Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Showing posts with label jalan jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan. Show all posts

Tuesday, August 13, 2019

Jalan-jalan Ke Pulau Kucing (Meow Island)

Bulan lepas termakbullah hajat ku nak ke Meow Island di Pekan Pahang. Dah lama berhajat kesana tapi selalu kesebokan. Seawal 7.30 aku ke tempat berkumpul di Kuipsas, jalan ke Pekan. Kalau nak pegi sendiri mmg seganlah sbb tempat tak biasa. Tempat ni pulak bukan boleh masuk sebarangan sebab bukan macam zoo gitu, tapi tanah persendirian.  Saya pergi bersama Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang. SKJP ni mmg kerap dah ke pulau tu, mereka dah kerap mengajak. Alhamdulillah hari ahad tu saya pergi bersama anak bongsu yg bersemangat nak tengok meow di sana.



Dari tanah besar nak ke Pulau Keladi. Nama pulau meow ni adalah Pulau Keladi. Tp jambatannya cuma separuh je. selebihnya kena baik bot



Jambatan ni bukan separuh tapi lebih dr separuh

Di pulau ni mmg ada orang putih yg jaga haiwan di sini. tp ni ramai2 mereka sekadar dtg melawat,

Sibongsu ku . Tu mat salleh yg jaga sini.

Rumah2 meow yg kecil di bina disitu.  Tp mmg panas kat sana. Memang kena tanam pokok.

Dah sampai ditebing pulau sana. He he... bot goyang2.

Tengok suasana sini berangin, mmg best. bg pendapat saya pokok kena tanam utuk keselesaan kucing dan juga orang yg melawat

Luas nya . catik kan. pulau keladi yg ujung jambatan ni

Acara SKJP berakhir sebelum Zohor, tp saya dan anak balik awal, terus ke klinik sbb batuk sakit tekak.

Pulau ni tak bekalan air, cuma guna telaga saja. Harap lebih ramai yg menderma utuk membangunkan pulau ni menjadi lebih selesa. Hari SKJP datang tu ada yg bawa anak pokok tuk di tanam. Makanan pun banyak yg bawa. dengan nasi putih, nasi lemak kuihmuih. semua angkut aatas bot. goyang2 tu, memang semangat masing pencinta kucing. Disana kami gotong royung mesin rumput. dan sebagainya.

Jangan pulak jadi tempat buang kucing2 ye , nanti ada yg bawa kucing naik bot ni dan campak ke pulau tu.

Harap nnti sya akan kesana lagi. AAmiin


Tuesday, May 21, 2019

Jalan-Jalan Ke Johor Lagi

Selamat berpuasa ye, sekadar utuk simpanan gambar, ini semasa saya ke Johor kerumah anak menantu pd raya cina 2019 aritu. Seronok jg anak betemu jodoh dgn org Johor maka dapatlah kami bejalan ke tempat orng.


kami ke Pontian menikmati makanan tradisi orang Bugis.


Yang ini namanya Burasak. Bagi selera saya sedap juga, boleh makan dgn kuah lontong, rendang ayam ke. oklah.

Tengok tu 3 jenis makan yg kami oder, Burasak, Lepat lui dan Ketupat.

Yg ini nama Lepat Lui (ada yg tulis Loh ada yg l
tulis luih)entahlah mana yg betul. Yg ini dr pulut. Bagi saya org Pahang ni, macam lemang pulak tapi lemang lg sedap. jgn marah ye, mungkin apa yg kebiasaan kita, itu yg sedap bg selera kita.  Yang saya rasa Lepat lui ini kurang sedap dr lemang sebab ia lembek. mungkin cara buatnya merebus itu kalau lemang ia di bakar jadi lebih padat dan kenyal. Cara makan pun bole cicah dgn apa aje/

Bentuknya lepat lui ini seakan pesegi, bulat camtu, tp burasak leper je. ia di bungkus dgn daun pisang.


Selepas makan kami pun kesebelahnya ada tempat main2


Yang pastinya Belangkas mesti kena makan kalau ke Johor. Anak suka sgt, saya pun suka.  Kalau dulu kami mkan di Kota Tinggi. Kali ini makan di sedili.  Tp pendapat saya dan anak Belangkas di kota tinggi lg sedap.. Tp yg pastinya masakan belangkas asam pedas yg org johor masak mmg pedas , berpeluh, dan merah bibir, muka bagai, hi...hi..


