Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Wednesday, February 18, 2015

Penyakit Demam Kuning Terjadi pada Kucingku

Demam kuning ni bukan saja terkena pada manusia, tapi juga boleh terkena pada kucing.  Baru2 ni kucing kami yang di beri nama Alex terkena demam kuning atau jaundis.  Nama bukan main lagi Alex tapi alex ni kucing biasa aje, kucing jalanan, tetiba datang makan kat belakang rumah. Lalu adik beri nama alex.  Alex ni boy. Kami layan je dia makan terus menetap dirumah ni. Kira2 dah 5 bulan juga dah menetap disini. Saya pun tak ingat sejak bulan berapa dia datang makan kat luar tu lepas jadi manja terus masuk rumah.  Tapi alex ni baik tak banyak kerenah.

Bila dia manja dan sihat mulalah menggatal, dah cari2 kcg betina jiran kat depan umah tu. Terus neuterkan.  Lagilah manja sekarang.  Tetiba alex hilang selera makan, dan nampak hingus keluar. Saya sangkakan selsema sbb tu tak selera makan. Terus gi klinik beli ubat kat klinik swasta 30 ringgit.  Tapi 3 hari lepas tu terus tak makan langsung kerana risau, bawa alex keklinik veterinar.  Doktor kata alex jaundis, tanda2 jaundis ialah mata putih dah kekuning, cuping telinga sebelah dlm kuning, gusi kuning. Doc cuma suntik vitamain dan bekalkan ubat untuk hati aje. Doc kata alex tak sakit tekak dan tak demam.  Memang klau jaundis hilang selera makan tambahan dia pun selsema.  10 hari lepas gi vet tu alex tak mahu makan langsung kena paksa dan paksa minum air garam. Iini kawan yg syorkan garan ORS tu. Garam ni sebenarnya untuk manusia tp sesuai untuk kucing juga (Oral Rehydration Salt).  Bila dah 15 hari tak makan badan alex ringan aje.

Saya tercari2 dalam enternet pasal jaundis ni, bagaimana rawatannya dan berapa kosnya.  Nampaknya mereka yg ada pengalaman kucing jaundis hanya bercerita pasal rawatan tapi kosnya mereka tak cerita.  Faham2 aje kalau kita ni kaya tak ape, bawa je 1000 terus keklinik, tapi masalah fulus yg sentiasa ketat menyebabkan alex tertangguh di bawa keklinik.  Kebetulan kwan dekat rumah ni nak ke klinik bawa kucing untuk di kasi, terus dia ofer biar dia bawa alex sekali dan dia akan bayar kan dulu.  Dia sangat kesian tengok alex yg kurus kering.


Inilah Alex, bagi kami dia tetap comel, walaupun org lain hanya memilih nak pelihara kucing yg comel2, berbulu panjang, putih, tp walau bagaimana rupanya dia perlukan kasihsayang tambahan pula bila tengah sakit lagilah perlukan perhatian.  Macam kita kalau tak sihat kita perlukan orang lain untuk menjaga kitakan. Gambar ni masa alex  dah 10 hari tak makan.


Ini lah ubat ooo bukan ubat tapi vitamin hati yg di beri oleh veteriner.  10 hari balik dr klinik vet tu alex tiada perubahan, langsung tak nak makan. Sebelum gi klinik tu dah 5 hari tak makan. so 15 hari kena paksa beri AD (makan dalm tin tu).


Semasa alex baru balik dri klinik swasta (Klinik Haiwan Kuantan) Kaki masih berbungkus sbb drip Doc pesan suruh buka jap lagi.  Hari sabtu tu alex ke klinik, doc kata kena alex kena masuk air dan kena tinggal di klinik. sedih pulak rasanya alex tidur di klinik.  Besoknya nak ambil doc tak kasi lagi doc kata hari isnin baru boleh ambil nak tengok perkembangan kuning tu supaya susut sikit dari sebelumnya. So 2 mlm alex tidur di klinik.

