Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Friday, December 20, 2013

Banjir di Kuantan

Setelah 12 thn banjir datang lagi dengan lebih teruk dari 2001 dulu.  Itu semua takdir, terima ajelah dengan redha, walauupun banyak kerugian. Bukan saja kerugian tapi macam2 kesusahan yg dihadapi oleh mangsa2 banjier, seperlti kelaparan semasa di pusat2 pemindahan.

Cantik je air atas jalan raya depan rumah, jernih . masa ni air baru 1/2 kaki

tong smpah jiran2 mula dihanyutkan

pandangan dr depan rumah

Tepi rumah, ni kira kebun main2 je ni dah mula ditenggelami air.

Nasib baik ada adik2 tentera tolong basuh pinggan. Memang ramai yg dtg menawarkan diri, tp dtgnyg dah lewat tinggal pinggan aje nak suruh kerja lain segan lak. Jadi sempatlah tentera lelaki dn pompuan mengemas diluar rumah.



Ginilah bila banjir dah ok, perabut memenuhi jaln, kelihatan pekerja alam flora memunggah dlm lori.

Rumah kami dinaiki air lebih kurang 3 kaki lebih. Nasib baik x banyak sgt barng rosak. Barang elektrik pun ok, cuma kereta ditengelami air takat seat.

Saturday, November 30, 2013

Penyakit Kayap dan cara mengatasinya

Inilah pertama kali saya kena penyakit kayap.  Mula2 tu mmg tak tau ape kena pada bahagian pinggang, dibahagian belakang. Mula tu ingatkan kudis biasa sapu nixodem aje. Memang saya tak kenal pun itu kayap. Bila dah seminggu kudis tu ada belon kecil2 mengandungi air. Saya pun risau terus keklinik, doktor kata itu kayap. dan dia kasi krim.  Tapi ubat makan di klinniknya tiada, doktor tu kasi surat nama ubat suruh gi ke farmasi. Rupanya ubat tu mahal untuk lima hari makan harga rm100. Untuk keterangan yg jelas saya pun call emak di kg. Emak kata kalau kayap tak perlu pegi klinik, penyakit tu berkesan dengan cara ubat kampung dengan jampi dan bahan2 tradisional dri kg.

Emak kata abang saya pernah kena penyakit ni, dan keklinik, tp doktor kata kayap ni lebiih berkesan ubat kg. Dia x kasi ubat ape2 pun.  Saya pun mulala tanya kawan2 dimana org boleh mengubat kayap.  Nak jadikan mudah kawan kata rumah org mengubat kayap tu berhampiran dgn masjid bkt setongkol. Saya pun terus cari dan dptlah bertemu dgn sseorang wanita yg separuh umur tu. Dia suruh bawa sebotol air, dan daun belimbing besi.  Nak dipermudahkan pulak pokok belimbing besi ada sebelah rumah jiran dan dahannya menjulur kedlm pagar saya.

Ginilah kayap kat pinggang tu. Sebenarnya ada org malu nak beritahu jika ada penyakit kayap ni. sbb ada yg kata org kena kayap ni mcm org kena aid. Tapi bila baca berkenaan penyakit kayap ni org yg kena kayap ni yg lemah antibodinya, biasanya org yg berumur juga org aids.Tapi eloklah berkongsi pengalaman supaya tidak menjadi mcm saya pegi klinik kena ratus2 lepas tu ubat tu tak makan. Kayap lebih sesuai ubat kg.
Ubat klinik ni panas, kayap ni pun panas, mana bolehkan. Kalau sembuhpun x sepenuhnya, lepas tu tumbuh lg.
Daun belimbing dan sebotol air untuk dijampi

Pokok belimbing kat rumah akak sebelah tu tak berbungkus, gugur cam tu je, kadang2 anak ambil je jatuh dlm pagar kami.

Akak yg menjampi tu blend daun belimbing dan bedak sejuk kemudian jampi, ni untuk disapu sekerap mungkin. Macam cendol je.

Proses berubat tu kena 3 hari berturut2. Insyaallah 3 hari dah nampak kering, tapi kena pantang betul2 . jangan makan daging, ayam, ikan yg gatal. Ikan yg saya makan tenggiri, selar, kerisi je yg lain x berani nak makan. Sebelum ni saya x pantang makllumlah rajin masak, pastu rajin lak makan. hentam semua apalagi kudis tu dah teruk, baru gi berjampi. Ada lak org kata, org kayap x boleh mengoreng, tp saya mengoreng je sebab anak2 nak makan, siapa nak masak. Tiba2 anak mintak nak fries, nak chicken chop. Buat je. yg penting pantang makan bukan pantang menggoreng.

