Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Thursday, December 22, 2011

Cream Puff




Tengoklah Kak De sedang buat cream puf, first time cuba terus menjadi. Kira berbakat jugalah kak de ni dalam masak memasak ni. Cream puf  ni special jugaklah sebab kak letak inti jagung berkrim.


Ini pulak anak bujang abang saya, tengoklah rajin masak tolong mak dia. Saya pun ambil kesempatanlah belajar masakan ni. Nama ape tah, tapi kira macam western, abang sukalah benda macam ni sebab dia makan nasi sekali sehari aje. Ini di KL, rumah abang, masa kami kesana minggu lepas.

Friday, November 25, 2011

Kucing Haiwan manja yg tidak patut dizalimi







Tempat lepak yang paling selesa.
Dua-dua ngantuk. Kucing ni jiran punya, tapi kami pinjam dan tolong jaga kejap, sebab kucing ni baru jiran kami tu jaga, jadi kucing ni tak boleh tinggal keseorangan dirumah, dia kerja, anak2nya pulak balik kg. Jadi adiklah tolong jaga, menidurkannya, beri makan dan hantar berak.

Wednesday, November 16, 2011

Pengat Ubi kayu


ubikayu lagi.....kali ni masak pengat pekat ubi kayu lah. Senang sikit, tak perlu sagat, daun pisang.
Musim hujan ni mmg sedap makan ubi kayu ke keledek atau pisang.

Rebus dgn santan campur gula kabung yg aslinya baru sedap

Sedia untuk dimakan

Sunday, November 13, 2011

hari kecemerlangan akhir tahun, tahniah abang



Tahniah abang, semoga minggu depan ada kejayaan lebih besar, hari khamis nnti UPSR lak. Nasib baik hujung minggu tu kakak ada pulang, adalah sbg meneman, harapkan mak ni sebok memanjang.

Friday, September 23, 2011

Chicken Chop yang rangup



Inilah kegemaran abang, puas juga mencuba resepi, tanya kawan2lah, tengok dlm blog masakanlah. Tapi saya masak dgn cara saya sendiri tiru sana sikit sini sikit jadilah macam ni. Abang kata sedap aje terutama sos lada hitam tu. sehingga licin dicecahnya. Mungkin di Rest. resepinya lain, resepi saya ni simple sangat, tp yg pentingnya kalau guna peha ayam atau bhgn lain yg ada tulang buang dulu, kemudian ketuk sampai leper, perap mesti lama. baru best. Abang mmg suka western food jd kenalah belajar. dia makan nasi sekali sehari aje, lepas tu tak lalu dah, nak western lak.  Atau western pagi petang. Hari tu balik sekolah baru menggoreng kalau dah sejuk kena complain lak. lepas tu order Oren Blended, dia buat rumah ni mcm restoren. Tak kisahlah.

Lagi gambar raya 2011



Gambar atas abang n adik, gambar bawah abang n sepupunya Along kusyairi

Saturday, September 17, 2011

Kenangan di ABS Temerloh ( Sek Men Abu Bakar)


Gambar masa form 5. saya dua dari kanan. Kanan sekali yati
Gambar atas  berdiri dari kiri pakai baju sekolah tu Laili, sebelahnya saya lupa nama, yg ke 3 Halma, sekarang ada di Paya Pulai, yg ke 4 Sofiah juga asal kg paya pulai (Polis), sebelahnya Norhayati, ada di Temerloh, Yang pakai baju bunga2 tu sayalah sekarang di Ktn, Sebelah saya Ema juga di Ktn. (Sg Isap).
Duduk dari kiri , Siti rohana ada di Paya Pulai, No. 2 Nurul huda di temerloh, Yg ke 3 Lina di Ktn, yng ke 4 Su, yg kelima fauziahton anak tentera selalau kesekolah naik trak, akhir sekali Rozaini (KL).  Gambar ni semasa jamuan kelas akhir tahun kot. Kemana agaknya rakan2 semua, saya selalu mengingati anda. Harap2 mereka juga mengingati saya, bila tengok gambar jika masih dlm simpanan.

Monday, September 5, 2011


 Tengoklah anak dara bergaya ........




raya tahun ni sangat meriah dengan kehadiran 4 orang cucu yang comel2.

Sunday, September 4, 2011

hadiah hari raya


kuih tapi macam mainan. sangat cantik dgn warna yang terang. Bukan saya buat tapi hadiah begitu  juga dengan hamper yang lebih tinggi dari adik.

Sunday, July 10, 2011

Di Bukit gambang water park


Sebelum masuk ke water park sempat posing 


Naik keretapi (adik panggil keretapi) dari hotel ke water park, ceria aje






Muka penat, semua senyap, adik langsung tak takut masa naik gelongsong tu, begitu juga masa di Coco beach masa ombak melambung dia relak aje, abang ape lagi tak berenti. Ni masa dlm keretapi tunggu nak balik hotel.

Famili Day di Bukit Gambang




Meriah sekali famili day pada 7-9hb julai lepas, ada acara terompah gergasi, (saya sedang berjalan atas terompah) baling belon berisi air, bawa bola 3 biji bola (abah tengah mengepit bola sambil berjalan) dan acara tarik tali (abah no.2 dr kanan sedang menarik tali tapi kalah juga akhirnya).


Acara malam, sambil makan sambil mendengar dendangan lagu dari kawan2. Sebahagian hadiah yang dimenangi.

Monday, June 27, 2011


Petang tu pulak mandi laut. Seronoknya org KL sebab sesekali jumpa laut. Amboi seluar biru tu happynya.


Malamnya lak makan ikan bakar di Rest. Ana Ikan Bakar. Gambar atas  Ayong n kak Na, Atas sikit lagi Kakak ipar n anak daranya dan anak bujangnya Nurul n zulfikar.