Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Monday, March 17, 2014

Resepi kuih bom bijan

Apa sebenarnya nama kuih ni, cuba2 juga cari lebih kurang namanya macam tulah,

Resepinya
300 gm ubi kentang
360 gm tpg pulut
150 gm gula
80 gm tpg gandum
air 200 ml

kentang rebus, lecek , semasa panas tu campur dlm tpg, Tepung pulut dan tpg gandum gula satukan. Pastu masuk air gaul menjadi doh.

masukkan inti dan goreng setengah masak kemudian sejukkan dan boleh masuk dlm plastik untuk frozenkan, bila nak makan goreng aje dengan api sederhana sampai betul2 masak.


Gaulkan

Sedia untuk di frozenkan, Bila sebut pasal frozen, sekarang ni mmg banyak kuih muih difrozenkan, di kuantan ni mereka mengusahakan dirumah, senang aje boleh gi beli, macam2 temosa, donat, karipap, pau goreng. Saya pun membelilah juga kuih frozen ni untuk menyenangkan keje, kalau anak2 nak gi sekolah pagi, goreng aje, tidaklah asyik nugget aje, makanan x sihat tu. Rasanya housewife macam kami pun nak relex gak, ada rasa penat, tapi x boleh rehat gak, satu hari tu saya makan karipap empat ketul sbb lapar sangat, intinya sedap gak tp agak manis, apa lagi lepas makan tu hidung rasa gatal2, kepala pun dah rasa nak pening. Memang hidng ni mmg sangat sensitif kalau ada bahan awet ke, udang kering ke, akhirnya housewife x boleh rehat gak kena kedapur memanjang, namapun housewife, nasiblah.  Semuanya frozen kuih bom, donat dan karipap (x sempat bergambar karipap frozen) buat sendiri hasil google menggoogle. Jadi pun.

 Saya pulak kalau buat kuih malasnya nak menimbang, suka buat kuih macam orang dulu2, pakai guna sukatan senduk, mangkuk, atau gelas, lagi senang.  Kuih bom ni kalau malas guna sukatan diatas, guna cara ni insyaallah jadi juga,

Tepung beras setengah kampit
kentang 2 biji (sederhana besar0
Tepung gandum 3 sudu besar
gula sesenduk penuh (senduk nasi macam kat atas tu)
air agak2 je. sampai tepung jadi doh yg x lembik

Senang kan.

Intinya boleh buat awal untuk memudahkan keje.

No comments:

Post a Comment