Dah di buka bungkus tu, doc cukur bulu tempat drip tu


Ini vitamin yg di beri oleh Klinik Haiwan Kuantan. Kapsul. Harga 49 camtu lah. Ada 30 biji, makan sebiji sehari. Seksa juga nak menyuapnya tapi sabar jelah. Ini Liver Supliment. Jaundis ni kalau dah teruk hati akan rosak.  Nak tau kosnya berapakan. Biarlah saya tulis disini agar senang orang lain nak agak2 kalau nak ke klinik. Jangan pula tulis cerita pasal kucing sakit tapi tak cerita bayaran perubatannya.  Mungkin derang ni orang kaya2 belaka tak kisah beribu pun tak ape.  Ok kosnya 397. dekat 400 kan.  Drip 120, boading 2 hari 40 (klau silap maaf) mahal boading sbb drip. Klau boading biasa 10 seharikan.  Vitamin Liver tu 49. Entah ape2 lg tak ingat dah. Jd jumlah 397.

Takpe lah janji alex sihat. Nak biar camtu sian pulak.  Kami selalu doakan alex sihat semula, jadi tentu alex pun doakan tuan dia sihat juga. Kami bukan suruh alex doakan kami jadi kaya.  nanti kalau duit dah berjuta2, bimbang llupa diri pulakan. kucing jalanan dah tak nampak, nampak nak beshoping ke paris je,  Nak tahu perkembangan alex selepas keluar dr klinik tu, alex masih tak selera makan. tapi makan jugalah sikit tanpa dipaksa. Sesekali suap juga air garam tu, biar dia bertenaga, sbb dia makan sikit aje.

Ini nak cerita pasal org buang kucing, baru2 ni terdapat 5 ekor anak kucing yg baru dibuang dikedai berhampiran dengan perumahan kami.  Masa pagi tu anak kucing tu usia dah 3 bln camtu dah boleh makan sendiri.  Kucing tu terpinga2 dan ketakutan mmg baru kena buang tu.  Siapa lah punya angkara semoga org tu diberi keinsafan, atau timpakan bencana keatasnya.  Mujurlah sekarang KKK ada.  Tahu apa KKK. (kelab Kucing Kuantan).  Saya pun dah join.  Mereka dah boleh resQ, kalau beritahu ada kucing dlm kesusahan. Mereka akan jaga dan cari adopt. Nampaknya Kuantan sekarang dah ok sejak ada KKK. Ni semua atas kesedaran pencinta kucing di Kuantan.  Harap daerah lain kena buat macam ni. Bila agaknya kerajaan nak buat tempat perlindungan haiwan.  Mereka ni langsung tak ada kesedaran.

Kita hidupnya mmg tak boleh rehat dan bersenang2kan. Sebab apa saya kata macam tu. Saya suka mellihat disekeliling kita, jiran, kekawan, Kalau orang yg sebok membuat pelbagai kebajikan tu allah akan permudahkan hidup mereka,  Kalau orang yg tak mau buat sebarang kerja kebajikan, sbb mereka tak suka kepada kesebokan. tapi Allah tetap beri mereka kesebokan. Bulan ni dia masuk hospital, bulan depan anak di pulak.  Itu sebok juga namanyakan.  Macam saya ni pulak kejap ke klinnik haiwan, kejap beri makan si bulus ni pagi petang, kejap dan suap Alex air garam lak. Lepas tu tolog kekakawan bawa bulus derong untuk di kasi.  Mereka ni sebenarnya malas untuk usaha lebih sikit, tapi sbb bimbang diaorang buang kucing bila beranak berkali2, kita kena tolong buat keje ni. Sebenarnya adalah usaha untuk sifarkan kucing jalanan.  Diaorang ni bukan tau kasi (spay )tu ape kita yg kena terangkan dan tlg buat oppoitment dan bawa keklinik.  Entahlah ....... hidup ni kan selagai bernyawa keje tak habis tapi syukur allah bagi kesihatan yg baik,