Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Mammogram percuma di LPPKN

Tahun ni buat mammogram percuma lagi, sepatutnya kena buat setiap tahun tp sebab kesebokan yg sja dibuat tahun lepas x sempat. Tahun ni kena lapangkan masa juga.  Tambahan yg percuma masih ada tahun ni.
Kita kena ambil borang di LPPKN tapi mammogram kena buat di hospital yg telah di tentukan samada di UIA, KMC atau DMMC (Darul makmur Medikal Centre).  Saya pilih DMMC sebab senang parking kat sana.  Satu jam setengah gak tersadai di situ, tp terus dpt result dan xperlu ambil result di LPPKN.
Kalau dulu buat di KMC setengah jam dah siap tapi result x dapat disitu.

Nilah alat mammogram tu, seram juga masa nak mengepit tu he.. he...
lepas tu kena ultrasound pulak

Resultnya
alhamdulillah

Saturday, November 30, 2013

Penyakit Kayap dan cara mengatasinya

Inilah pertama kali saya kena penyakit kayap.  Mula2 tu mmg tak tau ape kena pada bahagian pinggang, dibahagian belakang. Mula tu ingatkan kudis biasa sapu nixodem aje. Memang saya tak kenal pun itu kayap. Bila dah seminggu kudis tu ada belon kecil2 mengandungi air. Saya pun risau terus keklinik, doktor kata itu kayap. dan dia kasi krim.  Tapi ubat makan di klinniknya tiada, doktor tu kasi surat nama ubat suruh gi ke farmasi. Rupanya ubat tu mahal untuk lima hari makan harga rm100. Untuk keterangan yg jelas saya pun call emak di kg. Emak kata kalau kayap tak perlu pegi klinik, penyakit tu berkesan dengan cara ubat kampung dengan jampi dan bahan2 tradisional dri kg.

Emak kata abang saya pernah kena penyakit ni, dan keklinik, tp doktor kata kayap ni lebiih berkesan ubat kg. Dia x kasi ubat ape2 pun.  Saya pun mulala tanya kawan2 dimana org boleh mengubat kayap.  Nak jadikan mudah kawan kata rumah org mengubat kayap tu berhampiran dgn masjid bkt setongkol. Saya pun terus cari dan dptlah bertemu dgn sseorang wanita yg separuh umur tu. Dia suruh bawa sebotol air, dan daun belimbing besi.  Nak dipermudahkan pulak pokok belimbing besi ada sebelah rumah jiran dan dahannya menjulur kedlm pagar saya.

Ginilah kayap kat pinggang tu. Sebenarnya ada org malu nak beritahu jika ada penyakit kayap ni. sbb ada yg kata org kena kayap ni mcm org kena aid. Tapi bila baca berkenaan penyakit kayap ni org yg kena kayap ni yg lemah antibodinya, biasanya org yg berumur juga org aids.Tapi eloklah berkongsi pengalaman supaya tidak menjadi mcm saya pegi klinik kena ratus2 lepas tu ubat tu tak makan. Kayap lebih sesuai ubat kg.
Ubat klinik ni panas, kayap ni pun panas, mana bolehkan. Kalau sembuhpun x sepenuhnya, lepas tu tumbuh lg.
Daun belimbing dan sebotol air untuk dijampi

Pokok belimbing kat rumah akak sebelah tu tak berbungkus, gugur cam tu je, kadang2 anak ambil je jatuh dlm pagar kami.

Akak yg menjampi tu blend daun belimbing dan bedak sejuk kemudian jampi, ni untuk disapu sekerap mungkin. Macam cendol je.

Proses berubat tu kena 3 hari berturut2. Insyaallah 3 hari dah nampak kering, tapi kena pantang betul2 . jangan makan daging, ayam, ikan yg gatal. Ikan yg saya makan tenggiri, selar, kerisi je yg lain x berani nak makan. Sebelum ni saya x pantang makllumlah rajin masak, pastu rajin lak makan. hentam semua apalagi kudis tu dah teruk, baru gi berjampi. Ada lak org kata, org kayap x boleh mengoreng, tp saya mengoreng je sebab anak2 nak makan, siapa nak masak. Tiba2 anak mintak nak fries, nak chicken chop. Buat je. yg penting pantang makan bukan pantang menggoreng.

Thursday, June 28, 2012

Mamogram percuma dan doa barah, bisul

Ini borang untuk MAMOGRAM percuma dari LPPKN, promosi, kalau tidak kena bayar, rasanya tempoh offer ni sampai disember thn ni. Kalau tak silap mamogram ni untuk wanita berusia 40 thn keatas saja.
Boleh pegi mana2 LPPKN untuk mamogram ni. Penyakit kanser adalah penyakit yg paling ditakuti, tak boleh dipandang ringan.
Setelah 2 minggu baru result boleh ambil dari LPPKN, alhamdulillah tak ada apa2, tapi mamogram ni kena buat setiap tahun macam pap smear gak. Mula2 takut jugak ada yg kata sakit masa buat mamogram tu, sebenarnya x perlu takut, mamogram ni macam xray lah. Kena xray 4 x, sebelah buah dada 2 x, masa kepit atas bawah x sakit pun, tapi masa kepit memanjang maksudnya kepit kirikanan tu yg sakit sikit sebab kena tulang atas buah dada tu. 

Ini doa barah buah dada dan bisul, kalau ada tanda bisul di badan bacalah doa ini dimulai dgn bismillah baca 3x doa diatas pada ibu jari, lepas tu baca lagi 3x doa semasa ibu jari letak dilelangit, lepas tu baca3x lagi letak ibu jari pada tempat bisul, amalkan sebelah pagi sebelum gosok gigi.
Doanya Waizabatasstum Batasstum Jabbarin.

Monday, May 21, 2012

Petua mencerahkan mata

Daun sireh yang merimbun
bercampur aduk dengan daun kari. pokok2 ni semua jiran sebelah yg tanam tapi macam sendiri punya sbb pokok sireh, daun kari, pandan, pucuk manis menjalar masuk dalam tanah saya, memang senang dpt jiran yg    rajin mcm ni, kita pun tak kisah pokok tu menjalar, dapat lah guna sekali.

Daun sireh banyak kebaikannya, dia boleh mencerahkan mata, malas dgn rajin je, tapi malas lebih. caranya rebus daun sireh kemudian ramas2 bila suamlah, bila sejuk basuh mata, maksuknya basuh muka biar kena mata. Tapi cara yg senang cuma beli aje Permata hijrah.
Inilah pencerah mata Permata Hijrah, cuma semburkan dalam mata, yg ini paling murah harga RM30, bagi mereka yg baru kelabu mata, yg harga ratus2 pun ada untuk yg rabun berbagai peringkat. Botol kecil tu ubat resedung.  Pencerah mata ni ok,sejak menggunakan mata tak ada rasa kelabu macam dulu. kalau dulu bila membaca lama sikit mula mata jadi kelam, maklumlah umur dah meningkat. Buat masa tak perlu bakai spek lg, Dulu dalam paper ada cerita seorang lelaki tua umur lebih 100 thn mampu baca quran tanpa pakai spek, katanya dia tak minum ais dan amalkan makan ulam dan sayur.