Ke Tanjung piai pun kami gi. Penatnya bejalan, jauh kehujung sana. Ni pintu masuk. Kena bayar jg nak masuk ni.


akhirnya sampai ke ujung ,  aduhh penatnya, maklum dah tua...


Anak2 dan menantu. Anak sulung tak ikut


3 orang anak pompuan ku, yg bongsu nampak dah besar

Banyak cerita lagi sebenarnya, tp kesuntukkan utk uplod pic.

Monday, November 12, 2018

Jalan Jalan di Johor sempena majlis kawin anak

Alhamdulillah, anak kedua bertemu jodoh, nampaknya sebok betul kami, setiap tahun berkenduri. Tapi tak kisahlah demi anak2 lagi pun benda yg baik mmg patut di percepatkan.  Jodoh anak ke dua dengan orang JB.



Ini aje gambar dlm  teponku, hi...hi gambar besan suami isteri. di majlis dikuantan.

Ini makan popular di Johor, kacang pol



Laksa Johor, inilah yg ku cari, sedap sangat, yg belah sana tu mee ape tah. Lupa sgt maklum dah lama. tp mmg sedap


Nasi lemak pun sedap


Ini lah tempatnya, Selera johor. semua masakan Johor sedap2

Ini satu lagi tempat yg di cari2, Belangkas masak asam pedas. Namanya  ialah Gerai  Belangkas Mahkota terletak di kota tinggi. Puas jg mencari.


Rupa belangkas, first time makan. Telor2nya kat dalam. Org johor kuat pedas. pedih bibir, sy memang tak kuat pedas. harga pun ok sepinggan tu rm4, eh lupa lak rm8 ke, tp mmg xmahal makan sini.


Tengok tu telurnya, rasa lemak2 je


Sotong pun sedap


Tengok telor nya penuh. Nampaknya asyik makan telor je, telor belangkas, terlor sotong. Di restoren Belangkas Mahkota ni macam2 ada utuk makan tengahari, ulaman dan sambal, ikan bakar. tapi tempatnya terhad, mmg sempit kalau penuh kena baliklah atau tunggu dalam kereta.

Ini majlis di Johor, bertemu kawan lama , kami sekelas masa form 3 dulu. Hi...hi masa tu ayah Shery bertugas di Temerloh. dan tak sangka ank ku kawin org JB, setempat dengan Shery.

MMg banyak termpat makan yg sedap, dan tempat menarik tp kepenatan nak upload gambar. hi... hi..

Monday, June 8, 2015

Jalan-jalan ke Lost World of Tambun

Kalau pasal jalan-jalan ni, bukanlah minat sangat tapi kerana anak2 kena lah pegi jugakan. Jalan-jalan kat Malaysia je bukanny luar negara mcm org yg ade2 tu. he...he..Mungkin belum ada rezeki lagi kot. Ini lah gambar2 kenangan disana, nak cerita lebih2 pun mungkin org lain dah semua pernah pegi kat sini. Tapi gambar2 ni penting juga kan sebagai kenangan maklumlah zaman sekarang tak simpan dah gambar dalam album.





Tempat ni airnya panas.

Di bahagian atas ni panasnya 43 , arahannya cuma 15 minit boleh berendam tp tak merasa lah, ramaikan yg nak berendamnya.


Kawasan air panas ni


dalam gua tu tempaat yg plg panas di antara tempat yg lain tadi tu, dalm tu mcm berkabus mcm wap lah.

Dalam perjalanan balik kami singgah bermalam di kawasan kampung iaitu sekincan kira dekat dengan Tanjung karang, Sungai Besar. Kawasan ni berdekatan dengan laut dan sebelah jalan lagi di penuhi dengan sawah. Rasa teruja nak bermalam di sawah tapi homestay tu penuh, jadi tuan home stay tu suruh menginap di ditepi laut, nama homestay tu D Menara. Memang banyak menara lah boleh tengok pandangan laut dari atas.  Abang seronok sbb dia dah bawa pancing untuk memancing di laut. Dia kata tak suka memancing ikan di sawah.