Saturday, October 26, 2013

Ubat Cacing untuk Kucing

Ubat cacing untuk anak2 kita yg comel ni ada 2 jenis ada air atau biji. Yang mana lebih elok yg biji atau air.  Doktor kata dua dua pun sama aje.  Tapi janji makan mesti cukup sukatannya. kalau x cukup sukatannya tak berkesanlah.  Saya saje tanya doktor pasal ubat cacing tu sebab kucing2 dirumah ni susah betul makan ubat. Cuba yg air susah, biji pun susah.  Jadi kalau nak beri makan ubat kena bungkus kucing tu dengan kain supaya tak mengellupur.

Ubat biji tu untuk kucing yg beratnya 4kilo, kalau kucing tu beratnya cuma 2kilo bagi separuh aje.. Ubat air lak 1ml untuk kucing yg beratnya 2kilo. kalau kucing tu beratnya 4 kilo, kena kasi 2ml. Ubat biji tu cuma 5 ringgit je sebiji, swasta pon sama harga klau di ktnlah. ubat air rasanya 8 ringgit di vet gomen.

Ubat cacing ni kena kasi 3 bulan sekali. Kadang tu tak ikut juga, ada mase setahun sekali kalau kucing tu dah tua.


Ubat cacing yg air dan biji ada belaka. Yg air tu boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh guna selagi warna tak berubah kata doktorla

Saja letak gambar kucing kucing dengan telatah diaorang.

Si uman sedang menggais untuk meletakkan bajanya.

lebat buat pokok nangka ni subur sebab dibaja hari hari

Uman sedang membaja, bubu pulak sedang berehat aje. Sebaiknya najis kucing ni kita check gak sekali sekala. Nak pastikan ada cacing ke tidak.  Dulu pernah terjadi kucing terbiar yg dibela mengiau-giau bila bangun tidur, dan selalu mengiau2 seolah nak beritahu sesuatu. sekali tu bila dia berak najisnya dipenuhi cacing.. Patutlah dia x selesa sakit perut rupanya. Terus bgi ubat cacing.

Wednesday, October 16, 2013

Jalan jalan ke Langkawi

Sebelum raya haji kami sekeluarga dan kawan dengan keluarga masing kelangkawi dan balik hari isnin sebelum raya tu. Jalan ramai2 ni seronok sebb semua tempat yg nak dilawat akan sampai dgn mudah dan cepat maklumlah di rancang lebih awal. Tapi tempat shoping mmg paling banyak pegi sbb ada je masa terluang akan kesana.

Gua Kilim Geoforest Park, ni dah kelluar dr gua tu kalau tidak gelap betul dan ada kelawar.

Dilarang pasang lampu

Kami di bawa hampir 1 jam melihat pulau disitu

Kawasan ni banyak burung helang bila campak kulit ayam, ia akan turun

Semua tahu disana pingan mangkuk dn periuk belanga lebih murah dari sini

Bot ni goyang goyang lak

Dipenuhi kabus, kamilah diantara yg terawal sampai sini, senangkan tak rebut2


Pagi lg agaknya, x nampak apepun bila sampai kat atas tu


cantiknya pantai cenang
Telaga mahsuri, kena basuh muka ni, awet muda

Rumah kedah

Itulah di antara gambar kenangan sepanjang di langkawi, walaupun banyak lagi,seperti lawatan di taman hidupan liar. Bila balik kerumah orangdah nak beraya, ape nak masak ni, badan dah penat, ingat nak mendobi aje. Kalau sakit2 badan ni kena cari tukang urut he... hee.Terima kasihlah kepada yg belanja sepanjang percutian ke langkawi ni.

Saturday, September 21, 2013

Jalan jalan ke Melaka

Sempena cuti 1 malaysia baru ni kami jalan2 ke Melaka. Entahlah....kalau sebut pasal jalan2 ni seronok pun ada, x seronok pun ade. Bab melancong ni rasanya boleh dijadikan hobi pada orang yg banyak duit. Macam saya orang biasa2 aje jadi bila jalan2 tu rasa membazir pulak. Orang ni macam2 jenis, ada yang suka jalan2 tanpa pikir duit ada ke x ade, janji dapat melancong sampai ke luar negarapun mampu. Padahal x ade sekaya mana. Macam saya ni selalu risau kalau bab menghabiskan duit, kira saya ni kedekut jugalah, he  he.he. Bukan kedekut tapi berjimat. Anak2 masih belajar, banyak perlukan duit kan.

