Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Thursday, September 27, 2018

Menanam Rumput Mutiara dan Rumput Karpet Filipina

Haduh pening dengan masalah rumput ni. Sebelum tanam rumput saya tak mengoogle sangat , maklum sebok dengan persiapan mmbuat rumah baru, Tapi saya ada terbaca dalam deco2 , sorang ni tunjuk gambar laman rumahnya dgn rumput menghijau, katanya rumput tu adalah rumput mutiara.

Setelah berpindah rumah, kami sgt sebok dgn majlis perkahwinan anak pertama.  Lepas majlis tu aku pun terus gi nersery, cina punya. saya pun bertanya mana rumput yg mudah di jaga, maksudnya tidak perlu dipotong, yg keduanya yg cantik, yg ketiganya mudah hidup.

Cina tu kata rumput mutiara.  Sy pun belilah , habis juga rm200 beli rumput tu, maklum laman luas. Itupun tanam jarang2 sbb nak jimat duit.

Bila dah tanam baru tau rumput mutiara ni mmg cerewet, mungkin laman saya panas , mmg tak de pokok, mutiara ni manja, bila dah sy siram dan tumbuh dgn cantik , tp bila musim panas tiba, bulan Feb, Mac tu seme kekuningan. Memang manjalah kan. Padahal ia dah tumbuh dgn cantik, dah menjlar dah. Kalau rumput biasa walau panas mcmmana pun still kehijauan, Sebb sy tengok depan rumah saya adalah masjid, kawasan masjid tu ok je, walaupun panas.

Saya beli rumput karpet filipin jg di nesery lain sebb mmg bekenan sangat dengan color nya yg cantik, macam color sawah padi, hijau lembut gitu. Tapi mutiara hijau pekat, kurang cantik.  Bila tanam rumput filipin ni, (sya tanam di ujung laman, sekadar mencuba) ia tumbuh dgn cantik, tak manja,

Satu lagi masalah besar pd rumput mutiara ni , ia disukai oleh serangga, iaitu semut. Semut suka sangat besarang bawah rumput ni. Jadi rumput ni daunnya pendek2, dan terus bantut tak mau menjalar. Sy masih sayang kan mutiara ni. beli pula ubat semut, anai2, sembur sentiasa.  Penat betul dgn kerenah mutiara ni.

Ini karpet filipin, saya tanam sikit je, tp elok je tumbuh , tahan panas, tp saya masa tu xjaga biar je

Inilah rumput yg ku belai2, manja2, tp tengok hujungnya jadi gini kering

hujungnya jadi gitu

Masalah lain juga hujungnya meleding or naik keatas , akar tak jejak tanah. aduh pening


Kisah saya diibaratkan memberi kasih pada satu, layan baik2, belai baik2 tp xde hasilnya, mengecewaka. Akhirnya say gantikan dgn rumput filipin. Sebenarnya saya takut nak tanam rumput filipin sbb dulu masa di tloh saya tanam rumput karpet ia, belapis2, liat untuk dipotong. Tp saya silap itu karpet lain ini rumput karpet filipin, tp yg eloknuya karpet jepun, tp mahal. sekeping 10 ringgit , tak mampu pulak.


Jadi beginilah kalau org yg kita belai2 tapi mengecewakan, hi....hi.. so saya tanam celah2 rumput mutiara tu dengan rumput carpet. Nanti bila rumput karpet tu menjalar saya akan buang rumput mutiara tu. Padan muka ko, tu lah akibatnya kalau manja sangat.

Kalau ada rezeki nanti sy akan beli rumput karpet jepun pula, laman luas , bahagian belakang langsung belum di bangunkan, xcukup modal. Bahagian kiri rumah pun masih tebiar. Seeloknya saya akan beli di Sg Buloh, sana murah, kalau di kuantan rumput Jepun ni rm8 gitu , ada rm10.
Rumput jepun lg cantik, halus daunnya, lambat panjang, walaupun lambat membesar. Kalau dibandingkan dgn rumput filipin ia lebih cepat menjalar.

Ok disini saya nak senaraikan keburukan rumput mutiara ni. Ini pendapat sayalah, harap jgn marah, mungkin ada yg suka dgn rumput mutiara ni, mungkin tanah dan suasana laman mereka sesuai dgn mutiara.

1. Warnanya tak secantik rumput karpet, hijau pekat

2. Semut suka bersarang di rumput mutiara

3. Tak tahan panas terik

4. Kena kerap siram.

5. Ia kalah dgn rumput liar

Semuga laman ku cantik menghijau. Aamiin.

2 comments:

  1. Ooo.. rumput mutiara tu jadi macam tu sebab tanah tu. sy nampak macam tanah tu berbatu-batu kecil... kalau boleh korek batu2 kecil tu selapis kat atas tu pastu letak tanah lain selapis.. mesti dia naik tak berenti... insyaAllah.. Allahualam

    ReplyDelete
  2. sebelum menanam rumput karpet, jenis lapisan yg mcm mana mesti disiapkan terlebih dahulu..pasir atau tanah baja?

    ReplyDelete