Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Monday, December 29, 2014

Party Supplies (Untuk Harijadi Anak2 atau Sebarang Majlis ) di Kuantan

Adui penatnya, penat kerana keje banyak ke, penat kerana banyak sangat acara ke, macam tulah kalau usia makin meniingkat, itu salah satu sebabnya.  Tahun 2015 da tak lama, usia bertambah lagi.
Ok di sini nak promot sikit tentang bisnes yg baru kami usahakan, maksudnya kami anak beranaklah.  Kami menyediakan berbagai barangan untuk majlis hari jadi anak2 atau majlis ape2 pun seperti perkahwinan atau tadika/sekolah yg hendak buat majlis sambutan akhir tahun,  Kami boleh antar terus kerumah ye...tp sekitar kuantan je lah.

Bisnes ni baru bermula bulan ni, barang2 pun tak siap susun lagi, kami beroperasi di Pusat Dagangan Mahkota di Indera Mahkota. Harap2 bisnes kami ni dapat sambutan, moga2 di murahkan rezeki.  Harap tahun 2015 ni tahun yg lebih baik dari tahn yg lepas2. Ok kalau nak tau lebih lanjut boleh ke FB Sister Surprise Kuantan. Begitulah nama yg di beri oleh anak2 kepada syarikat Party Suplies kami. Atau ke IG sisters_surprise_kuantan.

Mula saja bisnes kami beroperasi dah ada yang tempah tapi 30 biji aje belon sempena hari jadi anak dia kata yg mengoder tu. kalau takat 30 biji tu boleh lagi sumbat dalam kete tapi kalau banyak kami kena tolak tabung heleum gas tu. Bisnes sekarang senang nak promosi sbb bisnes sekarang kat atas talian aje, sape nak tempah telefon aje. Senangkan.  Kiranya bisnes  Party suplies ni suatu yg baru, tapi bisnes birthday planner ni kami pilih sebabnya.....entahlah. Tabung heleum gas ni harga seribu lebih gak, biasalah kan setiap bisnes kena keluar modal dulu. Kami menyediakan belon berbagai bentuk, warna dan saiz.

Adik jadi model


,
Ini tabung heleum gas yg tingginya sama dengan kita orang dewasa ni, Ok sekarang orang2 Kuantan boleh call or wasap aje, terus kami hantar kerumah anda. Setahun sekali tentu anda ingin meriahkan hari jadi anak atau adik anda, inilah masanya untuk tnnjukkan kasihsayang dengan sedikit aje modal,

Ini cerita dan gambar ngarut tentang anak2 pulak. Sesaja untk kenangan, namapun album blog keluarga

Tahun 2014 bakal meninggalkan kita, thn ni 3 orang anak saye konvo. Konvo ni pun memenatkan juga. Tak tau lah org lain, tp bg saya memenatkan, Walau pun seronok sbb anak dah grad.  Ok ni kenangan masa ada konvo.

Kak Na konvo mei dulu bersama kak de

Konvo adik november ari tu, adik dan kekawan

Konvo kak de ujung november baru2 ni.

Kak de dan adik

Gambar sekeluarga semasa konvo kak de, kelabu pulak sbb ambil gambar atas gambar hee..hee , nanti upload semula cd tak tau nyorok kemana. Pelikkan  4 org anak sebaye aje, tiba2 ada yg kecil pulak. Rezeki allah bagi tu antara cepat atau lambat aje kan. Sekarang ni adik kena buli ke atau adik yg buli abang dan kakak? Jawabnya adik mmg kaki buli , semua dia nak menang.





Bertambah sebok dengan menyiapkan baju sekolah adik, Ok dah sekarang, dah teror buat leher, kemas lah dari dulu. Yg kuning tu ukuran leher, senangkan dah ada acuan.

Tuesday, December 2, 2014

Cara Buat Bubur Asyura Pantai Timur

Sekarang dah bulan Safar kan. Bubur asyura ni saya buat di penghujung Muharam dulu da...cuma lambat keluar citenya.  Seingatnya berpuluh tahun dulu pernah menolong mak buat asyura ni, tapi beranikan diri nak cuba juga buat sbb teringin nak makan.

