Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Showing posts with label kisah kampung. Show all posts
Showing posts with label kisah kampung. Show all posts

Saturday, April 20, 2019

Kisah Anjing Yang Terlekat Botol or Astronaut Kid

Dimalam Nisfu syaaban yg indah ini, saya menulis berkenaan Anjing Astronaut. Saya berpindah di kawasan ini telah 2 tahun. Ajing betina yg saya beri nama Bocey ini mmg susah nak tangkap. Itu mungkin sebab ia selalu diancam. So tentu saja sgt licik , haiwan jalanan mmg kehidupan mereka bgitu. Kena servive. Kesian kan.

2 minggu lepas, saya nampak bocey ada botol telekat di kepalanya. berbagai cara saya cuba pujuk tp tak berjaya. Dan saya pun post pasal Anjing Astronaut ini di fb kucing, dan group wasap kucing. lalu dpt sambutan dri doc haiwan berbangsa India. Dia sanggup dtg pada hari sabtu(sabtu dia tak kerja) seharian di kampung saya tapi gagal. Begitu jga dgn kawan cina ni . tak berjaya jg. Org kampung pun tolong kepong dan guna jala jg tak berjaya.

Kemudian bila seminggu masih belum bejaya. sy post di fb kucing yg seluruh malallysia, lalu seorang tu share di MIAR. Bila di sini telah tersebar maka ramai jg yg dtg untuk tolong. Saya pun mmg penat menjawap di telefon. dan melayan yg dtg sehingga kul 11 mlm.

Hampir 3 minggu baru bejaya. nak cerita pun mmg panjng. di ringkaskan cerita Bocey masuk dlm stor saya. maka secepat kilat saya kurung. Masa tu mmg bedebar2 takut ia mengganas. Sebab sya pernah trap jg dulu sebab asyik beranak , tp bila trap ia meronta lalu cage tercabut dan roboh. Tapi hari tu Bocey agak lemah . mungkin dah lama tak makan. Diringkaskan cerita maka Bocey di bawa keklinik utk dimandulkan tp Doc kata belum boleh dimandulkan sbb ia cirit brit, dan mcm2 lg lah . maklum dah lama tak makan. Bila dah sihat baru boleh dimandulkan.

Maka cerita di sini, di malam nisfu syaaban ni, semasa Bocey jadi astronaut, hari2 sy doa, sian sgt tanpa makan dan minum, saya mohon pada Allah supaya di permudahkan urusan menyelematkan Bocey. Allah makbulkan doa saya. Betullah seperti di kata Allah makbulkan doa antara cepat dan lambat. Betapa Allah mendengar doa kita.

Kes Bocey ini menunjukkan betapa ikhlasnya mereka semua, tak kira agama, bangsa. Saya mendapat sahabat yg sgt baik, mereka dgn mudah menghulurkan bantuan.  Walau mereka bukan seagama dgn saya tp mereka sangat baik. Ya Allah , benar belaka, rezeki  Allah bagi kepada kita tak semestinya wang ringgit. tapi kawan yg baik pun rezeki.

Kini saya dapat rezeki yg melimpah ruah. kawan yg baik semakin ramai. Jiran yg baik, menyenangkan hati. Betapa indah hidup ini. Saya sgt bersyukur tp perangai tak elok pada diri saya ini masih banyak . Allah dah bg macam2 patutnya amal ibadah semakin betambah , tp saya masih leka, Ya Allah semuga hari esok lebih baik dri semalam. Di malam nisfu syaaban ini akan ku mohon keampunan Mu.

Malam nisfu syaaban ini penuh keberkatan, tp sy tetap lalai. Bertaubat lah sebanyaknya. Allah ampunlah dosa ku, jauhkan lah dari sifat yg buruk2 seperti sombong, ujub, hasad dengki, syak wasangka dll sifat buruk.

Setelah hampir 3 minggu tak lena tidur. Malam seblm nisfu masalah selesai.



Bocey , anjing asrtonaut

Ada pula yg tolong tampung kos Bocey ni. Alhamdullillah. Harap lps ni korang jgn buang botol mereta ok. SAYANGI HAIWAN JALANAN.




Tuesday, September 18, 2012

Buah perah, keladi kemahang dll di pekansari Raub

Buah perah
Isi buah perah rasanya sangat lemak, lebihkurang rasa mcm biji nangka rebus, tapi buah perah lg sedap

dodol gula melaka yg sgt sedap dr Dong,
dodol Dong,  hiiiiii sedap betul, dodol kegemaran family kami
keladi kemahang, kalau balik raub mmg tak miss, yg ni kena beli, kalau x pandai masak mmg gatal jadinya, untuk hilangkan gatal kena rebus letak cuka makan, pastu toskan baru masak tempoyak campur daun kesum. Ada jua org kata rebus dgn air beraspun boleh hilang gatal.
tengoklah pucuk paku yg masih bergulung, segar, kat kuantan mmg tak ada cam ni
gula kabong
Inilah namanye "Jangat lembu ke kerbau ke" di raub mmg popular ni, masak dengan rebung jeruk (masak lemak boleh, masak tempoyak pun boleh). Jangat ni ialah kulit lembu atau kerbau (nantilah tanya husban) kulit luar tu dikikis, kemudian direndam dgn air. jemur beberapa hari, Pastu xtau lak camna, nntilah kena tanya org Raub.
ikan air tawar xtau nama ikan tu
isirong, ni org Jerantut sangat tau sebab makanan ni popular di Jerantut. Ia boleh dibuat dari isi biji getah juga dibuat dari buah perah. Yg ini isirong buah perah. Xberapa tau sgt masak ni, cuma suami ajar buat lempeng macam lempeng tepong tu. Caranya tumbuk lumat2 dgn lada kecil campur lada besar. Pans kan kuali letak  minyak sikit masak sampai garing, kemudian makan dgn ulam2 dan nasi. Masa dgn puck paku pun boleh. Campur aje dlm kuah lemak puck paku.
macam psr malam keadaan rumah kami, tengok pisang lemak manis lah, pegaga, belimbing buluh entah apa2 lg. Seminggu nak menghabiskan barangan pasarmalam ni.