Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

Kenangan di ABS Temerloh ( Sek Men Abu Bakar)


Gambar masa form 5. saya dua dari kanan. Kanan sekali yati
Gambar atas  berdiri dari kiri pakai baju sekolah tu Laili, sebelahnya saya lupa nama, yg ke 3 Halma, sekarang ada di Paya Pulai, yg ke 4 Sofiah juga asal kg paya pulai (Polis), sebelahnya Norhayati, ada di Temerloh, Yang pakai baju bunga2 tu sayalah sekarang di Ktn, Sebelah saya Ema juga di Ktn. (Sg Isap).
Duduk dari kiri , Siti rohana ada di Paya Pulai, No. 2 Nurul huda di temerloh, Yg ke 3 Lina di Ktn, yng ke 4 Su, yg kelima fauziahton anak tentera selalau kesekolah naik trak, akhir sekali Rozaini (KL).  Gambar ni semasa jamuan kelas akhir tahun kot. Kemana agaknya rakan2 semua, saya selalu mengingati anda. Harap2 mereka juga mengingati saya, bila tengok gambar jika masih dlm simpanan.

Friday, May 20, 2011

ADIK MASA KECIL


Gambar anak bongsu saya yang sangat nakal, garang dan berani. Anak yg ke 5. Perangai anak bongsu selalunya memang lain, ramai yg kata mcm tu,  Kakak dan abang kena mengalah, semuanya dia nak menang. Memang menguji kesabaranlah.

Thursday, May 12, 2011

RUMAH DI TEMERLOH

Nampak rumah ni teringat kenangan masa di Temerloh. Sempatlah merasa duduk lebih kurang 5 thn. Bilalah agaknya boleh balik ke Temerloh semula. Tak mungkin agaknya. Dah serasi di Kuantan. Pokok pinang merah yg saya tanam tu setinggi atap dah. Laman luas terbentang, seronoknya suasana kampung. Cuti 1 mei dulu sempatlah melawat kejap jumpa penyewa dan tengok pokok2 yang dah mengeluarkan hasil.

Thursday, January 27, 2011




Gambar hari perkahwinan tahun 1988. Abah dgn sampin songket hitam. (gambar atas )

Sunday, January 16, 2011

Ini gambar masa sekolah ABS dulu kalau tak salah masa f-4 ni, sebab f- 5 dah pakai tudung. Sebenarnya blog saya ni macam dairilah, aktiviti saya hari2, cerita2 lama, saja2 untuk suka2. Cuma segala tulisan saya ini takut tersilap dan melukakan hati sesiapa atau ada unsur bangga diri. Semoga tiadalah yang salah sangka .  Segala tulisan yg tidak elok akan dielakkan. Masa sekolah dulu tu lah tempat kami melepak sementara tunggu bas datang. Ada lagi ke pokok tu. Dilereng bukit tulah banyak kenangan. Saya yg duduk didepan berambut pendek. Yg sebelah saya tu ikat satu Sofiah namanya. Dia polis di KL, tak ingat lak balai polis mana. Yani sebelah saya tu jadi guru sementara di KG awah  pastu terus kawin.

MASA MUDA2