Kawasan perumahan ni ada juga buat asyura, tapi tak termakan, lain betul rasanya.  Bukan nak kutukk tapi lain tempat lain rasanyakan.. Orang utara lain, orang selatan lain. Jadi sebab tekak ni boleh masuk asyura kelantan aje. Kalau asyura johor lagila tak boleh telan.  Kalau orang johor pulak mungkin dia kata asyura org kelantan tak bleh telan.  Gitulah di Malaysia ni lain negeri lain cara masaknya.  Tapi kami di Pahang ni mmg ramai org kelantan kat sini, so cara masak asyura pun mmg cara kelantanlah.

Inila rempah asyura, beli di pasar besar Kuantan, rege 4.50 rasenya. Ade tertulis rempah asyura di pembungkus tu.

Mula2 rebus beras dan kacang hijau dan kacang tanah, Beras tu satu pot aje, tahu pot kan, maknenya 1 tin susu. Kcg hijau tu agak2 je 1/3 pot ke dan kcg tanah segengam. Saya pakai hentam je,

Keledek 2 ketul labu agak2 1/4 biji kecil. Rebus setengah masak pastu campak dlm beras tu. Sepatutnya ubikayu dan jagung kena letak, tapi takde pulak kat kedai ari tu.


Rempah asyura tadi setengah cawan atau lebihkan sikit, di gaul dengan bawang putih, merah, halia, serai, bawang goreng, gaul semua sekali. bawang2 tu agak2 je, tapi serai mesti lebih baru sedap, ari tu saya letak lapan batang. Pastu daging, dan ayam pun direbus ye, carik2kannya campur dlm kuali tu ye, daging kena banyak baru sedap.Jangtan lupa kerisek pun kena bubuh.


Camprkan ke dalam beras tadi

Campur santan ye, da jadi warna maacam ni kan, kalau nak gelap lagi warnanya campur gula kabong atau kerek.  Masa ni kita campurkan gula atau garam, kalau nak dua rasa bahaagikan 2 bhg. Satu bahagian letak dalam periuk lain, letak garam, dan satu lg letak gula. Tapi saya suka yg mnis aje.

Da pekat kan, kena kacau selalu kalau tak berkerak, mmg penatlah sikit bab mengacau ni, tapi kalau dodol lg memenatkan.


Dgn satu pot beras tadi dapat 2 dulang

Bila sejuk potong, x cantikpun, patutnya kena kacau lama lagi sampai likat. Tapi rasanya sangat sedap, nnti boleh buat lagi sebab rempah masih banyak.


Tuesday, November 25, 2014

Pemilik Pusat Jagaan Kucing Omiey Home Di denda kerana Menyebabkan Kesengsaraan Terhadap Kucing

Pemilik Omiey tu bernama Norhazlin Ibrahim (39) dan pekerjanya Helmy Jasman (27) didenda RM800 dan sorang lagi RM300. Tidak dipenjarapun. Mereka dituduh menyebabkan kesakitan dan kesengsaraan terhadap 17 ekor kucing termasuk 4 mati.

Berita ni dalam akhbar Harian Metro bertarikh 20/11/2014 hari khamis.  Kesian dengan kucing2 tu bukan 17 ekor saya rasa lebih, beratus-ratus terseksanya.  Lepas tu saya cuba buka ditenet nak baca cerita selanjutnya. Macam2la cerita, ramai yang menyumpah, ada yg cerita dah hantar hampir 20 ekor kucing jalanan sbb kesiankan kcg jalanan tu, kononnya supaya kcg tu dpat kehidupan yg lebih baik, kena bayar RM50 sekor kalau yg kcg bunting Rm100. Lepas tu menyesalla apa lagi.  Sorang lg tu cerita di hantar 3 ekr kcng kesayangan dia, kerana tak larat nak jaga, masa hantar tu bukan main manis mulut di norhazlin tu tapi bila telofn balik kata nak tengok kucing tu pihak di omeiyhome beri alasan macam2.