Bila balik jalan2 ni, badan penat tau2 ajelah dah tua ni, kain baju kotor menimbun, duit habis,  he...he... Bila pikir semula kalau duit yg bayar hotel, makan2, duit minyak tu saya bawa ke parkson sambil belek skincare yg mahal, makeup yang mahal2, pastu terus beli, kemudian ke tempat baju yg mahal2 lak, alangkah seronoknya. Lepas tu gi spa, facial ooooh alangkah bestnya. Beranganlah tu. Seronokkan? Lain org lain minatnya, ada yg suka yg advanture, macam saya ni suka belaka, tapi suka suasana yg tenang dan aman. Kalau tidur hotel aman tak? Bagi saya tidur hotel mmg x selesa tak boleh membuang mulalah perut rasa x selesa.  Tandas kat rumah juga yg selesa. Tak sabar nak balik rumah. Seperti yg dikata melancong ni untuk org kaya, sebb bila melancong sampai hujung dunia pun duit dia x luak, masih boleh beli apapun. Macam saya yg biasa2 ni satu dah dapat yg lain terpaksa tunggu. Walau apapun melancong ni seronok gak, tengok tempat org, dan makan2 tempat org yg beza dr negeri kita.

Oklah, bab melancong ke melaka x payah citelah semua org tau di sana banyak tempat menarik, kalau pegi 10 tahun dulu, sekarang banyak lg benda baru yg perlu melawat. Contohnya Coral wonderland, Melaka wonderland. Menara Taming sari (ye ke Menara taming sari 10 thn dulu x ade, kalau salah maaf).  Di melaka ni meriah dgn masakan asam pedas. Macam2 nama ade, Restoren asam pedak kak mah, restoren asam pedas pokok besar, asam pedas ala kampung dll. Google punya google restoren asam pedas claypot sangat popular di Melaka. Kami pun cari.

Inilah asampedas claypot, ia panas berasap, masa dihidang, agaknya itu yg org rasa sedap dri kedai lain yg saya tengok masakan asampedasnya sejuk. Mereka hidang mcm keduri kawin tu je, sbb tu kedai ni penuh sesangat. Pilihan pun banyak kat sini, nasi lemak, nasi ayam, roti canai, roti john, otak2, mcm2 lg. Asam pedas pulak ada banyak pilihan, ikan kembong, pari, parang, asam pedas daging dan x ingat ape lg yg ada.


Restoren ni di Kota Laksamana. Pada selera saya, asampedasnya x sedap sangat, saya pernah dok johor dulu, org sana masak lg sedap, daun kesum banyak. Bleh makan daun kesum tu, Ini pendapat sayalah, masing2 ada pendapatkan. Asam pedas claypot ni cuma letak berapa hirisan bendi aje. Kalau order asam pedas satu claypot tu, dia bagi nasi yg ada sesenduk sayur kobis, sejemput sambal belacan dan sebelah telor masin. Harga 8 ringgit rasanya. Sayur tiada pilihan, sape x makan kobis nasiblah.

Masa yg x sesuai naik basikal air ni waktu matahari naik, apalagi bila turun mata berpinar, macam air tu berpinar.

Saturday, September 7, 2013

Kisah kucing lagi (kucing yg ditinggal tuannya)

Ini kisah Tembam lagi, seekor kucing semi parsi yg ditinggalkan tuannya, tapi kini kami menjaganya. Kucing yg berusia 12 tahun ini, benar2 menguji kami dengan berbagai kerenahnya.  Walaupun cerita ni dah agak lama, baru sekarang ada kesempatan untuk menulis.  Sebelum raya lagi, lebih kurang 10 hari nak raya, Tembam dibawa keklinnik kerana x berapa selera makan, dan ada pendarahan sikit di bhg bawah dia.  Doktor yg memeriksanya kata si Tebam mengandung. Saya benar2 terkejut. tp bila fikir semula betul gak kata doktor tu, mungkin miss bagi pil perancang.

Dua hari lepas tu dia beranak tp anaknya mati (sekor je). Sian tengok tembam dah lah ada ulser kat mulut, beranak pulak. Doktor nasihat jangan bg ubat perancang dalam tempoh yg lama, bahaya, elok operet je, (maksudnya mandulkan atau spay). Nasib baiklah dia sembuh dan selera makan semula sebelum kami balik kg 2 hari sebelum raya.  So jiran (kami panggil untie) yg melakukan tugas2 biasa, beri makan kucing, pasang dan tutup lampu semasa kami balik kg. Lepas balik ke ktn semula, terus kontak doktor, cari tarikh untuk operet. Raya ke 7 tu Tembam dioperat. Sedih aje masa nak ditinggalkan di Klinik tu, petang baru ambil.


