Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

Monday, May 25, 2020

Pecinta Haiwan (Kucing dan Anjing)

Lamanya tak menulis disini, kerana kesebokan yg teramat sgt. banyaknya cerita yg hndak di ceritakan. Sekarang musim convid19. Dan Raya puasa ni sunyi sahaja maklum musim convid.  Tp saya nak cerita pasal pecinta haiwan terutama kucing.

Raya 2020 ni sy lebih relex, so bolehlah mencurahkan perasaan tak puas hati kepada pencinta kucing dan anjing. Konon pencinta tapi pendera. Sebab apa saya gelarkan mereka pendera sebab mereka mengurung kucing2 sebab tak bagi mengawan. Tmpat sempit pulak tu.

Bila nampak kcg2 di warung ke, kedai ke, tepi jalan ke. pencinta/pendera kucing ni pun ambil, kononnya nak jaga, tp sebenarnya mendera.

Wahai pendera haiwan jgn ambil kcg2 di jalanan tu, biarkan saja di situ, nnti adalah org yg lebih baik memberi makan atau membawa balik dan seterusnya memberikan kehidupan yg selesa kepada kcg tersebut.

Saya berani bercerita berkenaan pendera kcg ni sebab mata sendiri yg melihat.  Saya cuba pergi kerumahnya utuk melihat2 kcg2nya. Konon menjaga sehingga 50 ekor lebih. Bila saya tengok amat menyedihkan. Bila tanya adakah awak lakukan pemandulan utuk kcg2, Jawapnya TIDAK. So untuk mengelakkan kcg2 beranak, mereka asingkan jantan dan betina. sangkarnya pula sempit. Bunyi bising jagan cakaplah. maklum kcg nak mengawan tentu ganas dan bising.

Sepatutnya org begini di nasihat, beri kesedaran kepada pencinta/pendera ni, biar mereka sedar pemandulan sgt penting.


Yg betiga ni mmg gemok2 yg tengah tu jantan, kiri kanan betina. Lihatlah anak2 bulus duk atas karpet. kawan gelandangan kamu entah tido dimana.

sekadar hiasan, Kucing2 ku, wahai anak2 bulus ku, kau patut bersyukur, duk di rumah selesa, bebas kemana2 nak masuk rumah ke, nak main2 kat luar ke, tanah luas. Doa untuk mak dan abah ye, doa supaya mak dan abah di murahkan rezeki supaya boleh bina rumah lain untuk kawan2 di luar sana. sian mereka kucing2 gelandangan.

Gambar ni mak ambil masa korang tengah intai ada kucing jiran datang kan.


Tuesday, August 13, 2019

Jalan-jalan Ke Pulau Kucing (Meow Island)

Bulan lepas termakbullah hajat ku nak ke Meow Island di Pekan Pahang. Dah lama berhajat kesana tapi selalu kesebokan. Seawal 7.30 aku ke tempat berkumpul di Kuipsas, jalan ke Pekan. Kalau nak pegi sendiri mmg seganlah sbb tempat tak biasa. Tempat ni pulak bukan boleh masuk sebarangan sebab bukan macam zoo gitu, tapi tanah persendirian.  Saya pergi bersama Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang. SKJP ni mmg kerap dah ke pulau tu, mereka dah kerap mengajak. Alhamdulillah hari ahad tu saya pergi bersama anak bongsu yg bersemangat nak tengok meow di sana.



Dari tanah besar nak ke Pulau Keladi. Nama pulau meow ni adalah Pulau Keladi. Tp jambatannya cuma separuh je. selebihnya kena baik bot



Jambatan ni bukan separuh tapi lebih dr separuh

Di pulau ni mmg ada orang putih yg jaga haiwan di sini. tp ni ramai2 mereka sekadar dtg melawat,

Sibongsu ku . Tu mat salleh yg jaga sini.

Rumah2 meow yg kecil di bina disitu.  Tp mmg panas kat sana. Memang kena tanam pokok.

Dah sampai ditebing pulau sana. He he... bot goyang2.