Tapi cerita yg paling sedih sekali seorang lg org Terengganu yg menetap di KL lebih 10 thn dan banyak jaga kucing jalanan, tapi bila bapanya pencen dan nak balik Ganu kena la cari tempat perlindungan baru, lalu terjumpa omiehome ni dan hantar sana.  Satu hari tu dia keKL dan rindu dgn kcg2nya terus kesana. Bila nak masuk ke Omiey tu punyala susahnya, dan tempat tu pulak kotor sempit mmg teruk sangat.  Selepas puas memujuk sbb dia dr Ganu orang tu bagi masuk. Disini dia letak gambar saya pun x sanggup nak tengok disini ya gambar yg menyedihkan.


Nilah muka menyagak tu, yg baju hitam tu Helmy dan gambar kecil tu Nurhazlin, muka macam lelaki kan tomboy agaknya. Saya pun terbaca komen2 ade mengatakan Hazlin ni bapa dia peguam. ooo anak orang berada jg, tapi berperangai zalim.  Dan ada pula kata mula2 denda 5 ribu boleh turn jadi 800 aje.

Sebenarnya dah lama tak ke fb omieyhome ni, rasa awal tahu dulu saya terbaca seorang peniaga barangan kucing online memberi amaran kepada Lissa ni. (Nama panggilan Norhazlin). Peniaga tu minta hutang hampir 1000, kerana Lisa di penyagak ni beli barang tapi berhutang tak bayar2, sampai dia keluarkan dalam FB omieyhome.  Masa baca kisah ni tak adala nak bersangka buruk, tiba2 keluar cerita dalam akbar barulah terbukti mmg pemilik Omieyhome ni tak jujur.  Dan macam2 komen pulak boleh di baca bila beliau didenda dr pencinta kucing yg menghantar kucing ke sana, termasuk seorang pekerja di omiey home yg berceerita makanan kucing tak cukup, bila telefon lissa dia kata antar petang, sedangka kcing dah kelaparan, gaji pekerja pun tak bayar.

Orang yg tamak mmg macam tu, duit dia rasa tak pernah cukup. Agaknya mungkin dia ni tiada pekerjaan, atau ahli peniagaan yg bermasalah dlm peniagaannya, bila terdesak dia menipu cara ni.  Tapi yg kesiannya kucing2 tu, kalau nak menipupun jangan seksa kucing atau haiwan, pegi merompak ke, meragutke, seluk saku ke. heee...heee. Itu keje tak halalkan. Orang yg tak takut dosa, tak ape kita semua akan mati dan akan diadili di mahkamah akhirat nanti.  Kalau mahkamah sini senanglah awak kena 800 aje. Kalau kena penjara kan bagus biar dia jadi macam kucing tu dikurung.
Kalau dengar orang kurung kucing mmg sakit hati sangat, bayangkan dia kurung ditempat yg sempit dengan kucing yg beratus. Kucing sebenarnya boleh hidup dengan sendiri, kalau lepaskan dia boleh mencari makan dengan sendiri.  Sebelum ni saya kesian tengok kucing di kedai2 makan, tapi bila tengok keadaan kucing di Omiey ni lg kesian. Kalau kucing di kedai2 tu gemuk dan boleh kesana sini, cuma mereka tak bertuan aje.

Okla... akhirnya org yg bersalah didenda juga, sekurang2nya kita tau omiey home tidak selamat untuk kcg2. Sama2lah berdoa supaya org yg zalim tak kiralah terhadap haiwan ke manusia ke, supaya perbuatan mereka terbongkar dengan segera. Itulah saya selalu berdoa supaya orang yg zalim berhadap haiwan dan manusia diberi balasan dan peringatan.

Wednesday, November 19, 2014

Kisah Kucing yg bernama Oren

Aduh rasa sesak dan semput selama 3 minggu ni, nak buat keje apa2pun takde mood.  Oren stray cat yang penah saya spay pada september dulu dan dapat subsudi dari MYANIMALCARE tu ditimpa masalah pula.

