Belum kukus lagi
Dah siap kukus
Pau goreng pun boleh buat
Ini masakan khas untuk abang, kadang2 tu tak tau nak masak apa dah untuk abang sebab dia tak selera makan nasi. dia makan nasi sekali sehari je, mase balik sekolah. Lepas tu bila malam tercari2 resepi yg boleh mengenyangkan. Kalau yg ringan2 tak kenyang pulak. So ayam pun banyak dlm peti, buat kari campur kentang, tp kentang tu sikit aje, macam inti karipap juga tapi ini dipenuhi dgn ayam yg potong besar2 biar dia kenyang. Pas tu buat kulit pau, lepas mangrib tu pau pun naik mengembang terus aje mengukus, bua lima ketul aje, selebihnya buat pau goreng sbb ada kcg hitam dalam peti ais tu. Ape lagi abang terus ngap 4 ketul. dia kata kalau mak tambah telur rebus separuh, macam org kereta merah yg round ptg2 keliling taman ni lagi sedap. Ye ke mak tak pernah makan kuih pau org tu sbb kuih ni mak tak suka. Tapi kari mak memang sedap sbb penuh dengan ayam, tak mcm org jual tu, oklah lain kali tampah telur rebuslah.
Cara buat pau goreng ni pernah belajar caranya senang aje, tapi resepi org meniagalah, simple sangat,
1 kg tpg gandum
1 paket mauripan
4 sudu besar pelanta
air secukupnya agak2 sedang buat roti tu,
gula setengah cawan
kalau nak sedap utk makan sendiri air tu ganti dgn susu cair, tambah telur sebiji
mmg jadi, insyallah, tulis kat sini untuk ingatan sendiri aje, kalau nak cuba silakakn.
No comments:
Post a Comment