Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Sunday, December 11, 2016

Pemandulan Kucing dan Bantuan untuk pemandulan kucing

Lamanya tak menulis di sini, banyak cerita tapi tak mampu nak menulisnya, hi..hi. Ni cerita berkenaan pemandulan haiwan peliharaan kita iaitu kucing atau anjing.  Sejak 2013 rasanya bantuan kepada mereka yg memandulkan straycat diberi. Bantuan sebanyak rm100 ukt sekor kucing jalanan, dan 150 untuk anjing. Tapi utuk 2017 bantuan dikurangkan . menjadi 60 utuk kcg dan 100 untuk anjing.  Nak buat macammana kan ekonomi dah terok.  NGO yg beri bantuan tu kata kekurangan dana.

Sedangkan selama ni orang begitu berkira nak mandulkan haiwan jalanan, bila bantuan berkurangan, keinginan untuk memandulkan haiwan turut terjejas. Nampaknya makin bertambah haiwan jalanan. Itu cerita orang yg tak mampu, tp orang yg mampu atau yg kaya pula lain perangainya, mereka lebih terarah utk membeli barang2 lain misalnya bertukar kereta , hanphone, baju, tudung dan macam2 lglah. Kucing dibiarkan beranak tanpa kawalan, bila tak mampu nak jaga , kkucing dan anjing ini akan di buang saja. Lain pula orang yg tak menyokong pemandulan, mereka kata bedosa, dan ada pula yg kata kesian.

Saya pernah berjumpa dgn org yg kata pemandulan kucing ni dia tak buat sebab kesian. Dia sekadar beri makan ragi sahaja. Saudara tau kan RAGI. Ragi ialah digunakan untuk buat tapai. Ia panas. Kononnya bila kucing mengawan, tak menjadi anak sebab panas. Akhirnya kucing tu sakit perut. Sepatutnya dia kesian bila kucing tu beranak tanpa henti. Kucing pun nak rehat, letih mengandung, beranak kemudian kena menyusukan anak. Kita manusia ni pun merancang sbb penat beranak, dan macam2 risiko bila beranak kerap. Bila kucing di mandulkan kucing tu akan sihat, gemuk  sbb dia ada masa rihat. Proses pemandulan pula tak sakit, dibius, dia ingat agaknya buat hidup2 gitu agaknya. Prosesnya sama mcm manusia, kita pun ikat peranakan nak stop beranak.

Yang kata bedosa pun ada, entahlah bab ni tak berani berhujah dgn orang maccamni sbb saya pun cetek dlm hal ni.

Jadi sekarang saya banyak membantu kawan2 memandulkan kucng mereka. Saya tolong bawa dan ambik dr klinik dan mnta bantuan. Sebulan sampai 5 atau 6 ekor.  Saya harap sebuah rumah hanya menjaga kurang dari 10 ekor. Kalau kurang lg baik , itu sebab pemandulan mesti dilakukan. Bagi pendapat saya orang di daerah saya ni kurang berilmu dlm menjaga kucing, daerah lain mungkin ok. Mereka tak mandulkan dan penjagaan kesihatan kucing jg terabai.  Nampaknya usaha saya berjaya juga walaupun sikit aje, jumlah kcg mereka dah berkurang, Anak2 meow tu saya pantau, bila ibunya di mandulkan.  Beranak je sekali terus mandul. Yg jantan jg mandulkan.


Ni kucing jantan, kena ambik gambar mcm ni untuk memohon bantuan


Ini pula kucng betina, tp gambar tu tebalik sebelum dan selepas operation . Ni buat dgn Doc Bhajan, Doc ni buat kat tepi ,

Ni kucing betina buat kat klinik doc Lean. Dia buat kat depan. Kucing ni saya namakan Bulat. Kisahnya amat menyedihkan. Tengok mukanya sedih aje. Dah lama dia berkelana di kedai makan . Dah buat iklan, langsung org tak nak. Dah tua, dan beranak banyak kali. Mungkin kawan nak ambik minggu depan. Harap2 dapat lah tuan baru. Gambar2 kucing dah dimandulkan kena buat sbgai bukti, baru boleh mohon bantuan. Tu banyak gambar kcg tersimpan.

Oklah sampai sini dulu. Cerita meruntun perasaan terlalu banyak. sampai nak menulis pun malas.

Saturday, April 30, 2016

PENGEDAR ESKAYVIE DI KUANTAN.

Setelah menggunakan REDIANZE selama 2 tahun lebih, dan susahnya untuk mendapatkan produk ini telah terbuka hati nak jadi mengedar. Lagi bebaloi kan. Murah lah sikit dri membeli je.  Ok sape yang beli produk ESKAYVI ni.

Tak tau ye knapa susah sgt nak dpt , ke laku sangat ke, atau mahal ke, tapi saya rasa harganya bbaloi dah sebab, kita cuma perlu makan  2 atau 3 kotak secara berterusan, lepas tu bolh makan secara berselang hari, lepas tu seminggu 2 sachet shj. Sekotak 170, jadi kalau sekotak tahan 2 bulan, sebulan baru 85 ringgi sbulan. Hisss untuk kesihatan tak perlu kedekut. Beli telefon mahal2, baju mahal2 bolehkan. Kesihatan lagi penting.  Lepas makan REDIANZE ni, selama 3 or 4 bulan saya dapat rasakan resedung dah ok. Kalau dulu hidung mudah gatal, pening skarang dah ok.

Inilah redianze, cubalah sihat, awet muda, hi...hi

ada 20 sachet. Pagi sblm makan tuangkan dlm glas besar, kacau dan minum, rasanya pun sedap.

Ini REDUZE , untuk yg nak kurus. Kata kawan ia sangat brkesan. Saya tak makan sbb berat badan dah ok.

Banyak lagilah produk nya tak sempat nak post gambar.  Apa wassap ye.

Masa yg terlalu cepat, sampai tak kesempatn nak bercerita dalam ni.. sebnarnya banyak cerita menarik.