Oren ni kucing gelandangan yg duduk di persekitaran rumah kawan saya, satu hari semasa oren datang untuk makan dia nampak oren jln dgn 3 kaki aje, satu kaki lg tapaknya kehitaman.  Kami pun terus nak bawa keklinik. Memandangkan hari tu hari ahad, kawan tu pun free, kami nak bawa oren keklinik sbb klinik swasta buka hari ahad tapi haf day. Cari punya cari tak jumpa, lepas makan tu oren terus cabut, sepatutnya kurung terus masa tu.  Kucing kalau dalam keadaan sakit mmg suka meyorokkan diri, sbb itu cara dia dan kurangkan rasa sakit agaknya. 3 hari lepas tu baru bawa dia ke klinik swasta, doktor kata kena potong, bayarannya 3 ratus lebih atau 4 macam tu.  Disebabkan masalah kewangan dan kebetulan kawan saya ( kwn yg lain) pun baru juga kaki kucing dia kena potong sebab kes kena langgar jugalah. Dia kata bawa keklinik kerajaan 135 sahaja.  Setelah berpakat kami bawa oren balik dan bercadang nak buat di vet aje sbb murah. Nak membolehkan bawa ke vet tu pun 3 hari lagi sbb kwn ni bekerja, bila sampai di vet, doc kata x boleh buat hari tu sbb dah penuh. Doc tu suruh datang hari jumaat maknanya 3 hari lagi baru kaki oren boleh dipotong.

Rasanya kesian sangat, tapak kaki yg kehitaman tu dah tertanggal, reput agaknya.  Bila hari jumaat tu bawa ke vet , doc tu boleh cancel appoitmen tu, sbb dia dpt emengency call.  Dia suruh bawa hari isnin pulak.  Bangun subuh tu terus teringatkan oren, harap2 doc tu tak cancel lg appotimnet hari ni, siap buat sembahyang hajat lagi. Alhamdullah oren boleh di operet hari senin tu, jam 4.30 ptg doc suruh ambil. 2 minggu lg doc suruh bawa semula untuk ape ye, untuk tengok perkembangan operet tu agaknyala, sbb yg uruskan oren ni semua kwan saya tu, dan dia dah nekad nak jaga oren sebaik mungkin, tak mau dah oren jadi kucing jalanan.

Hujung minggu tu dia nak balik kampung, so dia boding oren di klinik supaya lebih selamat, biar doc jaga dan beri ubat. Kalau kucing untuk boding lebih selamat di klinik yg ade doc kan dari pet shop camtu.  Bila sampai klinik doc nak tengok dulu kaki oren, ape lagi dia kata dah berbau, jahitan tak betul, dan satu lagi kesilapan yg doc di vet tu buat ialah potong kaki oren tu terlalu sikit, sepatutnya keatas lagi. sbb kaki tu dah macam diabetis dan mereput, kenalah poton lebih atas supaya kesan reput dan busuk tu betul2 hilang.  Doc tu kata lagi tulang dah ternampak tersembul, macammanala doc tu buat jahitan mcam tu.

Kami pun berpakat lah biarlah klinik tu terus kan operet sbb oren dah lama menderita. biarla duit boleh dicari, tak sanggup tengok oren menderita, kalau bawa ke vet, macam2 lg kerenah dia, mungkin salahkan kami tak betul jaga, lalat hinggap ke.

Petang tadi (hari ni 19/11/14) selamat oren dioperet kali kedua, sian oren. Jadi mangsa doc yg kurang berpengalaman, entahla susah nak cakapkan, nak kata x bepengalaman pun nnti org marah pulak. Tapi ubat yg dia bagi pun mmg yg tak sebaik di swasta.  Doc di swastu kata 10 hari lg datang semula.



Tengok kaki oren dipotong sampai takat peha, sian betolkan oren dah KKU. Itulah kalau suasana rumah dihadapan nya jalan, kucing pulak berkeliaran bermain tepi jalan kekadang tu melintas sesuka hati, Sekarang ni kawan tu sangat risau dengan anak oren yg 4 ekor tu, dok main melintas jalan aje, sebab rumah kawan ni depan tu padang ada pokok2, kucing pula suka main panjat pokok kan.



Dod cukur bulu di bahagian peha, yg warna kuning tu ubat.

Ni gambar lama, bulan september hari tu kami spaykan dia. Sekarang oren cuma ada 3 kaki.
Kos operet tu RM390 tambah pulak operation di vet dulu RM140 jumlahnya bape ye....