Tengok suasana sini berangin, mmg best. bg pendapat saya pokok kena tanam utuk keselesaan kucing dan juga orang yg melawat

Luas nya . catik kan. pulau keladi yg ujung jambatan ni

Acara SKJP berakhir sebelum Zohor, tp saya dan anak balik awal, terus ke klinik sbb batuk sakit tekak.

Pulau ni tak bekalan air, cuma guna telaga saja. Harap lebih ramai yg menderma utuk membangunkan pulau ni menjadi lebih selesa. Hari SKJP datang tu ada yg bawa anak pokok tuk di tanam. Makanan pun banyak yg bawa. dengan nasi putih, nasi lemak kuihmuih. semua angkut aatas bot. goyang2 tu, memang semangat masing pencinta kucing. Disana kami gotong royung mesin rumput. dan sebagainya.

Jangan pulak jadi tempat buang kucing2 ye , nanti ada yg bawa kucing naik bot ni dan campak ke pulau tu.

Harap nnti sya akan kesana lagi. AAmiin


Saturday, November 4, 2017

Kucing Bernama Misteri

Kenapa di nama kan Misteri.  Kami baru berpindah di kawasan baru ni, rumah kami mmg dekat dengan masjid. Memang somi dah lama mencari rumah yg berdekatan dgn masjid. Maklumlah dah semakin tua ni, seeloknya kita selalu kena solat berjemaah.  Kubur pun tak jauh dari kawasan rumah kami. Jadi senanglah nnti kan. dari rumah besar berpindah ke rumah kecil. hi...hi...

Selapas kami berpindah ke sini, saya mmg selalu gi masjid, dan terlihatlah suasana yg biasa kita lihat. Kucing2 mmg ada di situ. Orang suka menghantar kucing ke Masjid, Wahai manusia, kucing tak solat ye, tp anda tu kena bersolat , berjemaah lg elok. Kucing di situ ada dalam 5 or 6 ekor gitu. Tp penduduk kawasan ni prihatin, mmg ada 2 , 3 orang yg cukup sayang dgn kucing, dan slalu bawa makanan dri rumah utk makanan meow ni. Selpas saya duduk di sini 4 or 5 bulan kucing masjid yg 3 ekor menetap di rumah saya, masa tu tau perangai kucing2 ni. Tp selepas tinggal di sini lama baru tau yg 3 ekor ni samseng skit, rupanya kucing yg warna kelabu ni, duduk di kubur sahaja, dan ada lah yg kesian antar makanan sekali sekalli. Kata Leha ni kucing ni dulu kurus kering. Dia yg bawa makanan masa ada kelas mengaji, ke fardhu ain ke, sebab sebelah kubur tu ada bangunan Bina Insan. Kelas tempat kaum wanita belajar ugama atau masak. Selepas kucing 3 ekor tu menetap dirumah saya , ketiganya jantan, saya namakan Titel, Tot, Smuffi.

Bila ketiga tu dah tiada maka Misteri tinggal di masjid, jadi amat selesa sekali. makan dan tidur selesa. Masjid tu pula separuh kayu , mmg selesa. Dia pun dah gemuk.




Ini lah Misteri, comelkan. Kesian jg dia duk masjid, niathati kalau kcg kat umah ni pegi , nak ambilnya sebagi penganti. tp Kat umah ni dah 9, tak sanggup dah. Tp semalam jumaat petang masa nak bg makan mesteri tak ada. Saya agak masa sembahyang jumaat tu ada org ambik. Sbb masa mula pindah sini saya nampak budah2 tahfiz bawa sekor kucing balik asrama derong. harap mereka jaga dengan baik , nnti lah jumaat depan nak tanya budak2 tahfiz tu, Sedih sangat, rasa sunyi, klu tidak petang2 bagi mkn . Oh ye lupa nak cite mesteri dapat dinamakan misteri sebb dia penuh misteri, masa duk di kubur dulu. mcam2 si Leha tu citer, entahlah. Katanya bila ada org di kebumikan di kubur tersebut Misteri hilang sehingga 4 , 5 hari. Misteri pernah beranak sebanyak 2 kali, tp anak nya tak tau kemana. Begitulah citer leha ni. Saya org baru tu tanya juga sejarah misteri ni. Saya nak mandulkan tp Misteri tak mengandung, kcg jantan mmg ada duk masjid tu, tunggu je , makan pun bedua. Bila tanya doc , doc kata kucing betina susah nak tau, tambahan pula jahitannya kemas, So tak perlu buat, pantau aje, lagi pun dia sihat kan...



