Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Monday, December 29, 2014

Party Supplies (Untuk Harijadi Anak2 atau Sebarang Majlis ) di Kuantan

Adui penatnya, penat kerana keje banyak ke, penat kerana banyak sangat acara ke, macam tulah kalau usia makin meniingkat, itu salah satu sebabnya.  Tahun 2015 da tak lama, usia bertambah lagi.
Ok di sini nak promot sikit tentang bisnes yg baru kami usahakan, maksudnya kami anak beranaklah.  Kami menyediakan berbagai barangan untuk majlis hari jadi anak2 atau majlis ape2 pun seperti perkahwinan atau tadika/sekolah yg hendak buat majlis sambutan akhir tahun,  Kami boleh antar terus kerumah ye...tp sekitar kuantan je lah.

Bisnes ni baru bermula bulan ni, barang2 pun tak siap susun lagi, kami beroperasi di Pusat Dagangan Mahkota di Indera Mahkota. Harap2 bisnes kami ni dapat sambutan, moga2 di murahkan rezeki.  Harap tahun 2015 ni tahun yg lebih baik dari tahn yg lepas2. Ok kalau nak tau lebih lanjut boleh ke FB Sister Surprise Kuantan. Begitulah nama yg di beri oleh anak2 kepada syarikat Party Suplies kami. Atau ke IG sisters_surprise_kuantan.

Mula saja bisnes kami beroperasi dah ada yang tempah tapi 30 biji aje belon sempena hari jadi anak dia kata yg mengoder tu. kalau takat 30 biji tu boleh lagi sumbat dalam kete tapi kalau banyak kami kena tolak tabung heleum gas tu. Bisnes sekarang senang nak promosi sbb bisnes sekarang kat atas talian aje, sape nak tempah telefon aje. Senangkan.  Kiranya bisnes  Party suplies ni suatu yg baru, tapi bisnes birthday planner ni kami pilih sebabnya.....entahlah. Tabung heleum gas ni harga seribu lebih gak, biasalah kan setiap bisnes kena keluar modal dulu. Kami menyediakan belon berbagai bentuk, warna dan saiz.

Adik jadi model


,
Ini tabung heleum gas yg tingginya sama dengan kita orang dewasa ni, Ok sekarang orang2 Kuantan boleh call or wasap aje, terus kami hantar kerumah anda. Setahun sekali tentu anda ingin meriahkan hari jadi anak atau adik anda, inilah masanya untuk tnnjukkan kasihsayang dengan sedikit aje modal,

Ini cerita dan gambar ngarut tentang anak2 pulak. Sesaja untk kenangan, namapun album blog keluarga

Tahun 2014 bakal meninggalkan kita, thn ni 3 orang anak saye konvo. Konvo ni pun memenatkan juga. Tak tau lah org lain, tp bg saya memenatkan, Walau pun seronok sbb anak dah grad.  Ok ni kenangan masa ada konvo.

Kak Na konvo mei dulu bersama kak de

Konvo adik november ari tu, adik dan kekawan

Konvo kak de ujung november baru2 ni.

Kak de dan adik

Gambar sekeluarga semasa konvo kak de, kelabu pulak sbb ambil gambar atas gambar hee..hee , nanti upload semula cd tak tau nyorok kemana. Pelikkan  4 org anak sebaye aje, tiba2 ada yg kecil pulak. Rezeki allah bagi tu antara cepat atau lambat aje kan. Sekarang ni adik kena buli ke atau adik yg buli abang dan kakak? Jawabnya adik mmg kaki buli , semua dia nak menang.





Bertambah sebok dengan menyiapkan baju sekolah adik, Ok dah sekarang, dah teror buat leher, kemas lah dari dulu. Yg kuning tu ukuran leher, senangkan dah ada acuan.

Tuesday, December 2, 2014

Cara Buat Bubur Asyura Pantai Timur

Sekarang dah bulan Safar kan. Bubur asyura ni saya buat di penghujung Muharam dulu da...cuma lambat keluar citenya.  Seingatnya berpuluh tahun dulu pernah menolong mak buat asyura ni, tapi beranikan diri nak cuba juga buat sbb teringin nak makan.

Kawasan perumahan ni ada juga buat asyura, tapi tak termakan, lain betul rasanya.  Bukan nak kutukk tapi lain tempat lain rasanyakan.. Orang utara lain, orang selatan lain. Jadi sebab tekak ni boleh masuk asyura kelantan aje. Kalau asyura johor lagila tak boleh telan.  Kalau orang johor pulak mungkin dia kata asyura org kelantan tak bleh telan.  Gitulah di Malaysia ni lain negeri lain cara masaknya.  Tapi kami di Pahang ni mmg ramai org kelantan kat sini, so cara masak asyura pun mmg cara kelantanlah.

Inila rempah asyura, beli di pasar besar Kuantan, rege 4.50 rasenya. Ade tertulis rempah asyura di pembungkus tu.

Mula2 rebus beras dan kacang hijau dan kacang tanah, Beras tu satu pot aje, tahu pot kan, maknenya 1 tin susu. Kcg hijau tu agak2 je 1/3 pot ke dan kcg tanah segengam. Saya pakai hentam je,

Keledek 2 ketul labu agak2 1/4 biji kecil. Rebus setengah masak pastu campak dlm beras tu. Sepatutnya ubikayu dan jagung kena letak, tapi takde pulak kat kedai ari tu.


Rempah asyura tadi setengah cawan atau lebihkan sikit, di gaul dengan bawang putih, merah, halia, serai, bawang goreng, gaul semua sekali. bawang2 tu agak2 je, tapi serai mesti lebih baru sedap, ari tu saya letak lapan batang. Pastu daging, dan ayam pun direbus ye, carik2kannya campur dlm kuali tu ye, daging kena banyak baru sedap.Jangtan lupa kerisek pun kena bubuh.


Camprkan ke dalam beras tadi

Campur santan ye, da jadi warna maacam ni kan, kalau nak gelap lagi warnanya campur gula kabong atau kerek.  Masa ni kita campurkan gula atau garam, kalau nak dua rasa bahaagikan 2 bhg. Satu bahagian letak dalam periuk lain, letak garam, dan satu lg letak gula. Tapi saya suka yg mnis aje.

Da pekat kan, kena kacau selalu kalau tak berkerak, mmg penatlah sikit bab mengacau ni, tapi kalau dodol lg memenatkan.


Dgn satu pot beras tadi dapat 2 dulang

Bila sejuk potong, x cantikpun, patutnya kena kacau lama lagi sampai likat. Tapi rasanya sangat sedap, nnti boleh buat lagi sebab rempah masih banyak.