Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Saturday, April 20, 2019

Kisah Anjing Yang Terlekat Botol or Astronaut Kid

Dimalam Nisfu syaaban yg indah ini, saya menulis berkenaan Anjing Astronaut. Saya berpindah di kawasan ini telah 2 tahun. Ajing betina yg saya beri nama Bocey ini mmg susah nak tangkap. Itu mungkin sebab ia selalu diancam. So tentu saja sgt licik , haiwan jalanan mmg kehidupan mereka bgitu. Kena servive. Kesian kan.

2 minggu lepas, saya nampak bocey ada botol telekat di kepalanya. berbagai cara saya cuba pujuk tp tak berjaya. Dan saya pun post pasal Anjing Astronaut ini di fb kucing, dan group wasap kucing. lalu dpt sambutan dri doc haiwan berbangsa India. Dia sanggup dtg pada hari sabtu(sabtu dia tak kerja) seharian di kampung saya tapi gagal. Begitu jga dgn kawan cina ni . tak berjaya jg. Org kampung pun tolong kepong dan guna jala jg tak berjaya.

Kemudian bila seminggu masih belum bejaya. sy post di fb kucing yg seluruh malallysia, lalu seorang tu share di MIAR. Bila di sini telah tersebar maka ramai jg yg dtg untuk tolong. Saya pun mmg penat menjawap di telefon. dan melayan yg dtg sehingga kul 11 mlm.

Hampir 3 minggu baru bejaya. nak cerita pun mmg panjng. di ringkaskan cerita Bocey masuk dlm stor saya. maka secepat kilat saya kurung. Masa tu mmg bedebar2 takut ia mengganas. Sebab sya pernah trap jg dulu sebab asyik beranak , tp bila trap ia meronta lalu cage tercabut dan roboh. Tapi hari tu Bocey agak lemah . mungkin dah lama tak makan. Diringkaskan cerita maka Bocey di bawa keklinik utk dimandulkan tp Doc kata belum boleh dimandulkan sbb ia cirit brit, dan mcm2 lg lah . maklum dah lama tak makan. Bila dah sihat baru boleh dimandulkan.

Maka cerita di sini, di malam nisfu syaaban ni, semasa Bocey jadi astronaut, hari2 sy doa, sian sgt tanpa makan dan minum, saya mohon pada Allah supaya di permudahkan urusan menyelematkan Bocey. Allah makbulkan doa saya. Betullah seperti di kata Allah makbulkan doa antara cepat dan lambat. Betapa Allah mendengar doa kita.

Kes Bocey ini menunjukkan betapa ikhlasnya mereka semua, tak kira agama, bangsa. Saya mendapat sahabat yg sgt baik, mereka dgn mudah menghulurkan bantuan.  Walau mereka bukan seagama dgn saya tp mereka sangat baik. Ya Allah , benar belaka, rezeki  Allah bagi kepada kita tak semestinya wang ringgit. tapi kawan yg baik pun rezeki.

Kini saya dapat rezeki yg melimpah ruah. kawan yg baik semakin ramai. Jiran yg baik, menyenangkan hati. Betapa indah hidup ini. Saya sgt bersyukur tp perangai tak elok pada diri saya ini masih banyak . Allah dah bg macam2 patutnya amal ibadah semakin betambah , tp saya masih leka, Ya Allah semuga hari esok lebih baik dri semalam. Di malam nisfu syaaban ini akan ku mohon keampunan Mu.

Malam nisfu syaaban ini penuh keberkatan, tp sy tetap lalai. Bertaubat lah sebanyaknya. Allah ampunlah dosa ku, jauhkan lah dari sifat yg buruk2 seperti sombong, ujub, hasad dengki, syak wasangka dll sifat buruk.

Setelah hampir 3 minggu tak lena tidur. Malam seblm nisfu masalah selesai.



Bocey , anjing asrtonaut

Ada pula yg tolong tampung kos Bocey ni. Alhamdullillah. Harap lps ni korang jgn buang botol mereta ok. SAYANGI HAIWAN JALANAN.




No comments:

Post a Comment