Tuesday, June 13, 2017

Telatah dan gambar2 kucing sebagai kenangan.

Kucing ku namanya ayan, warna hitam keseluruhan. umur lebihkurang dua tahun. Ni gambar ayan tengah sihat. Anak suap kat mulutnya dia gigit je , suap puting susu pun gigit je . manja, dan suka gurau. Asal kucing jiran. Sbb jiran tak pedulikan nya. ia menetap kat rumah.

Ni gambar ayan lps exsiden, mulut bedarah, kena langgar depan rumah. rahang patah, doctor dah siap jahit bagai, 2 hari duk klinik, ayan pegi utk selama2nya. hampir 400 juga rawatan utuk ayan.


Ini bil nya 500 lebih bukan 400.

Ini pula kucing kawan yg bernama May, dia dah banyak kucing, jadi saya tolong mandulkan dan bagi pada kawan lain.



Ini pula anak kucing yg sesat kerumah, entahlah mungkin orang buang di kawasan rumah saya. Saya pun tak ingat dah rasa nya saya bagi ke aishah yg duk di tanjung api.ataupun mati , sebab mmg ada yg mati .

Yg ni pula kucing sape ye, rasa kcg nurul saya tolong mandulkan.



Yg ni pula namanya Pandan, sebab jumpa di pandan, Kami jumpa di pasar tmn tas. Kak mas kutip , sbb masa tu kesian sgt, dgn anak lg. Saya mandulkan dan kak mas jaga hampir 3 tahun jg, kemudian Ira pula jadikan anak angkat. Lawa ni mcm kcg siap mata biru.



Awan semasa kecil.

Ni kucing area Sek Paya Besar, jaga sekolah tu jaga kucing ni, ia dijumpai dlm keadaan teruk mungkin siram minyak atau air panas. Lama dah tak melawat entah apa kabar kucing ni.

Ini kucing di pasar taman tas juga , dia dipelihara oleh peniaga di pasar itu. saya tolong mandulkan. Pun tak tau kabar beritanya . nntilah satu hari nak melawat kawasan . hi...hi mcm YB pula.




Ini ppun kcg Pasar Tmn tas, org buang dlm kotak bersama  ekor kitten yg kecil. saya ambik bagi kawan sbb kwan perllukan ibu susuan utuk kitten yg baru dijumpai. Tp sedihnya ibu kcg ni hilang belum sempat dimndulkan. Kawan kata di jlan tak balik2.


Ini pun org buang di Pasar Tmn tas dengan letak dalam bakul bersama kiten. Yg ni pakcik yg cuci tandas tu ambik. lalu saya mandulkan.

Berapa ekor dan ye saya selamatkan kcg taman tas. Aduh..... letih dgn manusia yg tak berhati perut. Sekarang saya sudah lama tak kesana. kerja2 resque kucing tetap di jalankan tapi kekurangn fulus. mana nak mintak bntuan  ye. sya pun dah pokai.


Yg ni kucng area cenderawasih . kucing jantan, sedih sangat ni saya jga sendiri. Selsema teruk ni.


Yg ni kucing flat face, ada org bg ke Kak mas. Kak mas dh banyak kucing, so dia ambil ni sbb nak tukar dgn makanan kucing. Dia kesempitan. Sy tolong cari kan keluarga angkat penyanyang. Keluarga baru tu ada sekor kucing flat face camni jg. so nak cari kawan. di jaga dengan penuh kassih sayang. alhamdullah. Kalau seblm ni sian jg duk umah kak mas yg penuh dgn kucig.