Itulah kononnya nak jimat gi buat di vet, rupaya rugi lagi 140, takpelah sebagai pengajaran kan...


Saturday, November 1, 2014

Buat Jubah sendiri

Sekarang dah boleh jahit jubah sendiri, bukanla yg cantik2 macam kat kedai tu, princess cut, dan bebagai lagi, Kain buat jubah ni pun yg termurah dah tersimpan 10 thn lebih kat rumah ni, Jadi masa belajar buat jubah tu guna kain ni aje jd nampak tak menarik la kan.  Cuba kalau guna dull satin ke, tentu nampak mewah mcam kat kedai tu. Lepas ni boleh beli kain yg agak mahal sbb dah boleh jait sendiri ni.

He..he nilah jubah tu, jubah kalau saye pakai bukan nak glamour macam org keje office ke, or dinner ke, maklumla housewife kan, pagi2 lg tempatnya ke pasar. Tau ajela pasar dengan baunya, lantai yg becak, so inila uniform yg paling sesuai untuk housewife. Yg plg penting kena ada pokek, yg ke2 kena lengan cerut, Tau lengan cerutkan. letak getah, jadi senang masa pilih ikan tarik aje keatas, bukan macam jubah glamour tu kembang2 nanti kena air ikan pulakkan.

Bergambar berlatar belakangkan pokok mengkudu dan saye gayutkan bunga janggut, ada org panggil pokok angin2, tapi saye panggil bunga jaggut sbb macam janggut, Mengkudu ni sayang nak tebang dibandar susah cari daun ni, so kalau rimbun sangat cantas aje, kalau dlm pantang org cari daun ni untuk bungkus batu tungku, dan mandi pagi dlm pantang pun campur daun ni dengan berbagai daun lagila.

Ni selai lg colour hijau lak tp yg ni zip kat depan, ade pokek dan tangan cerut getah juga. Bakgroun pokok ubi kayu.  Hee...hee. pokok ubi yg btgnya hijau ni pucuk daun nya sedap tp ubinya x boleh makan. Daun je yg sedap, Tp kalau yg pucuk merah tu ubi nya yg sedap boleh rebus, tp pucuknya x sedap, tp boleh juga diguna cuma yg pucuk hijau lg best. Bab menanam ni mmg rajin sbb kalau beli di kedai tak sedap langsung bukannya pucuk tp daun da agak tua. Tp tanah di bandar ni sekakang kera semua nak disumbat.

Jubah yg ni buat leher macam kurung aje, sesaja nak mecuba, kita ni sebenarnya bila da pandai mejait ni kena cuba belaka, leher bulat la, kolar mcm baju melayu tu la.

Ni lah getah tu, ukur dulu sebesar pergelangan tangan

Mula2 buat macam ni, tp tak berkenan pulak

Yg macam ini cantik sikit kan. getahnya kena letak dibawah sikit jadi ade ropol kat ujung tu.

Cara buatya camni, Ini lengan baju kan so lipat macam ni jahit kat ujung tu dan jait sebaris lg atas sikit dr jahita tu


'Bila dah jahit dua baris, bolehla masuk getah guna pin baju,


jadi pun



masa jait tu kena tinggalkan lubang selebar getah tadi
laaaa patutnya gambar ni letak kat atas tadi. Bila dah ade lubang camni baru lipat mcm gambar kat atas tadi

Jait camni tepi sesangat iaitu dekat dgn jahit tepi kain tu, Ini satu lane kan, satu line lg selebar getah agak2 1/2 inci aje dri jahitan pertama


Mula2 nak belajar lengan cerut ni cuba juga cari tutorial di blog2 jahitan tp tiada langsung mungkin agaknya senang sangat jadi tak perlu tutorial. Tapi saya yg nak belajar ni, ajak kawan yg pandai jait dtang rumah, mujur juga ramai sahabat yg sudi membantu. Jadi ni cara mereka ajar saya.  Kalau lengan baju kita 22 inci labuhkan 21/2 inci ye supaya bila cerut lengan tak singkat. So panjang lengan 24 1/2.  Kalau nak getah letak di hujug lengan cantumkan getah tu macam gambar kat atas tadi.  Tapi kalau nak buat ropol dihujung lengan, getah tak perlu jahit tapi guna pin baju masukka dlm lubang tu.

