Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Sunday, May 21, 2017

Menanam Rumput Di kawasan Halaman Rumah

Lama betul tak menulis, padahal banyak cerita yg di kongsi, maklum kami baru berpindah ke rumah baru. Kasawan baru ni mmg luas, kebutulan saya pun mmg minat berkebun. Tapi kawasan baru ni luas sangat , rasanya saya mmg tak suka, hi..hi.. banyak sebab saya tak suka, sebab masa saya untuk memasak dan mengemas rumah telah di ambil oleh LAMAN. hi..hi. Sebenarnya saya suka laman yg terhad aja, agak-agak boleh menanam serai serumpun, kunyit serumpun, lada 4 or 5 pokok, mangga sepokok dah lah. Depan rumah pulak cukuplah 2 batang pokok peneduh. Tp hajat suami nak beli tanah yg luas, nak buat gone, ikut ajelah. Sbab duit dia, minat dia, dia mmg bersungguh nak beli tanah ni sebeb berdekatan dgn masjid.

Jadi bila dah duduk kawasan yg luas ni kena rancang betul2 supaya tak penat menjaga pokok2, So saya ambil keputusan tanam pokok hiasan dan pokok peneduh yg tak gugur daunnya. Jgan harap nak tanam pokok nangka , mangga, rambutan, pokok ni tanam di belakang je, kalau depan rumah mmg penat , daun gugur kemudian ditiup angin.  Hisss penat. 

Jadi saya pun pegi nersery, servey rumput, dan banyak juga dr bahan bacaan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dgn rumput.  Yg pertama tak nak rumput yang berkumuncup, kena mesin tu yg paling tak nak. Bila ke nersery ada beberapa jenis rumput, Nak pendekkan cerita saya pilih rumput mutiara, senang katanya tak perlu trim. Kan.... senang. 

Dulu masa duduk di temerloh, saya tanam rumput karpet, rumput halus dan cantik bila pandangan dari jauh. Makllum ia halus dan colour hijaunya lebih lembut kalau dari jauh mcm color sawah padi.  Tp rumput karpet ni bila tumbuh tempat tanahnya subur, tempat teduh, ia akan panjang, Bukan saja panjang ia berlapis2 agak susah masa memotong dgn mesin. Bila bersembang dgn nursery, mereka kata rumput filipina, tau nama lainnya rumput karpet. Saya berminat nak tanam rumput golf atau nama lainnya rumput bermuda, tp serata nursery tak de di Kuantan ni.  Kena tunggu derong oder dulu.  Untuk memudahkan keje, saya beli rumput mutiara, Harga 2.50 satu papan, kelebarannya 2 kaki x 1 kaki.



Tu rupanya rumput mutiara, mmg sama dgn cow grass, atau rumput padang bola, cuma tak de kemuncup. dan yg paling penting tak perlu trim.




Bila menanam rumput ni mula2 rasa rumput ni dah mati, kering dan warna perang, warna rumput mati tu lah. Ia mmg gitu kita siram je kalau musim panas 2 kali sehari, kalau ujan ok relak lah. Bila dua bulan baru rumput menjalar gini macam gambar atas tu, agaknya dalam tempoh sebulan tu akarnya baru nak melekat kat tanah.


Gini saya menanamnya, jarang2, nak jimat, hi..hi. maklum tanah luaskan, tak tau lah berapa bulan ia akan bercantum. Amin.


No comments:

Post a Comment