Kenapa di nama kan Misteri. Kami baru berpindah di kawasan baru ni, rumah kami mmg dekat dengan masjid. Memang somi dah lama mencari rumah yg berdekatan dgn masjid. Maklumlah dah semakin tua ni, seeloknya kita selalu kena solat berjemaah. Kubur pun tak jauh dari kawasan rumah kami. Jadi senanglah nnti kan. dari rumah besar berpindah ke rumah kecil. hi...hi...
Selapas kami berpindah ke sini, saya mmg selalu gi masjid, dan terlihatlah suasana yg biasa kita lihat. Kucing2 mmg ada di situ. Orang suka menghantar kucing ke Masjid, Wahai manusia, kucing tak solat ye, tp anda tu kena bersolat , berjemaah lg elok. Kucing di situ ada dalam 5 or 6 ekor gitu. Tp penduduk kawasan ni prihatin, mmg ada 2 , 3 orang yg cukup sayang dgn kucing, dan slalu bawa makanan dri rumah utk makanan meow ni. Selpas saya duduk di sini 4 or 5 bulan kucing masjid yg 3 ekor menetap di rumah saya, masa tu tau perangai kucing2 ni. Tp selepas tinggal di sini lama baru tau yg 3 ekor ni samseng skit, rupanya kucing yg warna kelabu ni, duduk di kubur sahaja, dan ada lah yg kesian antar makanan sekali sekalli. Kata Leha ni kucing ni dulu kurus kering. Dia yg bawa makanan masa ada kelas mengaji, ke fardhu ain ke, sebab sebelah kubur tu ada bangunan Bina Insan. Kelas tempat kaum wanita belajar ugama atau masak. Selepas kucing 3 ekor tu menetap dirumah saya , ketiganya jantan, saya namakan Titel, Tot, Smuffi.
Bila ketiga tu dah tiada maka Misteri tinggal di masjid, jadi amat selesa sekali. makan dan tidur selesa. Masjid tu pula separuh kayu , mmg selesa. Dia pun dah gemuk.
Ini lah Misteri, comelkan. Kesian jg dia duk masjid, niathati kalau kcg kat umah ni pegi , nak ambilnya sebagi penganti. tp Kat umah ni dah 9, tak sanggup dah. Tp semalam jumaat petang masa nak bg makan mesteri tak ada. Saya agak masa sembahyang jumaat tu ada org ambik. Sbb masa mula pindah sini saya nampak budah2 tahfiz bawa sekor kucing balik asrama derong. harap mereka jaga dengan baik , nnti lah jumaat depan nak tanya budak2 tahfiz tu, Sedih sangat, rasa sunyi, klu tidak petang2 bagi mkn . Oh ye lupa nak cite mesteri dapat dinamakan misteri sebb dia penuh misteri, masa duk di kubur dulu. mcam2 si Leha tu citer, entahlah. Katanya bila ada org di kebumikan di kubur tersebut Misteri hilang sehingga 4 , 5 hari. Misteri pernah beranak sebanyak 2 kali, tp anak nya tak tau kemana. Begitulah citer leha ni. Saya org baru tu tanya juga sejarah misteri ni. Saya nak mandulkan tp Misteri tak mengandung, kcg jantan mmg ada duk masjid tu, tunggu je , makan pun bedua. Bila tanya doc , doc kata kucing betina susah nak tau, tambahan pula jahitannya kemas, So tak perlu buat, pantau aje, lagi pun dia sihat kan...
No comments:
Post a Comment