah penuh. Doc tu suruh datang hari jumaat maknanya 3 hari lagi baru kaki oren boleh dipotong.

Rasanya kesian sangat, tapak kaki yg kehitaman tu dah tertanggal, reput agaknya.  Bila hari jumaat tu bawa ke vet , doc tu boleh cancel appoitmen tu, sbb dia dpt emengency call.  Dia suruh bawa hari isnin pulak.  Bangun subuh tu terus teringatkan oren, harap2 doc tu tak cancel lg appotimnet hari ni, siap buat sembahyang hajat lagi. Alhamdullah oren boleh di operet hari senin tu, jam 4.30 ptg doc suruh ambil. 2 minggu lg doc suruh bawa semula untuk ape ye, untuk tengok perkembangan operet tu agaknyala, sbb yg uruskan oren ni semua kwan saya tu, dan dia dah nekad nak jaga oren sebaik mungkin, tak mau dah oren jadi kucing jalanan.

Hujung minggu tu dia nak balik kampung, so dia boding oren di klinik supaya lebih selamat, biar doc jaga dan beri ubat. Kalau kucing untuk boding lebih selamat di klinik yg ade doc kan dari pet shop camtu.  Bila sampai klinik doc nak tengok dulu kaki oren, ape lagi dia kata dah berbau, jahitan tak betul, dan satu lagi kesilapan yg doc di vet tu buat ialah potong kaki oren tu terlalu sikit, sepatutnya keatas lagi. sbb kaki tu dah macam diabetis dan mereput, kenalah poton lebih atas supaya kesan reput dan busuk tu betul2 hilang.  Doc tu kata lagi tulang dah ternampak tersembul, macammanala doc tu buat jahitan mcam tu.

Kami pun berpakat lah biarlah klinik tu terus kan operet sbb oren dah lama menderita. biarla duit boleh dicari, tak sanggup tengok oren menderita, kalau bawa ke vet, macam2 lg kerenah dia, mungkin salahkan kami tak betul jaga, lalat hinggap ke.

Petang tadi (hari ni 19/11/14) selamat oren dioperet kali kedua, sian oren. Jadi mangsa doc yg kurang berpengalaman, entahla susah nak cakapkan, nak kata x bepengalaman pun nnti org marah pulak. Tapi ubat yg dia bagi pun mmg yg tak sebaik di swasta.  Doc di swastu kata 10 hari lg datang semula.



Tengok kaki oren dipotong sampai takat peha, sian betolkan oren dah KKU. Itulah kalau suasana rumah dihadapan nya jalan, kucing pulak berkeliaran bermain tepi jalan kekadang tu melintas sesuka hati, Sekarang ni kawan tu sangat risau dengan anak oren yg 4 ekor tu, dok main melintas jalan aje, sebab rumah kawan ni depan tu padang ada pokok2, kucing pula suka main panjat pokok kan.



Dod cukur bulu di bahagian peha, yg warna kuning tu ubat.

Ni gambar lama, bulan september hari tu kami spaykan dia. Sekarang oren cuma ada 3 kaki.
Kos operet tu RM390 tambah pulak operation di vet dulu RM140 jumlahnya bape ye....

Itulah kononnya nak jimat gi buat di vet, rupaya rugi lagi 140, takpelah sebagai pengajaran kan...


Saturday, November 1, 2014

Buat Jubah sendiri

Sekarang dah boleh jahit jubah sendiri, bukanla yg cantik2 macam kat kedai tu, princess cut, dan bebagai lagi, Kain buat jubah ni pun yg termurah dah tersimpan 10 thn lebih kat rumah ni, Jadi masa belajar buat jubah tu guna kain ni aje jd nampak tak menarik la kan.  Cuba kalau guna dull satin ke, tentu nampak mewah mcam kat kedai tu. Lepas ni boleh beli kain yg agak mahal sbb dah boleh jait sendiri ni.

