Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Friday, September 13, 2019

Puding Roti yang tak pernah menjadi

Orang post kuih muih yg menjadi. Aku post yg tak menjadi.  Kalau ingat pasal buat roti dan puding roti ni mmg sakit hati. Dah sepuluh kali lebih aku buat puding roti. tapi tak menepati seperti yg aku penah rasa kawan aku buat atau yg makan di hotel2 tu.

Kenapa yek. Kalau tahu tolong bgi resetpi atau jom ajar

Kukus pun aku buat. semasa tengah panas cantik , gebu. bila sejuk kecut, hampeh. geramnya.

bakar dlm ni pun buat, bakar dlm oven pun buat jg. sama je. gerammmm




Baru masak kan main cantik , kembang , gebu, bila sejuk ia turun. geramnya



Tengok rupanya bila di potong , tak cantik. Muga jumpa resepi satu hari nnti.

Tuesday, August 13, 2019

Jalan-jalan Ke Pulau Kucing (Meow Island)

Bulan lepas termakbullah hajat ku nak ke Meow Island di Pekan Pahang. Dah lama berhajat kesana tapi selalu kesebokan. Seawal 7.30 aku ke tempat berkumpul di Kuipsas, jalan ke Pekan. Kalau nak pegi sendiri mmg seganlah sbb tempat tak biasa. Tempat ni pulak bukan boleh masuk sebarangan sebab bukan macam zoo gitu, tapi tanah persendirian.  Saya pergi bersama Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang. SKJP ni mmg kerap dah ke pulau tu, mereka dah kerap mengajak. Alhamdulillah hari ahad tu saya pergi bersama anak bongsu yg bersemangat nak tengok meow di sana.



Dari tanah besar nak ke Pulau Keladi. Nama pulau meow ni adalah Pulau Keladi. Tp jambatannya cuma separuh je. selebihnya kena baik bot



Jambatan ni bukan separuh tapi lebih dr separuh

Di pulau ni mmg ada orang putih yg jaga haiwan di sini. tp ni ramai2 mereka sekadar dtg melawat,

Sibongsu ku . Tu mat salleh yg jaga sini.

Rumah2 meow yg kecil di bina disitu.  Tp mmg panas kat sana. Memang kena tanam pokok.

Dah sampai ditebing pulau sana. He he... bot goyang2.

Tengok suasana sini berangin, mmg best. bg pendapat saya pokok kena tanam utuk keselesaan kucing dan juga orang yg melawat

Luas nya . catik kan. pulau keladi yg ujung jambatan ni

Acara SKJP berakhir sebelum Zohor, tp saya dan anak balik awal, terus ke klinik sbb batuk sakit tekak.

Pulau ni tak bekalan air, cuma guna telaga saja. Harap lebih ramai yg menderma utuk membangunkan pulau ni menjadi lebih selesa. Hari SKJP datang tu ada yg bawa anak pokok tuk di tanam. Makanan pun banyak yg bawa. dengan nasi putih, nasi lemak kuihmuih. semua angkut aatas bot. goyang2 tu, memang semangat masing pencinta kucing. Disana kami gotong royung mesin rumput. dan sebagainya.

Jangan pulak jadi tempat buang kucing2 ye , nanti ada yg bawa kucing naik bot ni dan campak ke pulau tu.

Harap nnti sya akan kesana lagi. AAmiin


Tuesday, May 21, 2019

Jalan-Jalan Ke Johor Lagi

Selamat berpuasa ye, sekadar utuk simpanan gambar, ini semasa saya ke Johor kerumah anak menantu pd raya cina 2019 aritu. Seronok jg anak betemu jodoh dgn org Johor maka dapatlah kami bejalan ke tempat orng.


kami ke Pontian menikmati makanan tradisi orang Bugis.


Yang ini namanya Burasak. Bagi selera saya sedap juga, boleh makan dgn kuah lontong, rendang ayam ke. oklah.

Tengok tu 3 jenis makan yg kami oder, Burasak, Lepat lui dan Ketupat.

