Sepanjang raya haji ni orang sebok korban tapi saya sebok dgn sekor stray cat ni, Stray cat ni belakang rumah jiran saya, dia seorang yg berkejaya tp sangat menyanyangi kucing dan selalu beri makan stray cat. Ada sekor warna oren so dia panggil oren dah beranak 4 ekor, saya pun pegilah melihat anaknya, eee mmg dah agak besar, kena spay cepat ni, kalau tidak mengandung lagi. Sebelum raya haji tu mmg saya bercadang kena bawa juga kklinik. Nasib baiklah oren tak liar jadi senang menangkapnya pg tu, dia mengiau sikit aje dalam sangkar dan mencakar2 nak keluar sian pulak. Tp lepas tu dia diam aje. Jam 5.00 ptg tu doc telefon suruh ambil dan terus lepaskan di belakang rumah untuk jumpa anak2 dia semula. Memang risau sangat sebab lepas operet lepas gitu aje, kalau kcg sendiri boleh pantau dan duduk kawasan rumah aje.
Jadi hanya doa aje untuk oren, supaya kesan operet tu sembuh dgn cepat. Hari esoknya pegi tengok dia sihat aje, hari lusa pun gi tengok oren dan anak2 nya hilang entah kemana. Besoknya lagi gi tengok lebih jauh lagi rupa dia duduk belakang rumah org lain pula, risaunya tuhan aje yg tau terus saya dukung dan dah ready bawa kain lembab yg bersih dan lap tempat operetnya, mmg kotor dah kehitaman maklumlah baring mereta tempaat, tapi kesan jait tu dah elok. Itulah berkat doa siang malam untuk oren. Saya kalau ada masalah itu aje yg saya buat selain usaha. doa...doa...doa... lepas solat atau bila teringatkan oren terus doa supaya cepat sembuh kesan operet tu.
Jiran saya ni pun tak tau ada subsidi kalau kita vaksin, spay, neuter kucing jalanan, kcg peliharaan yg kita beli dan ambil dri org tak leh tau. Ini pun first time saya cuba, kwan yg beritahu, mula2 takut juga sbb resit dri klinik tu tak di cop, Rupanya cukup senang semudah ABC. Gambar yg saya ambil pun x clear, maklumlah kcg tu liarkan.
Dulu2 saya pernah nak cerita pasal subsidi ni jadi inilah ceritanya . Senang sangat cuma emeilkan chankahyein@gmail.com. dia akan jwb dgn cepat berserta borang, pas tu print borang, ambil gambar kucing sebelum dan selepas. emeilkan pastu poskan borang yg telah dipenuhi berserta resit dari klinik tempat kcg tu operet.
Gambar sebelum, sebenarnya x perlu tunjuk perut kcg camtu, ambil dia dlm keadaan biasa aje asalkan nampak muka kcg tu. Kita boleh layari website myanimalcare.org. disini kita boleh tengok macam2 cerita dan gambar kucing dan anjing yg telah dispay.
Gambar selepasTak jelas pun gambar nya tapi mungkin niat tu betul akhirnya berjaya juga
Yeey, alhamdulillah duit sebanyak 100 dah masuk akaun, tengok tu emeil dari myanimalcare, mmg cepat betullah kata kawan. Meh la cuba, kita pakat kasikan yg jantan dan betina supaya berkurangan kcg jalanan. Nak kata hapuskan mustahil pulakkan. Subsidi ni dr januari thn ni lg tapi tak tau. Saya spay kcg ni 120, tp bila di operet doc kata dan mengawan so kena cucilah tambah 30 lg jadi kenalah saya menambah 50. Nak buat camna, itulah kcg mmg cepat mengawan walaupun anak masih menyusu.
Kalau ramai manusia yg bekerjasama menjaga kucing jalanan tentu jumlahnya makin berkurang, tapi untuk menyedarkan manusia ni bukannya senang, ada kata berdosa, sebenarnya kalau kita dengar ustaz kata mengkasikan haiwan berdosa mmg benar tp ada pendapat pula di bolehkan mengkasikan haiwan demi kemaslahan masyarakat dan tidak memudaraatkan haiwan. Haiwan yg telah dikasi mereka akan sihat, kalau beranak setiap tahun mcm2 penyakit juga. Sebelum ni saya x pernah mengkasi kucing jantan, bila dia besar dah nak mengawan dia da pandai spray sana sini, mulalah dia jadi haiwan terbiar sebb saya cuma beri makan lepas tu halau jauh, bila lapar dia balik minta makan, lepas tu halau lg tak boleh masuk rumah, itu dulu, tp sekarang kcg jantan bila di kasikan dia amat manja, dia tak jadi gelandangan lagi. Itulah lepas saya dengar nasihat kawan. Kalau dengan cakap org lain pula ceritanya, dia kata kcg jantan lepas kasi jadi lembab, tak aktif, tipulah kcg saya sangat aktif, bergurau, lepas tu jalan sana sini,
Untuk mengurangkan kcg jalanan ni mesti ada kerjasama gomen juga sebenarnya, tp org gomen ni mcm tak sedar tentang masalah haiwan, sedang manusia yg susah pun mereka tak nampak. Sepatutnya mereka buat iklah dimana2 media cetak ke, atau buat poster besar di merata tempat macam iklah dadah atau rokok tu, MEROKOK MERBAHAYAKAN KESIHATAN, " HAPUSKAN NAJIS DADAH" Cuba buat iklan LINDUNGILAH HAIWAN JALANAN, Dan buat juga macam talian TELEDRA tu kalau ada haiwan disiksa atau memerlukan pertolongan telefon no.......... sekarang. Oklah nampak gayanya kena wujud satu jawatan menteri pulak namanya menteri Haiwan, tp gelak pula kan menteri tu haiwan ke? Ni kena tukar PM ni pilihan raya lg sekali. PM yg lebih prihatin terhadap manusia juga haiwan. Kalau2 ade org bace ni mampusla penulis ni, tapi siapalah pembaca blog buduh2 ni.
salam kak..saya nak tanya..akak tau tak mana2 pusat jagaan untuk kucing terbiar dekat kuantan ni?kalau ada boleh bg dekat saya tak..sbb saya terjumpa sekor anak kucing ni depan umah sewa.kesian tgk condtion die yg kotor and tak terurus..saya pulak memang tak biasa nak uruskan kucing..nak dibiarkan kesian..
ReplyDeleteKuantan mmg tiada tempat haiwan terbiar, kalau terjumpa kcg kena jaga sendirila atau tanya kekawan yg leh tolong.
Delete