He..he nilah jubah tu, jubah kalau saye pakai bukan nak glamour macam org keje office ke, or dinner ke, maklumla housewife kan, pagi2 lg tempatnya ke pasar. Tau ajela pasar dengan baunya, lantai yg becak, so inila uniform yg paling sesuai untuk housewife. Yg plg penting kena ada pokek, yg ke2 kena lengan cerut, Tau lengan cerutkan. letak getah, jadi senang masa pilih ikan tarik aje keatas, bukan macam jubah glamour tu kembang2 nanti kena air ikan pulakkan.

Bergambar berlatar belakangkan pokok mengkudu dan saye gayutkan bunga janggut, ada org panggil pokok angin2, tapi saye panggil bunga jaggut sbb macam janggut, Mengkudu ni sayang nak tebang dibandar susah cari daun ni, so kalau rimbun sangat cantas aje, kalau dlm pantang org cari daun ni untuk bungkus batu tungku, dan mandi pagi dlm pantang pun campur daun ni dengan berbagai daun lagila.

Ni selai lg colour hijau lak tp yg ni zip kat depan, ade pokek dan tangan cerut getah juga. Bakgroun pokok ubi kayu.  Hee...hee. pokok ubi yg btgnya hijau ni pucuk daun nya sedap tp ubinya x boleh makan. Daun je yg sedap, Tp kalau yg pucuk merah tu ubi nya yg sedap boleh rebus, tp pucuknya x sedap, tp boleh juga diguna cuma yg pucuk hijau lg best. Bab menanam ni mmg rajin sbb kalau beli di kedai tak sedap langsung bukannya pucuk tp daun da agak tua. Tp tanah di bandar ni sekakang kera semua nak disumbat.

Jubah yg ni buat leher macam kurung aje, sesaja nak mecuba, kita ni sebenarnya bila da pandai mejait ni kena cuba belaka, leher bulat la, kolar mcm baju melayu tu la.

Ni lah getah tu, ukur dulu sebesar pergelangan tangan

Mula2 buat macam ni, tp tak berkenan pulak

Yg macam ini cantik sikit kan. getahnya kena letak dibawah sikit jadi ade ropol kat ujung tu.

Cara buatya camni, Ini lengan baju kan so lipat macam ni jahit kat ujung tu dan jait sebaris lg atas sikit dr jahita tu


'Bila dah jahit dua baris, bolehla masuk getah guna pin baju,


jadi pun



masa jait tu kena tinggalkan lubang selebar getah tadi
laaaa patutnya gambar ni letak kat atas tadi. Bila dah ade lubang camni baru lipat mcm gambar kat atas tadi

Jait camni tepi sesangat iaitu dekat dgn jahit tepi kain tu, Ini satu lane kan, satu line lg selebar getah agak2 1/2 inci aje dri jahitan pertama


Mula2 nak belajar lengan cerut ni cuba juga cari tutorial di blog2 jahitan tp tiada langsung mungkin agaknya senang sangat jadi tak perlu tutorial. Tapi saya yg nak belajar ni, ajak kawan yg pandai jait dtang rumah, mujur juga ramai sahabat yg sudi membantu. Jadi ni cara mereka ajar saya.  Kalau lengan baju kita 22 inci labuhkan 21/2 inci ye supaya bila cerut lengan tak singkat. So panjang lengan 24 1/2.  Kalau nak getah letak di hujug lengan cantumkan getah tu macam gambar kat atas tadi.  Tapi kalau nak buat ropol dihujung lengan, getah tak perlu jahit tapi guna pin baju masukka dlm lubang tu.

Kalau nak tengok tutorial utuk buat lengan kembong loceng oleh satu blog ni di sini

Ok inilah unifom housewife ye, bila kat rumah pakai tshirt, bila nak kekedai terus je sarung unifom ni sampai rumah buka dan gantung, besok bila kekedai pakai lg..hee...heee. Satu lg yg mengajar buar lengan cerut ni kata, kalau ke masjid pun sesuai sebab bila ambil air sembahyang tarik je lengan tu keatas skit.  Pokek pun penting bile ke kedai bukan bawa handbeg macam orang opis tu, kami housewife ni bawa beg duit kecil aje letak dlm pokek, kunci kete pun letak dalm pokek. senangkan tak risau pasal peragut.