Ni kucing kami jumpa di restoren bukit rangin dgn 4 kittennya. ka mas jaga dan sya mandulkan. Tapi tuan baru jga lepas tu, maklum kak mas banyak kucing , tp baru2 ni mati selepas di bawa ke vet, dia tak dpt di selamatkan. Jangkitan kuman.



Ni kucing jantan, yang nakal . Dia duk kedai cina tu, dan selalu panjat pokok tak lepas turun, mula2 panggil JPAM, lepas tu buat hal lg panggil Bomba lak.


Ni gambr Awan kucing kami, gambar sewaktu di mandulkan . nak minta subsidi. Gambar awan kecil kat atas tadi . Ni kami jaga.


Yg ni kucing jiran blok depan tu. tuan ni mmg degil, sian betul dgn kucing ni, dah branak berpuluh kali. Anaknya bila sakit merayau sampai kerumah saya. sbb kesian kita kutip. tp sampai bila nak jadi pengutip, saya pun tak de duit, kos rawatan lagi. bila suruh mandul dan nak tolong mandulkan tak mahu, kedekut tapi hidup menyusahkan org. Bila nak mandulkan nak tunggu dia tanya husben dululah. susah sgt saya buat alppoimen dgn doc. lps subuh tu saya kidnnap, Mandulkan..... haaa baru tahu, ptg tu saya lepaskan kawasan belakang rmah dia. Dia nak free agarknya......


Yg ini awan masa kecil, ssebelahnya tu org buang area umah saya sebaya awan. Tp mati beberapa bulan lps tu. awan pun kena jangikitan hawa jg tapi bertahan dan terus hidup sampai le ni. tp dia sakit saraf , berjalan pun tak betul.  Gampar yg atas tadi tu yg pakai kola tu mmg org buang kat rumah saya tapi saya bagi ke aihah.

Bukan main lg 3 orang budak tua ni, Tepi tu Bambam tengah tompok kanan tu Jantan. Bambam tu dah 16 tahun....
Ni kcg di Anjung selera cdrawasih. Sedih dia mati sblm sempat di mandulkan. Nama diberi oleh tokey kedai tu Tomyam.  agaknya suka makan tomyam.


Selepas tomyam mati, kak mas bawa ballik anaknya, ibu kcg k mas pula susukannya. baik sgt kan...


Telatah kucing di klinik vet yg sempat dirakamkan. manja sangat tak perlu sangkar. hi..hi.

Kucing kurap yg amat teruk, akku bawa keklinik. lpas kan semula kekawasan rumah yg dia duduk.
Cerita yg menarik tentang kucing ni. Kucing ni jiran punya. Tp selepas kematian suaminya dia pindah ke KL . meninggalkan kucing sebanyak 5 ekor. Jiran yg tolong beri makan. Yg Bambam tu tadi sama tuan dgn yg ini. Kucing ni penah aku nak jaga , akku kurung dlm cage kejap sementara tukar baju utuk bawa ke klinik. lps tu terlepas, di fobia nak dtg rumah aku lg , di duk rumah jiran yg lg satu. kawan tu pula semangat nak bela dan nak bersihkan badan kucing tu, siap bawa grooming lg. aku dah pesan kucing ni penakut jgn krung dia, sbb dia dah jinak dgn jiran aku tu, Jirang tu mmg bag makan hari, mmg jinnak dah. Tp selepas krunng dan bawa grooming dia terus menghilangkan diri. sedih dsgt tulah tak nak dengar cakap akkku.



Amin...

Wednesday, June 7, 2017

Bulat nama Kucing gelandangan di Anjung selera.

