Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Wednesday, June 7, 2017

Bulat nama Kucing gelandangan di Anjung selera.

Ini kisah kucing gelandangan, Kucing yg warna putih dan tompok2 ni aku tak tau nak nama kan apa. Bila bercerita sesama kawan di kawasan perumahan aku, kami panggil Kucing Yg Muka Kesian. Panjang sangat namanya kan.  Nama tu sebab muka dia nampak sedih. Tapi aku tukar kepada nama Bulat sebb gemuk dan bulat badannya. Dia jadi gemuk mungkin makan ayam hari2. Orang restoren tu bagi kepala ayam dan leher ayam. Begitulah ceritanya, aku sendiri yg interview tuan punya kedai makan tu.

Aku pun taktau sudah berapa lama dia duduk di anjung selera tu. anjung selera ialah kawasan kedai makan, yang mengandungi banyak kedai makan. dari pagi hingga kemalam mereka berjualan di situ. Bila aku nampak Bulat mengandung, tp bila beranak tak tau gi mana. Lepas tu mengadung lagi.  Puas aku ngintip, tp akhirnya tahun lepas iaitu thn 2016 aku nampak dia dan 4 ekor anak2nya. Bila anaknya boleh makan aku bawa ke klinik utk pemandulan. Umur bulat sudah tua kata Doc, dia duk di anjung tu rasanya dah   6 or tujuh gitu, entahlah... aku tak berapa ingat. Bila saja aku pindah baru aku berpeluang bawa Bulat tinggal bersama aku. Kesian sgt dgn bulat, tpi kini Bulan telah bertuan. Dia pun mengada2 , bergurau pun pandai,

Ni akku simpan lagi iklan kat group Kucing Kuantan.  Selepas iklan ni tiada siapa yg nak , tiada sambutan langsung.


Ni gambar lama semasa Bulat dan anaknya duduk di Anjung selera  lagi. Bulat melahirkan 4 ekor anak, tapi masa anaknya putus susu maknanya dah bloh makan, 2 ekor anaknya hilang, tinggal 2 lg tpi sebulan lps operet tu 2 ekor lagi anaknya hilang. Harap2 anaknya selamt bersama tuan yg penyanyang.

        Ni anak bulat, hilang entah kemana.... semuga selamat bersama tuan yg penyanyang




Tengok Bulat sekarang, mengada2, Bulat happy kami pun happy. Pemakanannya kena jaga tak bleh makan lemak ayam lg, Amin



No comments:

Post a Comment