Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Monday, November 12, 2018

Jalan Jalan di Johor sempena majlis kawin anak

Alhamdulillah, anak kedua bertemu jodoh, nampaknya sebok betul kami, setiap tahun berkenduri. Tapi tak kisahlah demi anak2 lagi pun benda yg baik mmg patut di percepatkan.  Jodoh anak ke dua dengan orang JB.



Ini aje gambar dlm  teponku, hi...hi gambar besan suami isteri. di majlis dikuantan.

Ini makan popular di Johor, kacang pol



Laksa Johor, inilah yg ku cari, sedap sangat, yg belah sana tu mee ape tah. Lupa sgt maklum dah lama. tp mmg sedap


Nasi lemak pun sedap


Ini lah tempatnya, Selera johor. semua masakan Johor sedap2

Ini satu lagi tempat yg di cari2, Belangkas masak asam pedas. Namanya  ialah Gerai  Belangkas Mahkota terletak di kota tinggi. Puas jg mencari.


Rupa belangkas, first time makan. Telor2nya kat dalam. Org johor kuat pedas. pedih bibir, sy memang tak kuat pedas. harga pun ok sepinggan tu rm4, eh lupa lak rm8 ke, tp mmg xmahal makan sini.


Tengok tu telurnya, rasa lemak2 je


Sotong pun sedap


Tengok telor nya penuh. Nampaknya asyik makan telor je, telor belangkas, terlor sotong. Di restoren Belangkas Mahkota ni macam2 ada utuk makan tengahari, ulaman dan sambal, ikan bakar. tapi tempatnya terhad, mmg sempit kalau penuh kena baliklah atau tunggu dalam kereta.

Ini majlis di Johor, bertemu kawan lama , kami sekelas masa form 3 dulu. Hi...hi masa tu ayah Shery bertugas di Temerloh. dan tak sangka ank ku kawin org JB, setempat dengan Shery.

MMg banyak termpat makan yg sedap, dan tempat menarik tp kepenatan nak upload gambar. hi... hi..

Thursday, September 27, 2018

Menanam Rumput Mutiara dan Rumput Karpet Filipina

Haduh pening dengan masalah rumput ni. Sebelum tanam rumput saya tak mengoogle sangat , maklum sebok dengan persiapan mmbuat rumah baru, Tapi saya ada terbaca dalam deco2 , sorang ni tunjuk gambar laman rumahnya dgn rumput menghijau, katanya rumput tu adalah rumput mutiara.

Setelah berpindah rumah, kami sgt sebok dgn majlis perkahwinan anak pertama.  Lepas majlis tu aku pun terus gi nersery, cina punya. saya pun bertanya mana rumput yg mudah di jaga, maksudnya tidak perlu dipotong, yg keduanya yg cantik, yg ketiganya mudah hidup.

Cina tu kata rumput mutiara.  Sy pun belilah , habis juga rm200 beli rumput tu, maklum laman luas. Itupun tanam jarang2 sbb nak jimat duit.

Bila dah tanam baru tau rumput mutiara ni mmg cerewet, mungkin laman saya panas , mmg tak de pokok, mutiara ni manja, bila dah sy siram dan tumbuh dgn cantik , tp bila musim panas tiba, bulan Feb, Mac tu seme kekuningan. Memang manjalah kan. Padahal ia dah tumbuh dgn cantik, dah menjlar dah. Kalau rumput biasa walau panas mcmmana pun still kehijauan, Sebb sy tengok depan rumah saya adalah masjid, kawasan masjid tu ok je, walaupun panas.

Saya beli rumput karpet filipin jg di nesery lain sebb mmg bekenan sangat dengan color nya yg cantik, macam color sawah padi, hijau lembut gitu. Tapi mutiara hijau pekat, kurang cantik.  Bila tanam rumput filipin ni, (sya tanam di ujung laman, sekadar mencuba) ia tumbuh dgn cantik, tak manja,

Satu lagi masalah besar pd rumput mutiara ni , ia disukai oleh serangga, iaitu semut. Semut suka sangat besarang bawah rumput ni. Jadi rumput ni daunnya pendek2, dan terus bantut tak mau menjalar. Sy masih sayang kan mutiara ni. beli pula ubat semut, anai2, sembur sentiasa.  Penat betul dgn kerenah mutiara ni.