Kalau nak tengok tutorial utuk buat lengan kembong loceng oleh satu blog ni di sini

Ok inilah unifom housewife ye, bila kat rumah pakai tshirt, bila nak kekedai terus je sarung unifom ni sampai rumah buka dan gantung, besok bila kekedai pakai lg..hee...heee. Satu lg yg mengajar buar lengan cerut ni kata, kalau ke masjid pun sesuai sebab bila ambil air sembahyang tarik je lengan tu keatas skit.  Pokek pun penting bile ke kedai bukan bawa handbeg macam orang opis tu, kami housewife ni bawa beg duit kecil aje letak dlm pokek, kunci kete pun letak dalm pokek. senangkan tak risau pasal peragut.

Thursday, October 23, 2014

IkanTodak Goreng

Semalam Deepavali,  rasa sunyi aje suasana di sini, kami berempat pun berpakatla nak ke Pantai Batu Hitam. Kami ber4 tu siapa lg kalau mak, abah, adik dan abang. jam 10 pg sampai di pantai, suasana di pantai Batu Hitam pun sunyi juga tak de langsung orang mandi manda cuma seorang pemuda asyik memancing.

Walau pun nak kepantai dr rumah cuma 15 mnt, tp kami mmg jarang mandi laut, malas rasanya bila dah mandi banyak pulak keje kena cuci baju berpasir, kereta pun berpasir, Lupa lak nak merakam gmbr di sana maklumla kami di ktn ni mmg x teruja pun dengan pantai so nak bergambar pun lupa. Tengah mandi2 tu org yg memancing tu bawa ikan yg agak panjang mcm belut. Dia kata ikan todak, dia offer kat kami, mmg nak pun nak rasa makan ikan todak.  Sebelum ni cuma baca kisah Singapuran di Serang Todak. Kisah ni mmg ada dalam Sejarah Melayu.  Siankan budah lelaki nama Hang Nadim di campak kelaut dan mati lemas kerana kebijaksanaan Hang Nadim memberi idea untu menyelelamatkan negara dr serang todak.

Kepalanya da diptg oleh pemancing tu x dptla tengok muncung yg panjang tu.



Maka makanla abang petang tu nasi berlaukkan ikan todak, sayur kacang dan sambal belacan, tp sambal belacan tak nampak pula. Rasa ikan ni sedap maklumla fres kan, ikan yg blm kena ais mmg segar, tulang pn tak banyak,

Thursday, October 9, 2014

Subsidi Dari AnimalCare

Sepanjang raya haji ni orang sebok korban tapi saya sebok dgn sekor stray cat ni, Stray cat ni belakang rumah jiran saya, dia seorang yg berkejaya tp sangat menyanyangi kucing dan selalu beri makan stray cat. Ada sekor warna oren so dia panggil oren dah beranak  4 ekor, saya pun pegilah melihat anaknya,  eee mmg dah agak besar, kena spay cepat ni, kalau tidak mengandung lagi.  Sebelum raya haji tu mmg saya bercadang kena bawa juga kklinik. Nasib baiklah oren tak liar jadi senang menangkapnya pg tu, dia mengiau sikit aje dalam sangkar dan mencakar2 nak keluar sian pulak. Tp lepas tu dia diam aje. Jam 5.00 ptg tu doc telefon suruh ambil dan  terus lepaskan di belakang rumah untuk jumpa anak2 dia semula.  Memang risau sangat sebab lepas operet lepas gitu aje, kalau kcg sendiri boleh pantau dan duduk kawasan rumah aje.

Jadi hanya doa aje untuk oren, supaya kesan operet tu sembuh dgn cepat. Hari esoknya pegi tengok dia sihat aje, hari lusa pun gi tengok oren dan anak2 nya hilang entah kemana. Besoknya lagi gi tengok lebih jauh lagi rupa dia duduk belakang rumah org lain pula, risaunya tuhan aje yg tau terus saya dukung dan dah ready bawa kain lembab yg bersih dan lap tempat operetnya, mmg kotor dah kehitaman maklumlah baring mereta tempaat, tapi kesan jait tu dah elok. Itulah berkat doa  siang malam untuk oren. Saya kalau ada masalah itu aje yg saya buat selain usaha. doa...doa...doa... lepas solat atau bila teringatkan oren terus doa supaya cepat sembuh kesan operet tu.

