Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Friday, February 22, 2013

kucing yang ditinggalkan tuannya

Jiran yang berdekatan rumah kami meninggal dunia, jadi tinggallah isteri dan anak bongsunya berusia 15 thn. Isteri tu kami panggil dia Kak Mah seorang surirumah, mereka sekeluarga sangat menyanyangi kucing, Bila suaminya meninggal K Mah duduk di KL rumah anak yg sulung sambil2 jaga cucu, tinggallah kucing2 dia ni, sayapun lupa bape ekor semuanya, padahal dah tanya dia, kalau x silap  4 ekor, tp yg ada 3 saja, nntilah kalau dia balik kesini kena  tanya semula.
Ni salah sekornya kalau x silap jantan ni

Yg ni pn jantan, tp takut2 bila kita dekat, gambar pun kelabu, sbb dia nak lari walaupun beri makan.

Ni yg bulu panjang, comel dan manja sangat, sian dia duduk menunggu depan rumah kosong tu, bila beri makan kena jauhkan diri baru dia makan.

Hari tu saya cuba iklankan dalam Dunia Kucing tp admin tu x mau tolong rasanya sbb gambar ni kelabu, dan minta tolong dgn kwn supaya iklankan di KARE (Kuantan Animal recue) dia kata gambar ni kelabu, jadi dah 7 atau lapan bulan dah kcg2 ni terbiar camni.  Selama tu juga saya cuba memujuk kcg2 ni dgn memanggil ajak makan, akhirnya dah 7 or 8 bln baru hampir berjaya. Yg kembag tu datang aje tp masih takut2.

Sikembang sedang makan beralaskan kertas, x boleh pegang lagi kena layan dia beri makan dulu.


Bubu sebok aje tengok kembang makan

Pama pun sama, menyebok aje kalau ada orang baru datang.

Kucing2 ni pun ada perasaan, dia mesti rindu pada tuan dia tu, kalau takat beri makan tu jiran mmg tolog beri makan, tapi kasih sayang yg dia tak dapat. Kalau cerita bak kucing ni, semuanya kesian, tp tak termampu nak ambil semua, klau keluar kekedai, pasar mata pasti nampak kucing2 yang perlu kan belaian,
Agaknya bilalah rezeki yg melimpah ruah nak datang, masa tu bolelah bina rumah kucing yg selesa, macam Omiey Home dan Kingdom Home di selangor tu.  Tapi di kuantan ni pun nak buat juga macam omiey home di selangor tu tapi tak ade tanah. Kalau ada di Kuantan pasti pencinta2 kucing di Ktn ringan tulang untuk sama2 membantu menjaga kcg2 ni. Doakan semoga di permudahkan.













Monday, February 11, 2013

Segmen-jom-tambah-follower-blog-by Ania Zainudin

 Sticky post !


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnDOobXvb86o9Zn6xnLcxybRcb5TIjYV4Fk9vHs_bcvxMRbEsNUnHE_gXm0OmD_p6mNXTlkVUwTR-KNpVMflLHAxwtxLX2hHF-3ayWwKh1DVqtEdgOg23DOO-XFcrt78CX1tc543Dj_aw/s1600/segmen+jom+tambah+follower+by+anis+zainudin.png

Friday, February 8, 2013

Kucing Kucing Jalanan

kalau nak cerita pasal kucing memang tak habis. seingat saya dari kecil sampai kehari ini kucing2 sentiasa ada disekeliling kami.  Kucing pelihara kami semuanya kucing biasa, org panggil kucing kampung bukannya kucing yg bulu panjang yg lawa2 tu. Tapi kucing biasa pun comel juga bah sangat comel dan suka bergurau.
Gambar dibawah ni baru aje bela, tak tau macam mana boleh berada depan rumah, orang buang ke, dia datang sendiri ke jadi ambil kata mudah Allah yg menghantar untuk menguji kita.  Dah sebulan menjaganya datang pulak 3 lagi anak kucing yg masih kecil tp ada gigi dah, makna nya dah boleh makan, tp lebih baik kalau ada ibu sbb sdg usia begini dia perlukan ibu kalau nak tidur, dan masih menyusu. Yang sedang berposing di bawah tu warna nya kelabu panggil Bubu aje.  oleh kerana dah x larat menjaga kerana di rumah pun dah ada saya cuba iklankan di KTAJ, page kuantan dan Kuantan Rescue  Animal ke namanya (tak pasti lak nanti cek). Kat Dunia Kucing pun iklan. ada sorang phone mula2 nak lepas tu x jadi lak.

Ini bubu sbb bulu dia kelabu.
Dh buat iklan Kucing Terbiar Anjing Jalanan, tp tak ade siapa yg hendak, cuba kalau iklan kambing ke lembu percuma berebut yg hendak. itulah manusia mementingkan kebendaan.



Sedang bergurau dgn adik2 baru nya. Yg warna hitam tu Pama namanya, masa mula jumpa depan Seven Eleven, dia masih kecil dan penuh kurap kepala dia, dahinya keras dek kurap tp badan dia masih belum berkurap tp kulit nya dah berkuping maknanya dah nak berjangkit kearah badan.  Tp kini bulunya cantik berkilat, dah gemuk, nakal pulak tu.

Nama nya pama
Ini lak namanya putet. Putet ni kami dah pelihara selama 7 tahun. masa mula jmpa tu kecil macam yg 3 ekor tadi. Pernah beranak sekali tapi lepas tu kembirikan dia. kita kena sama2 mengingati antara satu sama lain, kucing betina hendaklah kembirikan (mandulkan), kalau kesian tp beri makan aje x guna, jadi ambil kucing tu bawa keklinik mandulkan dgn minta subsidi di KTAJ, tau apebenda tu Haaa itulah satu pertubuhan menyelamatkan kucing terbiar, sila buka di My blog list . Kalau kita kaya x payah minta subsidi, guna duit sendiri aje kos pemandulan tu kalau di klinik kerajaan 100 aje, tp prosesnya lambat, kalau swasta di ktn ni 120 aje.
Kita kena usaha mandulkan itulah kempen dr KTAJ, pusat jagaan kucing, dll pertubuhan menyelamatkan kucing ni, sbb sekor kucing betina terbiar yg tidak dimandulkan akan menyebabkan beratus2 anak kucing terbiar lagi hidup mereka amat menyedihkan, seperti x cukup makan, berkurap hidup merata2, lepas tu dikutip oleh DBKL kalau DBKL terima aduan dri rstoren, dikurung DBKL sampai tempoh disuntik bagi mati. Zalim kan? jadi selamatkan kcg terbiar dgn mandulkannya.