Baru ni semasa jamuan hariraya di rumah, kami tempah tapai , eh org panggil tapai beras kan. sy pun tak pasti kalau org belah temerloh ni panggil tapai beras, kalau yg guna ubi kayu tu tapai ubi kayu. Tapai beras ni biasanya letak dalam daun getah.
Tapai ni banyak lebih, so teringatlah akan resepi kawan saya bagi ni , Apam Air Tapai. Tapi air tapai nya sikit je, kuar dari daun getah tu, sy pun ubah2 je resepi tu, org kata menderhaka pada resepi. Kalau ikut resepinya 1 cawan air tapai.
dlm loyang
Dalam acuan
Campur eno sikit
resepinya
1 kampit tpg beras
1 cwn air kelapa
1 cwn air tapai
1 cwn air
1 cwn gula
Blend gula dan air . Tuang dalam tepung , masukkan air kelapa dan air tapai bancuh sebati. Perap 5 jam. Bila nak kukus ambik 1/3 bahagian letak eno, saya agak2 separuh eno tu. kacau rata2 terus letak dlm acuan. Air kukusan panaskan dulu ye. terus letak apam tu. Siap
Tapi resepi derhaka saya ni tanpa air tapai. Saya blen tapai tu tambah lg setengah cawan. Bila kukus apam bantat . hi...hi. pastu saya tambah 1 cwn air , pada baki tapai tadi dan jg masukkan eno, kukus, haaaa baru jadik. elok, sgt sedap. Lain kali kalau nak dapt air tapai kena tepon kawan yg buat tapai, sebab org yg jual tapai dia akan buang jg air tapai tu, tp kawan yg duk kl dia kata di pasar2 ada org jual.
Ok selamat mencuba.
ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
ReplyDeletedapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q