Jiran saya ni pun tak tau ada subsidi kalau kita vaksin, spay, neuter kucing jalanan, kcg peliharaan yg kita beli dan ambil dri org tak leh tau. Ini pun first time saya cuba, kwan yg beritahu, mula2 takut juga sbb resit dri klinik tu tak di cop, Rupanya cukup senang semudah ABC. Gambar yg saya ambil pun x clear, maklumlah kcg tu liarkan.

Dulu2 saya pernah nak cerita pasal subsidi ni jadi inilah ceritanya . Senang sangat cuma emeilkan chankahyein@gmail.com. dia akan jwb dgn cepat berserta borang, pas tu print borang, ambil gambar kucing sebelum dan selepas. emeilkan pastu poskan borang yg telah dipenuhi berserta resit dari klinik tempat kcg tu operet. 
Gambar sebelum, sebenarnya x perlu tunjuk perut kcg camtu, ambil dia dlm keadaan biasa aje asalkan nampak muka kcg tu. Kita boleh layari website myanimalcare.org. disini kita boleh tengok macam2 cerita dan gambar kucing dan anjing yg telah dispay.

Gambar selepasTak jelas pun gambar nya tapi mungkin niat tu betul akhirnya berjaya juga

Yeey, alhamdulillah duit sebanyak 100 dah masuk akaun, tengok tu emeil dari myanimalcare, mmg cepat betullah kata kawan. Meh la cuba, kita pakat kasikan yg jantan dan betina supaya berkurangan kcg jalanan. Nak kata hapuskan mustahil pulakkan.  Subsidi ni dr januari thn ni lg tapi tak tau. Saya spay kcg ni 120, tp bila di operet doc kata dan mengawan so kena cucilah tambah 30 lg jadi kenalah saya menambah 50. Nak buat camna, itulah kcg mmg cepat mengawan walaupun anak masih menyusu.

Kalau ramai manusia yg bekerjasama menjaga kucing jalanan tentu jumlahnya makin berkurang, tapi untuk menyedarkan manusia ni bukannya senang, ada kata berdosa, sebenarnya kalau kita dengar ustaz kata mengkasikan haiwan berdosa mmg benar tp ada pendapat pula di bolehkan mengkasikan haiwan demi kemaslahan masyarakat dan tidak memudaraatkan haiwan. Haiwan yg telah dikasi mereka akan sihat, kalau beranak setiap tahun mcm2 penyakit juga. Sebelum ni saya x pernah mengkasi kucing jantan, bila dia besar dah nak mengawan dia da pandai spray sana sini, mulalah dia jadi haiwan terbiar sebb saya cuma beri makan lepas tu halau jauh, bila lapar dia balik minta makan, lepas tu halau lg tak boleh masuk rumah, itu dulu, tp sekarang kcg jantan bila di kasikan dia amat manja, dia tak jadi gelandangan lagi. Itulah lepas saya dengar nasihat kawan. Kalau dengan cakap org lain pula ceritanya, dia kata kcg jantan lepas kasi jadi lembab, tak aktif, tipulah kcg saya sangat aktif, bergurau, lepas tu jalan sana sini,

Untuk mengurangkan kcg jalanan ni mesti ada kerjasama gomen juga sebenarnya, tp org gomen ni mcm tak sedar tentang masalah haiwan, sedang manusia yg susah pun mereka tak nampak. Sepatutnya mereka buat iklah dimana2 media cetak ke, atau buat poster besar di merata tempat macam iklah dadah atau rokok tu, MEROKOK MERBAHAYAKAN KESIHATAN, " HAPUSKAN NAJIS DADAH" Cuba buat iklan LINDUNGILAH HAIWAN JALANAN, Dan buat juga macam talian TELEDRA tu kalau ada haiwan disiksa atau memerlukan pertolongan telefon no.......... sekarang. Oklah nampak gayanya kena wujud satu jawatan menteri pulak namanya menteri Haiwan, tp gelak pula kan  menteri tu haiwan ke? Ni kena tukar PM ni pilihan raya lg sekali. PM yg lebih prihatin terhadap manusia juga haiwan. Kalau2 ade org bace ni mampusla penulis ni, tapi siapalah pembaca blog buduh2 ni.