Ini kisah kucing gelandangan, Kucing yg warna putih dan tompok2 ni aku tak tau nak nama kan apa. Bila bercerita sesama kawan di kawasan perumahan aku, kami panggil Kucing Yg Muka Kesian. Panjang sangat namanya kan.  Nama tu sebab muka dia nampak sedih. Tapi aku tukar kepada nama Bulat sebb gemuk dan bulat badannya. Dia jadi gemuk mungkin makan ayam hari2. Orang restoren tu bagi kepala ayam dan leher ayam. Begitulah ceritanya, aku sendiri yg interview tuan punya kedai makan tu.

Aku pun taktau sudah berapa lama dia duduk di anjung selera tu. anjung selera ialah kawasan kedai makan, yang mengandungi banyak kedai makan. dari pagi hingga kemalam mereka berjualan di situ. Bila aku nampak Bulat mengandung, tp bila beranak tak tau gi mana. Lepas tu mengadung lagi.  Puas aku ngintip, tp akhirnya tahun lepas iaitu thn 2016 aku nampak dia dan 4 ekor anak2nya. Bila anaknya boleh makan aku bawa ke klinik utk pemandulan. Umur bulat sudah tua kata Doc, dia duk di anjung tu rasanya dah   6 or tujuh gitu, entahlah... aku tak berapa ingat. Bila saja aku pindah baru aku berpeluang bawa Bulat tinggal bersama aku. Kesian sgt dgn bulat, tpi kini Bulan telah bertuan. Dia pun mengada2 , bergurau pun pandai,

Ni akku simpan lagi iklan kat group Kucing Kuantan.  Selepas iklan ni tiada siapa yg nak , tiada sambutan langsung.


Ni gambar lama semasa Bulat dan anaknya duduk di Anjung selera  lagi. Bulat melahirkan 4 ekor anak, tapi masa anaknya putus susu maknanya dah bloh makan, 2 ekor anaknya hilang, tinggal 2 lg tpi sebulan lps operet tu 2 ekor lagi anaknya hilang. Harap2 anaknya selamt bersama tuan yg penyanyang.

        Ni anak bulat, hilang entah kemana.... semuga selamat bersama tuan yg penyanyang




Tengok Bulat sekarang, mengada2, Bulat happy kami pun happy. Pemakanannya kena jaga tak bleh makan lemak ayam lg, Amin



Sunday, December 11, 2016

Pemandulan Kucing dan Bantuan untuk pemandulan kucing

Lamanya tak menulis di sini, banyak cerita tapi tak mampu nak menulisnya, hi..hi. Ni cerita berkenaan pemandulan haiwan peliharaan kita iaitu kucing atau anjing.  Sejak 2013 rasanya bantuan kepada mereka yg memandulkan straycat diberi. Bantuan sebanyak rm100 ukt sekor kucing jalanan, dan 150 untuk anjing. Tapi utuk 2017 bantuan dikurangkan . menjadi 60 utuk kcg dan 100 untuk anjing.  Nak buat macammana kan ekonomi dah terok.  NGO yg beri bantuan tu kata kekurangan dana.

Sedangkan selama ni orang begitu berkira nak mandulkan haiwan jalanan, bila bantuan berkurangan, keinginan untuk memandulkan haiwan turut terjejas. Nampaknya makin bertambah haiwan jalanan. Itu cerita orang yg tak mampu, tp orang yg mampu atau yg kaya pula lain perangainya, mereka lebih terarah utk membeli barang2 lain misalnya bertukar kereta , hanphone, baju, tudung dan macam2 lglah. Kucing dibiarkan beranak tanpa kawalan, bila tak mampu nak jaga , kkucing dan anjing ini akan di buang saja. Lain pula orang yg tak menyokong pemandulan, mereka kata bedosa, dan ada pula yg kata kesian.

Saya pernah berjumpa dgn org yg kata pemandulan kucing ni dia tak buat sebab kesian. Dia sekadar beri makan ragi sahaja. Saudara tau kan RAGI. Ragi ialah digunakan untuk buat tapai. Ia panas. Kononnya bila kucing mengawan, tak menjadi anak sebab panas. Akhirnya kucing tu sakit perut. Sepatutnya dia kesian bila kucing tu beranak tanpa henti. Kucing pun nak rehat, letih mengandung, beranak kemudian kena menyusukan anak. Kita manusia ni pun merancang sbb penat beranak, dan macam2 risiko bila beranak kerap. Bila kucing di mandulkan kucing tu akan sihat, gemuk  sbb dia ada masa rihat. Proses pemandulan pula tak sakit, dibius, dia ingat agaknya buat hidup2 gitu agaknya. Prosesnya sama mcm manusia, kita pun ikat peranakan nak stop beranak.