Yg ini nama Lepat Lui (ada yg tulis Loh ada yg l
tulis luih)entahlah mana yg betul. Yg ini dr pulut. Bagi saya org Pahang ni, macam lemang pulak tapi lemang lg sedap. jgn marah ye, mungkin apa yg kebiasaan kita, itu yg sedap bg selera kita.  Yang saya rasa Lepat lui ini kurang sedap dr lemang sebab ia lembek. mungkin cara buatnya merebus itu kalau lemang ia di bakar jadi lebih padat dan kenyal. Cara makan pun bole cicah dgn apa aje/

Bentuknya lepat lui ini seakan pesegi, bulat camtu, tp burasak leper je. ia di bungkus dgn daun pisang.


Selepas makan kami pun kesebelahnya ada tempat main2


Yang pastinya Belangkas mesti kena makan kalau ke Johor. Anak suka sgt, saya pun suka.  Kalau dulu kami mkan di Kota Tinggi. Kali ini makan di sedili.  Tp pendapat saya dan anak Belangkas di kota tinggi lg sedap.. Tp yg pastinya masakan belangkas asam pedas yg org johor masak mmg pedas , berpeluh, dan merah bibir, muka bagai, hi...hi..


Ke Tanjung piai pun kami gi. Penatnya bejalan, jauh kehujung sana. Ni pintu masuk. Kena bayar jg nak masuk ni.


akhirnya sampai ke ujung ,  aduhh penatnya, maklum dah tua...


Anak2 dan menantu. Anak sulung tak ikut


3 orang anak pompuan ku, yg bongsu nampak dah besar

Banyak cerita lagi sebenarnya, tp kesuntukkan utk uplod pic.

Saturday, April 20, 2019

Kisah Anjing Yang Terlekat Botol or Astronaut Kid

Dimalam Nisfu syaaban yg indah ini, saya menulis berkenaan Anjing Astronaut. Saya berpindah di kawasan ini telah 2 tahun. Ajing betina yg saya beri nama Bocey ini mmg susah nak tangkap. Itu mungkin sebab ia selalu diancam. So tentu saja sgt licik , haiwan jalanan mmg kehidupan mereka bgitu. Kena servive. Kesian kan.

2 minggu lepas, saya nampak bocey ada botol telekat di kepalanya. berbagai cara saya cuba pujuk tp tak berjaya. Dan saya pun post pasal Anjing Astronaut ini di fb kucing, dan group wasap kucing. lalu dpt sambutan dri doc haiwan berbangsa India. Dia sanggup dtg pada hari sabtu(sabtu dia tak kerja) seharian di kampung saya tapi gagal. Begitu jga dgn kawan cina ni . tak berjaya jg. Org kampung pun tolong kepong dan guna jala jg tak berjaya.

Kemudian bila seminggu masih belum bejaya. sy post di fb kucing yg seluruh malallysia, lalu seorang tu share di MIAR. Bila di sini telah tersebar maka ramai jg yg dtg untuk tolong. Saya pun mmg penat menjawap di telefon. dan melayan yg dtg sehingga kul 11 mlm.

Hampir 3 minggu baru bejaya. nak cerita pun mmg panjng. di ringkaskan cerita Bocey masuk dlm stor saya. maka secepat kilat saya kurung. Masa tu mmg bedebar2 takut ia mengganas. Sebab sya pernah trap jg dulu sebab asyik beranak , tp bila trap ia meronta lalu cage tercabut dan roboh. Tapi hari tu Bocey agak lemah . mungkin dah lama tak makan. Diringkaskan cerita maka Bocey di bawa keklinik utk dimandulkan tp Doc kata belum boleh dimandulkan sbb ia cirit brit, dan mcm2 lg lah . maklum dah lama tak makan. Bila dah sihat baru boleh dimandulkan.

Maka cerita di sini, di malam nisfu syaaban ni, semasa Bocey jadi astronaut, hari2 sy doa, sian sgt tanpa makan dan minum, saya mohon pada Allah supaya di permudahkan urusan menyelematkan Bocey. Allah makbulkan doa saya. Betullah seperti di kata Allah makbulkan doa antara cepat dan lambat. Betapa Allah mendengar doa kita.

Kes Bocey ini menunjukkan betapa ikhlasnya mereka semua, tak kira agama, bangsa. Saya mendapat sahabat yg sgt baik, mereka dgn mudah menghulurkan bantuan.  Walau mereka bukan seagama dgn saya tp mereka sangat baik. Ya Allah , benar belaka, rezeki  Allah bagi kepada kita tak semestinya wang ringgit. tapi kawan yg baik pun rezeki.

