Pemilik Omiey tu bernama Norhazlin Ibrahim (39) dan pekerjanya Helmy Jasman (27) didenda RM800 dan sorang lagi RM300. Tidak dipenjarapun. Mereka dituduh menyebabkan kesakitan dan kesengsaraan terhadap 17 ekor kucing termasuk 4 mati.
Berita ni dalam akhbar Harian Metro bertarikh 20/11/2014 hari khamis. Kesian dengan kucing2 tu bukan 17 ekor saya rasa lebih, beratus-ratus terseksanya. Lepas tu saya cuba buka ditenet nak baca cerita selanjutnya. Macam2la cerita, ramai yang menyumpah, ada yg cerita dah hantar hampir 20 ekor kucing jalanan sbb kesiankan kcg jalanan tu, kononnya supaya kcg tu dpat kehidupan yg lebih baik, kena bayar RM50 sekor kalau yg kcg bunting Rm100. Lepas tu menyesalla apa lagi. Sorang lg tu cerita di hantar 3 ekr kcng kesayangan dia, kerana tak larat nak jaga, masa hantar tu bukan main manis mulut di norhazlin tu tapi bila telofn balik kata nak tengok kucing tu pihak di omeiyhome beri alasan macam2.
Tapi cerita yg paling sedih sekali seorang lg org Terengganu yg menetap di KL lebih 10 thn dan banyak jaga kucing jalanan, tapi bila bapanya pencen dan nak balik Ganu kena la cari tempat perlindungan baru, lalu terjumpa omiehome ni dan hantar sana. Satu hari tu dia keKL dan rindu dgn kcg2nya terus kesana. Bila nak masuk ke Omiey tu punyala susahnya, dan tempat tu pulak kotor sempit mmg teruk sangat. Selepas puas memujuk sbb dia dr Ganu orang tu bagi masuk. Disini dia letak gambar saya pun x sanggup nak tengok disini ya gambar yg menyedihkan.
Nilah muka menyagak tu, yg baju hitam tu Helmy dan gambar kecil tu Nurhazlin, muka macam lelaki kan tomboy agaknya. Saya pun terbaca komen2 ade mengatakan Hazlin ni bapa dia peguam. ooo anak orang berada jg, tapi berperangai zalim. Dan ada pula kata mula2 denda 5 ribu boleh turn jadi 800 aje.
Sebenarnya dah lama tak ke fb omieyhome ni, rasa awal tahu dulu saya terbaca seorang peniaga barangan kucing online memberi amaran kepada Lissa ni. (Nama panggilan Norhazlin). Peniaga tu minta hutang hampir 1000, kerana Lisa di penyagak ni beli barang tapi berhutang tak bayar2, sampai dia keluarkan dalam FB omieyhome. Masa baca kisah ni tak adala nak bersangka buruk, tiba2 keluar cerita dalam akbar barulah terbukti mmg pemilik Omieyhome ni tak jujur. Dan macam2 komen pulak boleh di baca bila beliau didenda dr pencinta kucing yg menghantar kucing ke sana, termasuk seorang pekerja di omiey home yg berceerita makanan kucing tak cukup, bila telefon lissa dia kata antar petang, sedangka kcing dah kelaparan, gaji pekerja pun tak bayar.
Orang yg tamak mmg macam tu, duit dia rasa tak pernah cukup. Agaknya mungkin dia ni tiada pekerjaan, atau ahli peniagaan yg bermasalah dlm peniagaannya, bila terdesak dia menipu cara ni. Tapi yg kesiannya kucing2 tu, kalau nak menipupun jangan seksa kucing atau haiwan, pegi merompak ke, meragutke, seluk saku ke. heee...heee. Itu keje tak halalkan. Orang yg tak takut dosa, tak ape kita semua akan mati dan akan diadili di mahkamah akhirat nanti. Kalau mahkamah sini senanglah awak kena 800 aje. Kalau kena penjara kan bagus biar dia jadi macam kucing tu dikurung.
Kalau dengar orang kurung kucing mmg sakit hati sangat, bayangkan dia kurung ditempat yg sempit dengan kucing yg beratus. Kucing sebenarnya boleh hidup dengan sendiri, kalau lepaskan dia boleh mencari makan dengan sendiri. Sebelum ni saya kesian tengok kucing di kedai2 makan, tapi bila tengok keadaan kucing di Omiey ni lg kesian. Kalau kucing di kedai2 tu gemuk dan boleh kesana sini, cuma mereka tak bertuan aje.
Okla... akhirnya org yg bersalah didenda juga, sekurang2nya kita tau omiey home tidak selamat untuk kcg2. Sama2lah berdoa supaya org yg zalim tak kiralah terhadap haiwan ke manusia ke, supaya perbuatan mereka terbongkar dengan segera. Itulah saya selalu berdoa supaya orang yg zalim berhadap haiwan dan manusia diberi balasan dan peringatan.
No comments:
Post a Comment