Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Sunday, March 30, 2014

Penyakit Kurap Kucing.

Hari isnin permulaan cuti sekolah tu saya terjumpa kucing kurap di kawasan kedai berhampiran dgn perumahan kami.  Tahap kurapnya mmg teruk. sian sangat, tp sebab kami cuma singgah kejap untuk beli nasi lemak dan terus ke KL kerana ada seminar dan sambil2 mengikut abah seminar maklumlah cuti sekolah.  Saya terus berdoa supaya bertemu dgn kucing tu semula supaya boleh bawanya keklinik.

Tuhan makbulkan doa saya, balik dr kl tu hari khamis tapi hari sabtu tu baru berpeluang bawa keklinik.Kucing tu masih ada depan kedai tu lg.  Macam dia dah dpt rasa ada org nak jage dia.

Mula2 lepas balik dr klinik tu nak letak kat kedai tu semula tp x sampai hati, sian sangat, jd bawa balik rumah letak di belakang rumah, dia suka lepak atas tembok. Suntikan untuk kurap tu cuma 15 ringgit aje, itupun klinik swasta kalau kat veteriner mungkin murah lagi. Tapi yg peliknya beribu2 manusia kat kedai tu kehulu kehilir, dan peniaga di anjung selera tu pula punyalah ramai tp mata mereka semua buta, tak nampak kucing kurap tu, agaknya mata saya aje celik. Peniaga2 ni sebok mengejar duit, tp duit mana pernah cukupkan. kalau dapat banyak apalah salahnya buat kebajikan untuk kucing2 di kedai tu. Ini tidak mencari duit siang malam, kalau macam tu boleh dapat banglo 4 or 5 biji, kereta mewah 5 biji takpe gak. Beleter pulak mak nenek ni, nak lepaskan geram je he... he... Pelangan di kedai tu lak punyalah ramai buta jugak, mereka sebok minum2 sambil borak, main phone, tengok tv, main facebook sambil merokok. Rasanya manusia ni dalam seribu, sorang aje yg perihatin, anggaran saya je tu.

Sebenarnya kita x boleh paksa sesiapa menyayangi haiwan, hatta manusia sekalipun. Manusia ni berbagai2 ada yg sensitif sangat tengok org susah (peminta sedekat), haiwan jalanan mereka terus sedih dan cuba nak tolong.  Ada manusia tu pulak bila tengok org miskin, dan haiwan jalanan dia tak rasa ape2, org kata hati dia kering, tak ada perasaaan belas. Kita x boleh panggil dia orang x ade perasaan, org mcm ni ada perasaan sebenarnya tapi perasaan dia lain macam cuma ingat kepentingan diri sendiri aje.  Jadi kita x boleh marah2 kpd org hati kering mcm ni. Bak kata lagu nasyid raihan tu...seingat saya mcm ni lebih kurang                        
Iman x dapat di warisi
dr seorang ayah yang  bertaqwa
ia  tak dapat dijual beli
ia tiada ditepian pantai
walau apa cara nya jua
engkau mendaki gunung tinggi
engkau merentasi lautan api
namun tak dapat jua di miliki

Macam tu juga perasaan kasih kpd haiwan kita x boleh paksa ia akan hadir sendiri dalam diri.

or
Kakinya dah bercabang macam tu sekali, memang tebal sangat kurapnya

Kalau kurap yg tak teruk camni selalunya saya guna minyak masak yg dah kesan goreng tu atau minyak gamat, kemudian mandikan. Kalau tengah basah tu kurap senang tanggal, sambil gosok dgn kain.  Tapi sioren ni dah teruk sangat, kena bawa kekliniklah.  Beginilah nasib haiwan jalanan tak dipedulikan, sbb tu kasilah kucing anda supaya tak beranak pinak kemudian letih nak jaga buang di kedai2 makan.

No comments:

Post a Comment