Kini saya dapat rezeki yg melimpah ruah. kawan yg baik semakin ramai. Jiran yg baik, menyenangkan hati. Betapa indah hidup ini. Saya sgt bersyukur tp perangai tak elok pada diri saya ini masih banyak . Allah dah bg macam2 patutnya amal ibadah semakin betambah , tp saya masih leka, Ya Allah semuga hari esok lebih baik dri semalam. Di malam nisfu syaaban ini akan ku mohon keampunan Mu.

Malam nisfu syaaban ini penuh keberkatan, tp sy tetap lalai. Bertaubat lah sebanyaknya. Allah ampunlah dosa ku, jauhkan lah dari sifat yg buruk2 seperti sombong, ujub, hasad dengki, syak wasangka dll sifat buruk.

Setelah hampir 3 minggu tak lena tidur. Malam seblm nisfu masalah selesai.



Bocey , anjing asrtonaut

Ada pula yg tolong tampung kos Bocey ni. Alhamdullillah. Harap lps ni korang jgn buang botol mereta ok. SAYANGI HAIWAN JALANAN.




Monday, February 11, 2019

Masakan Mak ku masa kami kecil2, Sedap sgt bagi ku

Teringat masa kecik2 dulu , maksudnya dah boleh makan nasilah, bukan tengah nyusu, Masa usia dalam 7 thn kot, dah boleh ingat apa yg mak selalu masak.  Korang mesti ada masakan yg jadi kenangan dan sedap pula yg mak selallu masak kan. Saya ni orang kg, duk di temerloh, cara masakannya tentulah stail termerloh. Moh tengok, gambar2 masakan yg saya buat semula apa yg mak masak masa dolu2.


Dah siap cincang, ramas2 dgn garam air pun sekali


Dah siap masak lemak cili padi jantung pisang
sedap sgt, kalau dulu berebut makan adik beradik. cara masaknya jantung tu ramas dgn garam , bilas tos, masuk dlm piuk, hiris bawang besar , tumbuk bilis kasar2, santan , asam keping skit, lada kecik. masak sampai didih.

jantung pisang siam. jantung besar bila buang kulitnya kecik je, kena 2 baru cukup hi..hi. sabar ye waktu nyiang, getah banyak.

Tu dia pisang blkg umah. pisang siam ni, Ingat ye jantung pisang lain pahit, xboleh dimakan. Pisang siam dan nipah je bleh.

Skrg resepi nangka muda lak, mak mmg selalu masak ni, kami suka sangat, buat kerabu ke buat gulai lemak mcm jantung tadi ke, rebus je , cecah kicap pun kami makan. Nangka ni senag dapat belakang umah banyak, masa kecik dulu mak mmg tanam nangka, yg muda buat gulai yg masak makan gitu je.

kerabu nangka, tau buatkan senang je, kerisik , ikan kembung di bakar, ambil isinya , hirisan bawang kecik, hirisan lada besar, lada hitam ditumbuk, garam. kalau tak de ikan, guna ikan bilis di goreng tanpa minyak, tumbuh. Eh nangka atu rebus dulu. Jantung tu tadi xperlu rebus ye.

Ni resepi telor dadar cara mak saya buat, letak kelapa parut/kukur, lada kecik, kunyit. tumbuk bahan tu pastu campak dlm telor letak garam, kacau lama2. goreng , aduh sedapnya.

Tumbuk aje bahan tu, dulu guna telor ayam kg je, mana ada beli.

Tu saya tambah cili potong hijau, resepi mak xbuat gitu. Anak2 xsuka sgt resepi telur dadar letak kelapa ni. tp saya buat jg sebb tekak nak makan je, hi...hi eh lupa lak jgn letak banyak kelapa xsedap tau. ukt 2 telur 2 sudu je , kurangkan lg kelapa tu 1 sudu lebih je kot.

Bubur durian muda. Dulu2 pokok durian sekah, patah, kami xbuang durian tu sbb org dulu mana ada banyak kedai beli kfc ke mcd ke, biskut oreo ke. kami makan bahan yg ada keliling rumah. Bubur ni sgt sedap. baru ni buat sbb somi beli durian bayak sekali tu yg muda pun ada saya terus ambik buang biji. cucur dgn air, masuk santan pandan, kalau ada gula kabong letak kalu xde gula pasir je. Anak suka sgt sampai tak cukup.

Oklah banyak lg resepi yg nak dikongsi . resepi ngarut je.