Ini karpet filipin, saya tanam sikit je, tp elok je tumbuh , tahan panas, tp saya masa tu xjaga biar je

Inilah rumput yg ku belai2, manja2, tp tengok hujungnya jadi gini kering

hujungnya jadi gitu

Masalah lain juga hujungnya meleding or naik keatas , akar tak jejak tanah. aduh pening


Kisah saya diibaratkan memberi kasih pada satu, layan baik2, belai baik2 tp xde hasilnya, mengecewaka. Akhirnya say gantikan dgn rumput filipin. Sebenarnya saya takut nak tanam rumput filipin sbb dulu masa di tloh saya tanam rumput karpet ia, belapis2, liat untuk dipotong. Tp saya silap itu karpet lain ini rumput karpet filipin, tp yg eloknuya karpet jepun, tp mahal. sekeping 10 ringgit , tak mampu pulak.


Jadi beginilah kalau org yg kita belai2 tapi mengecewakan, hi....hi.. so saya tanam celah2 rumput mutiara tu dengan rumput carpet. Nanti bila rumput karpet tu menjalar saya akan buang rumput mutiara tu. Padan muka ko, tu lah akibatnya kalau manja sangat.

Kalau ada rezeki nanti sy akan beli rumput karpet jepun pula, laman luas , bahagian belakang langsung belum di bangunkan, xcukup modal. Bahagian kiri rumah pun masih tebiar. Seeloknya saya akan beli di Sg Buloh, sana murah, kalau di kuantan rumput Jepun ni rm8 gitu , ada rm10.
Rumput jepun lg cantik, halus daunnya, lambat panjang, walaupun lambat membesar. Kalau dibandingkan dgn rumput filipin ia lebih cepat menjalar.

Ok disini saya nak senaraikan keburukan rumput mutiara ni. Ini pendapat sayalah, harap jgn marah, mungkin ada yg suka dgn rumput mutiara ni, mungkin tanah dan suasana laman mereka sesuai dgn mutiara.

1. Warnanya tak secantik rumput karpet, hijau pekat

2. Semut suka bersarang di rumput mutiara

3. Tak tahan panas terik

4. Kena kerap siram.

5. Ia kalah dgn rumput liar

Semuga laman ku cantik menghijau. Aamiin.

Sunday, July 22, 2018

Cara buat Apam Air Tapai

Baru ni semasa jamuan hariraya di rumah, kami tempah tapai , eh org panggil tapai beras kan. sy pun tak pasti kalau org belah temerloh ni panggil tapai beras, kalau yg guna ubi kayu tu tapai ubi kayu.  Tapai beras ni biasanya letak dalam daun getah.

Tapai ni banyak lebih, so teringatlah akan resepi kawan saya bagi ni , Apam Air Tapai.  Tapi air tapai nya sikit je, kuar dari daun getah tu, sy pun ubah2 je resepi tu, org kata menderhaka pada resepi. Kalau ikut resepinya 1 cawan air tapai.


dlm loyang

Dalam acuan


Campur eno sikit

resepinya

1 kampit tpg beras
1 cwn air kelapa
1 cwn air tapai
1 cwn air
1 cwn gula

Blend gula dan air . Tuang dalam tepung , masukkan air kelapa dan air tapai bancuh sebati. Perap 5 jam. Bila nak kukus ambik 1/3 bahagian letak eno, saya agak2 separuh eno tu. kacau rata2 terus letak dlm acuan. Air kukusan panaskan dulu ye. terus letak apam tu. Siap

Tapi resepi derhaka saya ni tanpa air tapai. Saya blen tapai tu tambah lg setengah cawan. Bila kukus apam bantat . hi...hi. pastu saya tambah 1 cwn air , pada baki tapai tadi dan jg masukkan eno, kukus, haaaa baru jadik. elok, sgt sedap.  Lain kali kalau nak dapt air tapai kena tepon kawan yg buat tapai, sebab org yg jual tapai dia akan buang jg air tapai tu, tp kawan yg duk kl dia kata di pasar2 ada org jual.

Ok selamat mencuba.




Wednesday, June 27, 2018

Hari Raya 2018

Bila hari raya tentu banyak gambar yg di ambil. Raya tahun ni mmg xbanyak gambar, mungkin sebb beraya di temerloh. Raya tahun ni saya raya pertama di temerloh. Sehari sebelum raya kami sekeluarga dah balik utk acara masak2.