Harga homestay tu murah 100 je semalaman rumahnya besar juga, tapi bg mereka yg ada anak kecil mmg susah kalau menginap di sini sbb bilik airnya di luar mcm suasana kg tu. Klau org popuan pun susah juga. Kalau rumah yg warna kuning tu ada bilik air kat dalam, 100 juga, tpi masa mandi airnya bertakung. Bila beritahu tuan homestay tu dia suruh pakai terompah, alahh seksa betul, balik2 mandi kat luar gak.

Kalau lah homestay tu sediakan tandas dlm rumah, kemudian tv pun ada dlm rumah tentu lebih selesa sambil baring2 boleh nonto tv kan. Ini tv letak kat luar. Kalau selesa mcm tu tentu harga pun selesa gak. Ini 100 je padanlah dgn mcm tu je. Lg pun mungkin owner hstay ni nak kan cara kg. Kena mandi kat luar. Nasib baik tak mandi perigi. Mcmmana pun layanan dr owne mmg puas hati. Owner tu tinggal sebelah homstay tu je.





Ini lah homestay D Menara tu, rumahnya mmg cantikkan, mcm rumah kg, lantai papan, tiada katil, tidur atas tilam yg terhampar atas lantai.


Abah dah nak tido

Bila buka pintu akan kelihatan pokok nipah yg berbuah dgn lebatnya, juga terusan atau parit yg dipenuhi kiambang.


Macam buah salak 


Sebuah lg homestay yg sebelahnya ada menara.

Jambatan melintasi parit atau terusan menuju ke laut

Hujung jambatan tadi dihadapannya laut


Tempat makan atas jambatan tu sangat selesa ada singki.

Tuan punya homestay ni suami isteri adalah guru, kucing pun banyak juga kat sini, agaknya tuan punya homestay ni punya sebab bersih dan manja je.

D menara waktu malam.


model mana pulak ni macam mak nenek je


Kami di bawa ke D sawah untuk mellihat sawah padi yg luas terbentang, kebetulan padi tengah menguning. 



Padi sendang menguning, nampak yg sebelah lg tu telah di tuai (ye ke tuai, kena potong kot)

Berselfie 

Begitulah percutian kami yg entah apa2. hee...hee. tetapi masa bersama tu sangat penting. Jalan sama2, makan sama2. Itu yg seronok. Seperti yg saya kata tadi jalan2 atau melancong ni bukan lah minat sangat. Melancong ni hobi orang kaya2. Agaknya kalau dah kaya nanti minat melancong tu akan datang dengan sendiri. Masalahnya bab membuang, kalau di hotel 6 or 10 bintang pun tak sama dengan tandas kat rumah. Di rumah lebih selesa. Kalau jalan2 macam ni perut pun tak selesa, mandi pun tak selesa, nak bilik air kat rumah juga. Entahlah agaknya kalau jadi mcm org yg selalu melancong tu mcmmana yek. sampai ke Paris, nun menahan dr membuang.  Saya lebih suka masak memasak, jahit menjahit, kemas rumah, sebenarnya itu yg paling membahagiakan.

Akhirnya nak cerita pasal nasi ambeng, tentu tau nasi ambeng kan. Orang jawa punya masakan. Masa di johor dulu saya makan nasi ambeng sangat sedap. Konon nya nak makan lah di sini sbb sini mmg banyak gerai nasi ambeng. Bila makan terus hilang selera. Smbal kelapanya manis sangat, goreng mi pun manis juga, smbal goreng (sayur yg campur tempe, soon, kcg panjang) juga x sedap langsung.  mengalahkan masakan org kelantan, manis2 semuanya  Kami makan di gerai ibu di Tanjung karang. 

Tulis kat situ kononnya masakan turun termurun. Tapi soto mmg sedap.

Nasi ambeng, (nasi putih + ayam urep + sambal goreng + sambal kelapa + mi goreng)
Gerai Ibu ke Restoren Ibu, lupa lak. Di Tanjung Karang. sebelum cendol drive n true yg sangat popular tu.