Tengoklah sangkar kucing yg putih tu terok sangat dah kan.....Tapi bayak jasanya, umurnya dah hampir 20 thn, yelah umur abang pun dah 15 tahun rasaya beli sangkar tu masa abang kecil lagi. L/kurag umur abangla tu Semalam saya beli sangkar yg warna pink tu dengan harga 55 ringgit rasanya. Kira oklah saiznya besar juga, kalau yg saiz kecil tu harga 43 tp saya pilih yg ni selesa lah kucing2 saya ketika duk dalam tu untuk di bawa keklinik. Sangkar ni untuk kurung kejap aje, x sesuai utuk di kurung lama2.
Sebenarnya kucing dirumah ni mmg tak dikurung mereka bebas aje nak kemana, sian pulak kalau berkurung, cuba kalau kita dikurung dalam bilik sepanjang hari mcmmana rasanya. Lg pun doktor kata kucing dikurung ni x sihat, sbab hidup mereka tiada aktiviti. Kalau makan, tidur aje mane sihat, kucing pun kena jalan2, belari, untuk mengelakkan obesiti, darah tinggi dsb.
Nak jadi model pulak si ayan ni.
Si ayan dah nak tido, tak tau camna adik bagi nama ayan, rasaya masa tu adik nak tulis nama ayam tapi tertulis ayan, jadi kucing tu pun mmg dah merayau kat luar tu minta permit jd penduduk tetap. Terus je paggil ayan. Ayan ni kucing jiran sebelah. Tapi ayan lebih suka duduk disini, mungkin sbb layanan lebih kot. Kadang ttu manusia ni susah juga nak cakap, perangai masing2kan. Sepatutnya pg2 lagi dah tau time kucing makan berilah makan, ni tidak ikut suka hati je, bayangkan perut sendiri kalau jam 12 masih blm makan tentu dah lapar kan? Tak apelah ayan duk lah kat sini.
Mengada
Uman kata ngapa lak ayan ni ada rumah baru. mana rumah baru saya
Ini lah barang2 kami bershopping di Sookie's Store, seratus lebih gaklah berhabis sangkar 50 lebih, wet food dan cats eye. Ni nak beritahu cats eye tu sangat elok untuk kucing harganya 10 sekampit tu mahal sikit aje dari freskies atau whiskas dll kat pasaraya tu. Kalau yg nama royal canin tu lagi mahal, tak mampu pulakkan. Mula doc kata kalau makan cats eye ni kucing akan sihat sbb dia akan muntahkan bulu2 dalam perut dia tu. (hairball) kucing saya makan ni mereka muntah balik dan keluarlah bulu2 yng mereka jilat tu.
Ok, kalau nak bershoping di sookies store secara online pun boleh, tengok di sini
Dan kalau nak baca macam2 cerita tentang kucing bacalah di blog Iz ini di sini ye, banyak cerita sedih dan gembira yg boleh kita baca. Pengalaman seorang pencinta kucing. Katanya di bulan puasa baru2 ni 8 ekor kcg termasuk yg patah kaki org buang depan kedai. Juga anak kucing yg dipenuhi tahi mata dan buta juga dihantar depan kedainya. Baru2ni Iz pasang CCTV depan kedainya, siap tulis perbuatan anda di rakam oleh CCTV. Kenapa ? boleh repot polis ke, dan org yg buang kucing depan kedai tu boleh kena tangkap dan dihukum ke?. Entahlah..... orang yg baik selalu orang ambil kesempatan. sian kan... jangan kita ambil kesempatan atas kebaikan orang ye...jgn fikir senang kita aje, masalah timbun kat org lain. Dulu sookies ni berniaga rumah kerumah aje dan online, kalau nak brg phone aje, dia antar kerumah , sekarang ni dia dah buka kedai, x cukup satu kedai, buka sebelah lagi dah tak muat dgn berbagai barangan kucing. Murah rezeki, mungkin org antar kucig dan segala kucing cacat tu, rezeki namanya.
Masa g kedai sookie tu Iz kasi pamplet ni. nantilah cite, cite ni panjang untuk pencinta2 haiwan, iaitu subsidi kasikan haiwan.
alahai kesiannya. Terima kasih sebab bantu dia.
ReplyDeleteSangkar kucing