Bersama cucu ku. Raya ni meriah sbb dah bercucu. Berlatarbelakangkan pokok rambutan yg kering, dan buai kayu. hi..hi


Keluarga ku makin besar

Raya ketiga balik kuantan dan ujung minggunya kami bakar lemang, raya setelah tamat puasa sunat 6
Tapi lemang ni tak berapa jadi . di bahagian bawahnya mentah. Ok jg rasanya mmg sedap. Nanti boleh cuba lg tahun depan.

Ni lah sambutan hari raya di rumah, abang dari temerloh pun datang kebetulan hantar anaknya yg belajar di kuatan.Mak di tengah tu, serabut, hi..hi.. yg sebelah mak tu abang no. 2. Saya sebelah kiri tu. Eh kenapa nampak tembam pulak, padahal sebulan puasa. Tapi berat biasa nya 57 or 58 kg. tp nampak gemuk pula. mungkin salah camera or pesen baju yg sendat, hi..hhi. Gitulah pesen saya kalau open house, xreti pakai baju cantik2, maklum org popuan, mencuci pinggan, buat air, belah lemang, jadi baju gitu yg sesuai, itupun kira cantik, kalau hari biasa pakai kain batik dengan tshirt lusuh je.

Berdiri di belakan tu menantu saya dan abang.

Lagi gambar bersama keluarga abang . Abang saya pakai kopiah tu. disebelahnya menantu. Dia baru saya bermenantu. Anak2nya dibelakang tu, Isterinya yg sebelah saya tu. Tengok tu nampak besar je saiz badan, hi... hi tapi seronok pula, nampak gemuk macam mak datin. Raya tahun ni tak bergambar di tepian kolam ikan di Raub. Petang raya pertama kami semua balik raub tp kurang bergambar.


Sunday, June 10, 2018

Cara buat Apam Pisang

Hari ni nak simpan resepi Apam Pisang , takut resepi ni hilang. Mari mencuba mmg sgt sedap.




Begitulah gambar apam pisang, hi..hi saya letak dalam bekas plastik. terpulang nak letak dalam acuan plastik yg bercorak yg selalu org buat agar2 tu pun boleh.  Resepinya begini.

4 cawan tep gandum                                     ]
4 sudu kecil soda bikarbonat                         ]  Bhn A
2 sudu kecil beking poder                             ]

2 cwan pisang (emas, berangan, ape2 yg
    sesuai tp mesti masak lembik)                 ]
2 cawan minyak masak                                ]
1 cawan madu                                              ]   Bhn B
1 cawan gula                                                 ]
6 biji telor                                                      ]
esen vanila                                                    ]
garam secubit                                                ]

Bhn B di kisar. Bahan A ayak. Msuk bahan B kedalam A. Kacau. Kukus lebih kurang 20 minit.  Ooo ye hirisan pisang letak kat atas tekan supaya masuk dlm sikit. 

Sebelum ni sy buat resepi ini, yg diberi oleh kawan yg lain. Tapi resepi di atas sangat sedap. anak pun kata sedap.

1 cwn pisang di lecek
1/2 cwn minyak jagung
1/2 cwn susu mannis
1/2 cwn gula perang
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 cwn tepung kek. 

Klau guna tpg gandum tambah 1 sudu kecil beking powder

Resepi kedua ni kurang sedap tapi bahan2nya menjimatkan. tanpa telor dan madu. Kannn yg mahal bahannya tentu sedap. Resepi diatas kawan belajar percuma di bawah kelolaan ecer di Kolej komuniti. Kurus di situ percuma, tp masa belajarnya lama sehingga 2 bulan. tpi setiap ujung minggu je. mmg teringin nak belajar tpi masa tak mengizinkan. Kalau tak silap saya nama program ni Empower Ecer. Boleh google .

Selamat mencuba



Friday, February 16, 2018

Langsir Roman Blind

Bila sudah pindah ke rumah baru ni, mcm2 nak cuba deko. Selama ni tak pernah guna langsir roman blind. Cuma tengok gambar or kerumah jiran , kawan yg ada langsir ni. nampak cantik. Sebelum ni saya duk rumah teres , dapur berbidai je. Tapi sebenarnya sy keliru apa bezanya langsir roman blind dan bidai. Rasanya sama kot. Tp pada kefahaman saya langsir roman blind dibuat dr kain (fabrik) tp bidai dibuat dri buluh, or plastik. Gitu ke ,, he he..