Ni masa tembam dah sihat, saje pakai kan dia kolar tu.  Masa lepas sedar dari operate Tembam  cuba bangun tp terbaring semula. Berjalan pun terhuyung hayang, sian betul. Bila dia sedar sikit, terus sepak2 kola tu sampai tercabut. Kalau ikut doktor suruh pakai supaya dia x menjilat atau gigit kesan operet tu kan ada benang. Tapi tembam x suka pakai tu, kami biar aje ikut selesa dia. Kesan operat tu kecik aje lebih kurang 1 inci. Tp takut betul, bimbang kudis ke, Tembam x boleh dikurung, ikut dia aje tidur kat luar, bawah kereta, atas rumput.  Nasiblah ok aje bila 5 hari tengok kesan operet tu dah sembuh.

Banyak jugak dugaan untuk spay kucing ni, yg paling sian, kucing kena puasa, pagi tu dia lapar sebb biasa makan pagi. tapi kena puasa sebab nak operate kul 10 pg hantar klinik. Petang baru ambik. Kita kena pilih doktor yg dipercayai supaya kcg kita x dianiaya.  Saya mmg percaya dgn doktor cina ni, dia sangat baik dgn haiwan.  Kosnya 120 ringgit, tak pe lah Tembam dah selamat dan sihat sekarang.

Orang di luar sana jangan tangguh lagi spaylah kucing2 anda. Kalau kucing jantan panggil neuter, untuk elakkan dia mengawan, kosnya murah sikit 80 ringgit rasanya. Janganlah kata sian kat kucing sbb tak boleh beranak, x merasa pengalaman beranak dan pelihara anak,. Kucing x fikir pasal zuriat, untuk mewarisi harta dia, he hee....he. Kucing ni dia cuma fikir hidup yg selesa, makan cukup, tempat tinggal selesa, jgnn lupa kasih sayang juga sangat penting, sbb tu kcg kalau boleh semua nak bertuan. Juga yg penting juga ubatlah kalau dia sakit.  Lucu pulak rasanya doktor tu kata pd saya walaupun tembam ni umurnya 12 thun menyamai umur manusia umur 50 or 60 thn dia mampu mengandung selagi sihat. Lain dgn manusia ada monopos.  Lain kali jangan tunggu terlalu tua untuk operet, kulit pun keras.  Tapi perlu diingat kucing ni bukan kami punya baru jaga jer x sampai setahun.

Kucing mengandung 2 bulan je, setahun dia boleh 3 kali mengandung. Memang cepat membiak. Spay adelah jalan terbaik dan tidak berdosa.  Kalau dah bersepah dirumah mulalah nak buang, lepas tu kucing jalanan berlambak, pastu ada tukang repot, Org DBKL pun tangkap, kurung, cukup seminggu suntik bagi mati. Org besar atau pemerintah ni pun satu hal kalau pembangunan yg membazirkan wang tu banyak, tapi tempat kucing yg agak selesa tak terbuat.  Taman burunglah, taman buaya, taman rama2 ada belaka, taman kucing dan anjing bila nak buat.  Kucing yg dikurung di DBKL tu amat menyedihkan, dikurung dlm sangkar sempit, situlah berak situlah makan, cuba ambil pemimpin tu kurung dalam bilik situlah berak situlah makan. Biar dia rasa.

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang2 yg zalim.

Sunday, August 11, 2013

Hari Raya 2013 di Raub

Dua hari sebelum raya kami dah balik ke Raub, masuk saje ke Bentong jalan teramatlah sesak bila bertembung dengan org dari KL. Selalunya bila raya keadaan ini lah yg berlaku sebab mereka yg nak kekelantan melalui jalan ni.

Gambar2 kenangan sepanjang raya tempohhari. Biasalah kalau raya ni acara makan sangat meriah.
Anak2 bergaya di pagi raya

seronoknya beraya dapat duit rayalah tu.

Pagi raya, mcm ni biasanya mengaggihkan ampau oleh mak saudara diorang, tentu banyak tu maklumlah ampau dri guru besor.

sempat posing
Keluarga adik ipar, tahun ni warna pilihan mereka ceria ya amat. Anak daranya sedang bersalam salaman

Bersama anak saudara yang comel dan hansem
Ni lah suasana kg, jalan kg ni berssebelahan dgn rumah mentua. Di bhgn hujung jalan ni banyak lg rumah2.

outdoor pulak
mendamaikan

Adik ipar n famili. Yg perempuan tu adik suami.


Raya ke 2 kerumah ipar di bandar raub. Mee jawa sedapnya
Suami, bersama 2 org adik ipar (sebelah) anak saudara (baju hitam dan ujug sekali adik perempuannya.


Walau pun mee jawa tersangat sedapnya tapi nasi gak jadi pilihan, sebab sambal belacan dan ulam ulaman begitu mengoda.
Posing sebelum balik.