Saturday, October 4, 2014

Resepi biskut chocolate chip

Hari ni raya haji, rasa sangat aman dan tenteram aje, mungkin cuti sekolah, tambahan pula acara korban ada di kaw. perumahan kami ari ni, suami pun join sekali. Korban kat sini kerbau bukan lembu tau, Tengahhari dan malam ada makan free itu yg buat aman dan tenteram tu hee. hee.

Tiba2 terasa nak makan biskut chocolate chip, sempena raya haji ni berkesempatan lah membuat biskt ni malam tadi, sangat sedap dan rangup, resepi saya ambil dari facebook kwn baik yg sangat pandai masak2. Biasanya resepi yg dia bg mmg menjadi.

Resepinya

250 gm buttercup
100 gm gula kasto (kurang kan sikit saya rasa agak manis)
100 gm gula perang
1 biji telor
250 gm coklat chip
1 sudu kecil esen v
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder
350 gm tpg gandum
ayak tpg, soda dan baking powder

pukul butter dan gula kastor dan perang, masuk telor dan esen akhir sekali masuk tepong dan coklat chip perap dalam peti sejuk selama 1 jam
 baru keluarkan dan sudu atas dulang pembakar

Biasa nya kalau resepi org lain banyak bahan, sampai malas nak buat kan, ada tepong jagungla, campur badam hancurla, letak kekacang lagi la, mula2 tu ingat macam x jadi je mcam yg selalu saya buat tu, tp hasilnya sangat sedap.  betullah resepi kawan saya ni, namanya yani, thanyou Yani. Tapi kalau tak jadi buat kuih jangan salahkan resepi, agaknya saya ni jenis tangan yg tak pandai masak, kalau buat ape2 pun selalu tak jadi. Kalau org lain tu buka aje resepi di blog mana2 bila buat menjadi terus, agaknya mereka ni mmg tangan kreatif ke ape ke, kalau pandai bercucuk tanam tu org panggil tangan sejuk, kalau pandai masak ni org panggil tangan ape je.



Tuesday, September 9, 2014

Resepi Bingka Labu

Kuih yg berasaskan labu, keledek, ubi kayu dan pisang mmg kegemaran saya. Kekadang tekak teringin nak makan kuih tradisional tapi nak membuatnya tiada masa. Eh house wife pun tak ada masa nak masak? selalu org sangka surirumah ni relak aje, tapi saya rasa setiap ruang masa dipenuhi dengan entah ape2. Pagi2 lagi anta anak sekolah lepas tu entah ape2 lg. sedar2 dah nak jemput anak balik sekolah. Sedar2 hari dah magrib. Tak perlulahh cerita satu persatu nanti dikata menunjuk2 pulakkan.

Oklah dalm sebok2 tu jadi jugak bingka labu ni.

Kacau dgn whisk

labu yg direbus asingkan dgn kulitnya

Gaul labu tu  sekali dgn bahan tadi

Tuang dalm pemaggang ajaib yg tlh di sapu planta dan panaskan

Penuh sangat pulak

Bila agak sejuk (suam2) ambil pinggan yg leper dan besar kepit mcm tu dan terbalikka



La...terhangus lak, itulah sepatutnya bakar selama 40 mnt aje, konon nak garing tambah 15 mnt lg.

Resepi ni dr Mat Gebu, sesiapa yg suka pd blog masaka pasti kenal nama tu

resepi untuk ingatan diri sendiri atau sesiapa yg nak cuba, mmg sedap cubala

4 biji telur
200 ml air
300 santan pekat
200 gm t. gandum
180 gm gula halus
1/2 sk garam
1 sk ese vainila

kacau telur dan gula dulu dengan whisk campurkan semua bahan kacau lg
masukan labu  ooo... ye sukatan labunya

450 gm labu manis

kalau gi kedai tu agak2 sebiji kecil aje. Labu manis mana ada besar mcm labu kg kan.