Saya pun serveylah harga buat roman blind ni.  Ada yg buat bisnes kat rumah , org melayulah, mmg cantik dan murah sikit dr cina. Tingkap sy berukuran tinggi 5 kaki , lebar 4 kaki. sorang melyu tu kata rm130 track or trap (hi..hi, tak faham bahasa langsir) or bahasa mudahnya railing. Tp railing tu tuk langsir biasa. Tp kalau roman ni orng panggil track. Sorang lg melayu tu kata rm170. Bila tanya cina yg ada kedai, dia kata 130 , tp tak confim lg katanya dia call kilang dulu. Saya sebenarnya nak beli track sahaja sekali pasanglah. Ingat langsir tu nak tempah dgn kawan baik. Dapat harga baik juga, he  he...


Tp mereka tak galakkan beli track sahaja, klau boleh tempahlaah langsir sekali . Betul jg merekakan bisness, nak dtg pun kos jg, jd kita taknak gaduh2 dan faham dgn bisness ni. So tempahlah sekali dengan langsir.

Gini tingkap dapur



Ni tingkap lg satu, dapur saya ada 3 tingkap, maklum besar jg dapur ni..  Saya ambik cina sbb nak cepat siap. Yg melayu tu nak 30 ringgit sekaki upah jait. so tingkap sya 4 kaki darab dgn 4, rm120 satu tingkap. Upah jait saja. Kain beli sendiri. So upah 120 tambah track 130, jumlah 250. Kalau kain beli sendiri entahlah brapa ringgit. Jadi cina ni ambil 3 tingkap 1300. So satu tingkap 420 ringgit kan....entahlah kiralah sendiri.

Sebenarnya saya dah bincang dgn cina tu nak langsir yg selapis sahaja. jd nampak nipiskan, dan langsir pun ringgan. Cina tu kata kalau buat dua lapis cantik. Tp sy hendak selapis sbb senang basuh , tak berat. tp nampak jarangkan. Tengok gambar atas tu. Tp ok je , org luar tak nampak kita. ok je.

Ok selamat mendeko. Deko saya ni murah2 je, deko org tak beduit. tp tetap semangat nak berdeko. Saya mmg suka mendeko, selain memasak dan menjait.

Eh sarung kusi tu kawan buat, hi..hi.. kain murah tu 4 ringgit je semeter, yg kuning tu kain reja lagi murah. tp tetap semangat nak mendeko.  Kawan jait , upah satu sarung 10 rnggit je, alas meja tu 20 .  Aminn


Wednesday, January 10, 2018

Majlis Pertunangan Anak dan Perkahwinan Anak

Masa begitu cepat berlalu, sedar tak sedar anak kedua ku melangsungkan pertunangannya pada 9 Disember 2017.  Sedangkan cerita dan gambar anak sulung bertunang dan berkahwin tak bercerita di sini.  Begitu pantas masa meninggalkan kita. Usia pun meningkat begitu pantas, amal ibadat tak juga sepantas itu. Makin sebok , ibadat pula makin kurang bukan menambah. Amalan betangguh sangat di benci . tp itulah yg sy buat.  Semuga lepas ni kesedaran akan datang, sendiri menulis, sendiri insaf. Allah hu akbar.



Ini anak sulung yg berkahwin pada feb 2017, jodohnya kawan sama belajar di UIAM, ingatkan sebarang majlis untuk anak ke 2 nak buat pada 2018, tp sbb pemintaan dr sebelah sana untuk buat ujung tahun jg maka kena ikut sajalah.

Majlis bertunang anak ke 2, buat sebelah petang, jadi adik beradik je , simple,minum petang je. Ni gambar adik beradik suami, anak buah , cucu2, hi..hi.
Adik bradik sy xdtang. sbb seminggu sblmnya kenduri anak abang. pastu minggu depannya ke terengganu sbb kawin dgn org ganu. so kerana kesibukan famili saya xdtg.



Kami sekeluarga.

Keluarga kami semakin besar, alhamdulillah. Selalu di sini cerita tentang meow2 je. Mmg banyak cite tentang meow, tp ni beri laluan dulu cite pasal famili. 
Amin