Yang kata bedosa pun ada, entahlah bab ni tak berani berhujah dgn orang maccamni sbb saya pun cetek dlm hal ni.

Jadi sekarang saya banyak membantu kawan2 memandulkan kucng mereka. Saya tolong bawa dan ambik dr klinik dan mnta bantuan. Sebulan sampai 5 atau 6 ekor.  Saya harap sebuah rumah hanya menjaga kurang dari 10 ekor. Kalau kurang lg baik , itu sebab pemandulan mesti dilakukan. Bagi pendapat saya orang di daerah saya ni kurang berilmu dlm menjaga kucing, daerah lain mungkin ok. Mereka tak mandulkan dan penjagaan kesihatan kucing jg terabai.  Nampaknya usaha saya berjaya juga walaupun sikit aje, jumlah kcg mereka dah berkurang, Anak2 meow tu saya pantau, bila ibunya di mandulkan.  Beranak je sekali terus mandul. Yg jantan jg mandulkan.


Ni kucing jantan, kena ambik gambar mcm ni untuk memohon bantuan


Ini pula kucng betina, tp gambar tu tebalik sebelum dan selepas operation . Ni buat dgn Doc Bhajan, Doc ni buat kat tepi ,

Ni kucing betina buat kat klinik doc Lean. Dia buat kat depan. Kucing ni saya namakan Bulat. Kisahnya amat menyedihkan. Tengok mukanya sedih aje. Dah lama dia berkelana di kedai makan . Dah buat iklan, langsung org tak nak. Dah tua, dan beranak banyak kali. Mungkin kawan nak ambik minggu depan. Harap2 dapat lah tuan baru. Gambar2 kucing dah dimandulkan kena buat sbgai bukti, baru boleh mohon bantuan. Tu banyak gambar kcg tersimpan.

Oklah sampai sini dulu. Cerita meruntun perasaan terlalu banyak. sampai nak menulis pun malas.

Tuesday, July 14, 2015

Akta Kebajikan Haiwan Dilulus

Akhirnya akta kebajikan haiwan dah diluluskan.  Tapi faham2 ajelah mahkamah didunia ni.  Tapi takpelah, sekurang kurangnya dah ada akta.  Nak tulis panjang2 pun tesangatlah seboknya maklumlah dah sehari dua lagi nak raya.  Ok teruskan bebakti untuk haiwan.

Wednesday, June 24, 2015

Majalah Kucingku (edesi pengenalan)


Tak sangka abah yg tak berapa minat kat kucing tu beli majalah ni. He..he... lucukan.  Dia tau saya sukakan meow. Masa dia kekedai buku beli paper tenampak majalah ni edisi pengenalan. Elok juga majalah ni banyak pekara penting bekenaan kucing yg perlu kita baca.

Mungkin abah beli majalah ni sbb gambar model kat cover tu sebiji macam tembam, atau bangbam. Itu nama meow yg kami pelihara ni. Kadang2 kami panggil kakak bangbam, sebab dia yg paling senior. Nak tau umur dia bape. Dah 14 thn. Kalau nak tau baca kisah dulu2 macam mana saya dapat kucing ni.

Tengok tu bambam tido atas majalah tu. serupa betul dengan bambam. walau pun umur dah 14 thn masih sihat, masih gurau2.

Kalau tido kena dua kerusi.

Cara bangbam tido. selesa sangatkan.

Kucing kami yg pelik, suka makan kuaci bunga matahari. Namanya putet

Banyak lagi lah mcm2 cerita bebudak ni, nak umplod gamba pun malas.