Alhamdulillah, anak kedua bertemu jodoh, nampaknya sebok betul kami, setiap tahun berkenduri. Tapi tak kisahlah demi anak2 lagi pun benda yg baik mmg patut di percepatkan. Jodoh anak ke dua dengan orang JB.
Ini aje gambar dlm teponku, hi...hi gambar besan suami isteri. di majlis dikuantan.
Ini makan popular di Johor, kacang pol
Laksa Johor, inilah yg ku cari, sedap sangat, yg belah sana tu mee ape tah. Lupa sgt maklum dah lama. tp mmg sedap
Nasi lemak pun sedap
Ini lah tempatnya, Selera johor. semua masakan Johor sedap2
Ini satu lagi tempat yg di cari2, Belangkas masak asam pedas. Namanya ialah Gerai Belangkas Mahkota terletak di kota tinggi. Puas jg mencari.
Rupa belangkas, first time makan. Telor2nya kat dalam. Org johor kuat pedas. pedih bibir, sy memang tak kuat pedas. harga pun ok sepinggan tu rm4, eh lupa lak rm8 ke, tp mmg xmahal makan sini.
Tengok tu telurnya, rasa lemak2 je
Sotong pun sedap
Tengok telor nya penuh. Nampaknya asyik makan telor je, telor belangkas, terlor sotong. Di restoren Belangkas Mahkota ni macam2 ada utuk makan tengahari, ulaman dan sambal, ikan bakar. tapi tempatnya terhad, mmg sempit kalau penuh kena baliklah atau tunggu dalam kereta.
Ini majlis di Johor, bertemu kawan lama , kami sekelas masa form 3 dulu. Hi...hi masa tu ayah Shery bertugas di Temerloh. dan tak sangka ank ku kawin org JB, setempat dengan Shery.
MMg banyak termpat makan yg sedap, dan tempat menarik tp kepenatan nak upload gambar. hi... hi..
No comments:
Post a Comment