Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Saturday, November 1, 2014

Buat Jubah sendiri

Sekarang dah boleh jahit jubah sendiri, bukanla yg cantik2 macam kat kedai tu, princess cut, dan bebagai lagi, Kain buat jubah ni pun yg termurah dah tersimpan 10 thn lebih kat rumah ni, Jadi masa belajar buat jubah tu guna kain ni aje jd nampak tak menarik la kan.  Cuba kalau guna dull satin ke, tentu nampak mewah mcam kat kedai tu. Lepas ni boleh beli kain yg agak mahal sbb dah boleh jait sendiri ni.

He..he nilah jubah tu, jubah kalau saye pakai bukan nak glamour macam org keje office ke, or dinner ke, maklumla housewife kan, pagi2 lg tempatnya ke pasar. Tau ajela pasar dengan baunya, lantai yg becak, so inila uniform yg paling sesuai untuk housewife. Yg plg penting kena ada pokek, yg ke2 kena lengan cerut, Tau lengan cerutkan. letak getah, jadi senang masa pilih ikan tarik aje keatas, bukan macam jubah glamour tu kembang2 nanti kena air ikan pulakkan.

Bergambar berlatar belakangkan pokok mengkudu dan saye gayutkan bunga janggut, ada org panggil pokok angin2, tapi saye panggil bunga jaggut sbb macam janggut, Mengkudu ni sayang nak tebang dibandar susah cari daun ni, so kalau rimbun sangat cantas aje, kalau dlm pantang org cari daun ni untuk bungkus batu tungku, dan mandi pagi dlm pantang pun campur daun ni dengan berbagai daun lagila.

Ni selai lg colour hijau lak tp yg ni zip kat depan, ade pokek dan tangan cerut getah juga. Bakgroun pokok ubi kayu.  Hee...hee. pokok ubi yg btgnya hijau ni pucuk daun nya sedap tp ubinya x boleh makan. Daun je yg sedap, Tp kalau yg pucuk merah tu ubi nya yg sedap boleh rebus, tp pucuknya x sedap, tp boleh juga diguna cuma yg pucuk hijau lg best. Bab menanam ni mmg rajin sbb kalau beli di kedai tak sedap langsung bukannya pucuk tp daun da agak tua. Tp tanah di bandar ni sekakang kera semua nak disumbat.

Jubah yg ni buat leher macam kurung aje, sesaja nak mecuba, kita ni sebenarnya bila da pandai mejait ni kena cuba belaka, leher bulat la, kolar mcm baju melayu tu la.

Ni lah getah tu, ukur dulu sebesar pergelangan tangan

Mula2 buat macam ni, tp tak berkenan pulak

Yg macam ini cantik sikit kan. getahnya kena letak dibawah sikit jadi ade ropol kat ujung tu.

Cara buatya camni, Ini lengan baju kan so lipat macam ni jahit kat ujung tu dan jait sebaris lg atas sikit dr jahita tu


'Bila dah jahit dua baris, bolehla masuk getah guna pin baju,


jadi pun



masa jait tu kena tinggalkan lubang selebar getah tadi
laaaa patutnya gambar ni letak kat atas tadi. Bila dah ade lubang camni baru lipat mcm gambar kat atas tadi

Jait camni tepi sesangat iaitu dekat dgn jahit tepi kain tu, Ini satu lane kan, satu line lg selebar getah agak2 1/2 inci aje dri jahitan pertama


Mula2 nak belajar lengan cerut ni cuba juga cari tutorial di blog2 jahitan tp tiada langsung mungkin agaknya senang sangat jadi tak perlu tutorial. Tapi saya yg nak belajar ni, ajak kawan yg pandai jait dtang rumah, mujur juga ramai sahabat yg sudi membantu. Jadi ni cara mereka ajar saya.  Kalau lengan baju kita 22 inci labuhkan 21/2 inci ye supaya bila cerut lengan tak singkat. So panjang lengan 24 1/2.  Kalau nak getah letak di hujug lengan cantumkan getah tu macam gambar kat atas tadi.  Tapi kalau nak buat ropol dihujung lengan, getah tak perlu jahit tapi guna pin baju masukka dlm lubang tu.

Kalau nak tengok tutorial utuk buat lengan kembong loceng oleh satu blog ni di sini

Ok inilah unifom housewife ye, bila kat rumah pakai tshirt, bila nak kekedai terus je sarung unifom ni sampai rumah buka dan gantung, besok bila kekedai pakai lg..hee...heee. Satu lg yg mengajar buar lengan cerut ni kata, kalau ke masjid pun sesuai sebab bila ambil air sembahyang tarik je lengan tu keatas skit.  Pokek pun penting bile ke kedai bukan bawa handbeg macam orang opis tu, kami housewife ni bawa beg duit kecil aje letak dlm pokek, kunci kete pun letak dalm pokek. senangkan tak risau pasal peragut.

No comments:

Post a Comment