Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Sunday, April 19, 2015

Rang Undang-Undang kebajikan Haiwan

Baca tak paper hari ni 19.4.2015 Berita harian hari Ahad. sebenarnya sebelum ni dah ada cerita pasal rang undang2 ni akan dibahaskan, kalau tak silap bulan lepas. Tapi baru hari ni berkesempatan nak bercerita.

Penaung Persatuan Perlindungan Haiwan Selangor (SPCA) Tan Sri Lee Lam Thye berkata rang undang berkenaaan adalah langkah meningkatkan tahap kebajikan haiwan di negara ini. setaraf dengan piawaian antarabangsa.

katanya kezalliman terhadap haiwan semakin berleluasa, selain kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) yg melakukan tangkapan haiwan secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.  PBT perlu menghentikan perbuatan buruk itu.  Kata Tan sri lagi Ahlli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang perlu menyokong rang undang2 ini. Rang Undang2 ini akan di bawa pada Mei ini, marilah kita berdoa supaya rang undang2 ini diluluskan.  Negara ini mmerlukan dasar Kebajikan Haiwan, jika ingin menjadi negara yg maju, penyanyang, selain mengesa pencinta haiwan bersuara bagi menjaga dan mempertahankan kebajikan haiwan.  Pencinta haiwan kena bertanggungjawap menyelamatkan haiwan yg dibuang dgn membantu mencari rumah baharu bagi memastikan kelangsungan hidup mereka.

Oklah nnti bleh baca sendiri ye paper hari ini.

Orang PBT tu manusia ape ye, jenis ape, spesis ape, kenapa mereka ni tiada perasaan belas ke..... entahlah. Teringgin pulak nak tengok muka org PBT ni. Muka manusia ke atau bertanduk.


Betulkan PBT sangat zalim mereka menagkap kucing atau anjing kemudian mengurung nya dalam keadaan sesak, makan dan keselesaan haiwan meeka tak ambil peduli.  Itulah kerajaan yg memerintahkan terlalu sebok memikirkan hal2 lain tapi lupa haiwan juga perlu dijaga dengan elok.  Di malaysia rakyat tidak diajar untuk menyantuni haiwan, manakan tidak, pemimpin pun amat zalim,
Kalau undang2 ini diluluskan syukur sangat. Lepas tu bolehla kita nampak iklan di media cetak ke media elekronik ke, Denda2 yg bakal dikenakan keatas mereka yg menzalimi haiwan ke, membuag haiwan ke,  Poster pun banyak macam iklah 'HAPUSKAN NYAMUK AEDES" Harap2 macam tulah .. Amin

Saturday, April 4, 2015

Kucing-Kucing Terbuang

Masa begitu cepat, rasanya baru saja tahun 2015, kini dah april kan.....Mungkin kerana kesibukan kita terasa masa tu tak sedar berlalu, pagi kepetang begitu cepat.

Kali ini nak bercerita tentang kucing terbuang,  sebenarnya cerita kucing terbuang ni dah lapuk, tapi kawasan kedai di perumahan saya ni kerap juga orang membuang kucing. Tokey kedai tu pulak tau kita ni penyanyang kan kucing dia pun buat repot. Macamla kita ni pegawai JKM, Polis, ke pegawai MPK (Majlis Perbandaran Kuantan).  Memang penat jadi resq ni,  puas pulak mencari ibu angkat untuk anak kucing ni. Tapi sikap tokey kedai tu amat bagus, itu tandanya dia seorang yg perihatin.

Kenapa manusia ni mereka tak nak bertanggungjawab dengan haiwan2.  mereka fikir nak senang saja tapi menyusahkan orang lain.  Mereka cuma fikir tentang kesenangan diri mereka.  Menjaga kucing mmg tiada untung ape2, maksud saya kucing biasa ni.  Lainlah kucing parsi, mmg mereka berebut sebab boleh jual dengan harga beratus2.  Kalau jaga lembu, kerbau atau kambing mendatangkan hasil. Cuba bayangkan kalau kambing tercegat dalam pagar dia,  berebut mengaku dia punya. Kalau kucing kurap masuk pagar dia, dihalau adalah.

Rasanya sebab manusia durjana ni membuang kucing kerana tak tahan dengan kerenah kucing yg kena beri makan lepas tu beranak 2 atau 3 kali setahun. Bila dah banyak mulalah mencari jalan mudah dengan MEMBUANG.  Saya pernah dapat tahu di kalangan orang yg dikenali mereka yg membuang kucing ni berpelajaran tinggi, punya orang bawahan yg ramai, kira bos lah. Tapi fikiran mereka sangat singkat, mereka punya ijazah tapi tak bijak, malas berfikir, Mereka boleh mengawasi orang bawahan beratus2. Kucing sekor dua tak boleh jaga. Cuba buka internet bagaimana untuk mengawal populasi haiwan, ini asyik berfacebook. Mula2 bersemangat nak jaga kucing, lepas tu kata susah, tiada masa, kalau minat tiada terhadap kucing jangan jaga, jaga lembu aje orang macam ni.

Sedang baring2 atas lampin. dia ni tak kuat mengiau baik aje, tp kesian gak bila nak tidur dia mencari aje nak nyonyot. tu terpaksa cari ibu tumpang. semptlah semalaman tidur dengan si kenit ni. Tokeh kedai tu kata yg dibuang tu 3 ekor semuanya tapi 2 lg x tau gi mana mungkin org dah ambil. Mungkin manusia durjana tu buang dgn ibu tapi ibu akan lari meninggalkan anak bila ketakutan kerana di tempat baru yg asing baginya.

Selepas semalaman dengan sikenit tu dapatlah ibu tumpang, ada kawan kepada kawan yg baik hati hendak jaga terus si kenit ni. Comel sangat si kenit ni, dah pandai gurau sikit2, tapi lari pun lintang pukang lagi.

Jalan pun tak betul lagi.


Akhirnya kena tampal notis macam ni biar manusia durjana yg suka buang kucing tu baca, tapi kalau hati dah mati, tampal notis sebesar manapun mereka tak kisah. Buang tetap buang bagi mereka orang tak nampak.  Nanti bila berkesempatan notis yg telah saya tulis ni nak tampal di belakang kedai, dah takde cara lain untuk menyedar kan manusia tak berotak ni.

Bila tengok kucing di kedai2, di tepi jalan hati rasa sedih, mereka perlukan perlindungan dan kasih sayang. tapi orang kaya yg banyak duit tak terfikir ke untuk membuat rumah perlindungan haiwan ni. Kalau Aku Kaya .......... begitulah lebih kurang lagu Avi Rafael, tp Allah tu maha mengetahui ada hikmah disebalik semua yg telah di beri kepada kita.  Kalau kita jadi kaya mungkin kita akan sombong. Betulkan, kalau kita miskin nak makan susah, itu dugaan, tapi kita masih bersabar dengan kemiskinan tapi dugaan yang lebih besar kalau kita kaya, bayangkan kalau duit dah berjuta, masa tu kita yg sentiasa berbuat baik dan mengingati Allah mungkin tidak lagi masa tu. Amin.