Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Wednesday, November 19, 2014

Kisah Kucing yg bernama Oren

Aduh rasa sesak dan semput selama 3 minggu ni, nak buat keje apa2pun takde mood.  Oren stray cat yang penah saya spay pada september dulu dan dapat subsudi dari MYANIMALCARE tu ditimpa masalah pula.

Oren ni kucing gelandangan yg duduk di persekitaran rumah kawan saya, satu hari semasa oren datang untuk makan dia nampak oren jln dgn 3 kaki aje, satu kaki lg tapaknya kehitaman.  Kami pun terus nak bawa keklinik. Memandangkan hari tu hari ahad, kawan tu pun free, kami nak bawa oren keklinik sbb klinik swasta buka hari ahad tapi haf day. Cari punya cari tak jumpa, lepas makan tu oren terus cabut, sepatutnya kurung terus masa tu.  Kucing kalau dalam keadaan sakit mmg suka meyorokkan diri, sbb itu cara dia dan kurangkan rasa sakit agaknya. 3 hari lepas tu baru bawa dia ke klinik swasta, doktor kata kena potong, bayarannya 3 ratus lebih atau 4 macam tu.  Disebabkan masalah kewangan dan kebetulan kawan saya ( kwn yg lain) pun baru juga kaki kucing dia kena potong sebab kes kena langgar jugalah. Dia kata bawa keklinik kerajaan 135 sahaja.  Setelah berpakat kami bawa oren balik dan bercadang nak buat di vet aje sbb murah. Nak membolehkan bawa ke vet tu pun 3 hari lagi sbb kwn ni bekerja, bila sampai di vet, doc kata x boleh buat hari tu sbb dah penuh. Doc tu suruh datang hari jumaat maknanya 3 hari lagi baru kaki oren boleh dipotong.

Rasanya kesian sangat, tapak kaki yg kehitaman tu dah tertanggal, reput agaknya.  Bila hari jumaat tu bawa ke vet , doc tu boleh cancel appoitmen tu, sbb dia dpt emengency call.  Dia suruh bawa hari isnin pulak.  Bangun subuh tu terus teringatkan oren, harap2 doc tu tak cancel lg appotimnet hari ni, siap buat sembahyang hajat lagi. Alhamdullah oren boleh di operet hari senin tu, jam 4.30 ptg doc suruh ambil. 2 minggu lg doc suruh bawa semula untuk ape ye, untuk tengok perkembangan operet tu agaknyala, sbb yg uruskan oren ni semua kwan saya tu, dan dia dah nekad nak jaga oren sebaik mungkin, tak mau dah oren jadi kucing jalanan.

Hujung minggu tu dia nak balik kampung, so dia boding oren di klinik supaya lebih selamat, biar doc jaga dan beri ubat. Kalau kucing untuk boding lebih selamat di klinik yg ade doc kan dari pet shop camtu.  Bila sampai klinik doc nak tengok dulu kaki oren, ape lagi dia kata dah berbau, jahitan tak betul, dan satu lagi kesilapan yg doc di vet tu buat ialah potong kaki oren tu terlalu sikit, sepatutnya keatas lagi. sbb kaki tu dah macam diabetis dan mereput, kenalah poton lebih atas supaya kesan reput dan busuk tu betul2 hilang.  Doc tu kata lagi tulang dah ternampak tersembul, macammanala doc tu buat jahitan mcam tu.

Kami pun berpakat lah biarlah klinik tu terus kan operet sbb oren dah lama menderita. biarla duit boleh dicari, tak sanggup tengok oren menderita, kalau bawa ke vet, macam2 lg kerenah dia, mungkin salahkan kami tak betul jaga, lalat hinggap ke.

Petang tadi (hari ni 19/11/14) selamat oren dioperet kali kedua, sian oren. Jadi mangsa doc yg kurang berpengalaman, entahla susah nak cakapkan, nak kata x bepengalaman pun nnti org marah pulak. Tapi ubat yg dia bagi pun mmg yg tak sebaik di swasta.  Doc di swastu kata 10 hari lg datang semula.



Tengok kaki oren dipotong sampai takat peha, sian betolkan oren dah KKU. Itulah kalau suasana rumah dihadapan nya jalan, kucing pulak berkeliaran bermain tepi jalan kekadang tu melintas sesuka hati, Sekarang ni kawan tu sangat risau dengan anak oren yg 4 ekor tu, dok main melintas jalan aje, sebab rumah kawan ni depan tu padang ada pokok2, kucing pula suka main panjat pokok kan.



Dod cukur bulu di bahagian peha, yg warna kuning tu ubat.

Ni gambar lama, bulan september hari tu kami spaykan dia. Sekarang oren cuma ada 3 kaki.
Kos operet tu RM390 tambah pulak operation di vet dulu RM140 jumlahnya bape ye....

Itulah kononnya nak jimat gi buat di vet, rupaya rugi lagi 140, takpelah sebagai pengajaran kan...


1 comment:

  1. Boleh tahu operate potong kaki dimana, sbb oyen saya pun tulang tersembul keluar

    ReplyDelete