Bila sudah pindah ke rumah baru ni, mcm2 nak cuba deko. Selama ni tak pernah guna langsir roman blind. Cuma tengok gambar or kerumah jiran , kawan yg ada langsir ni. nampak cantik. Sebelum ni saya duk rumah teres , dapur berbidai je. Tapi sebenarnya sy keliru apa bezanya langsir roman blind dan bidai. Rasanya sama kot. Tp pada kefahaman saya langsir roman blind dibuat dr kain (fabrik) tp bidai dibuat dri buluh, or plastik. Gitu ke ,, he he..
Saya pun serveylah harga buat roman blind ni. Ada yg buat bisnes kat rumah , org melayulah, mmg cantik dan murah sikit dr cina. Tingkap sy berukuran tinggi 5 kaki , lebar 4 kaki. sorang melyu tu kata rm130 track or trap (hi..hi, tak faham bahasa langsir) or bahasa mudahnya railing. Tp railing tu tuk langsir biasa. Tp kalau roman ni orng panggil track. Sorang lg melayu tu kata rm170. Bila tanya cina yg ada kedai, dia kata 130 , tp tak confim lg katanya dia call kilang dulu. Saya sebenarnya nak beli track sahaja sekali pasanglah. Ingat langsir tu nak tempah dgn kawan baik. Dapat harga baik juga, he he...
Tp mereka tak galakkan beli track sahaja, klau boleh tempahlaah langsir sekali . Betul jg merekakan bisness, nak dtg pun kos jg, jd kita taknak gaduh2 dan faham dgn bisness ni. So tempahlah sekali dengan langsir.
Gini tingkap dapur
Ni tingkap lg satu, dapur saya ada 3 tingkap, maklum besar jg dapur ni.. Saya ambik cina sbb nak cepat siap. Yg melayu tu nak 30 ringgit sekaki upah jait. so tingkap sya 4 kaki darab dgn 4, rm120 satu tingkap. Upah jait saja. Kain beli sendiri. So upah 120 tambah track 130, jumlah 250. Kalau kain beli sendiri entahlah brapa ringgit. Jadi cina ni ambil 3 tingkap 1300. So satu tingkap 420 ringgit kan....entahlah kiralah sendiri.
Sebenarnya saya dah bincang dgn cina tu nak langsir yg selapis sahaja. jd nampak nipiskan, dan langsir pun ringgan. Cina tu kata kalau buat dua lapis cantik. Tp sy hendak selapis sbb senang basuh , tak berat. tp nampak jarangkan. Tengok gambar atas tu. Tp ok je , org luar tak nampak kita. ok je.
Ok selamat mendeko. Deko saya ni murah2 je, deko org tak beduit. tp tetap semangat nak berdeko. Saya mmg suka mendeko, selain memasak dan menjait.
Eh sarung kusi tu kawan buat, hi..hi.. kain murah tu 4 ringgit je semeter, yg kuning tu kain reja lagi murah. tp tetap semangat nak mendeko. Kawan jait , upah satu sarung 10 rnggit je, alas meja tu 20 . Aminn
No comments:
Post a Comment