Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Friday, February 8, 2013

Kucing Kucing Jalanan

kalau nak cerita pasal kucing memang tak habis. seingat saya dari kecil sampai kehari ini kucing2 sentiasa ada disekeliling kami.  Kucing pelihara kami semuanya kucing biasa, org panggil kucing kampung bukannya kucing yg bulu panjang yg lawa2 tu. Tapi kucing biasa pun comel juga bah sangat comel dan suka bergurau.
Gambar dibawah ni baru aje bela, tak tau macam mana boleh berada depan rumah, orang buang ke, dia datang sendiri ke jadi ambil kata mudah Allah yg menghantar untuk menguji kita.  Dah sebulan menjaganya datang pulak 3 lagi anak kucing yg masih kecil tp ada gigi dah, makna nya dah boleh makan, tp lebih baik kalau ada ibu sbb sdg usia begini dia perlukan ibu kalau nak tidur, dan masih menyusu. Yang sedang berposing di bawah tu warna nya kelabu panggil Bubu aje.  oleh kerana dah x larat menjaga kerana di rumah pun dah ada saya cuba iklankan di KTAJ, page kuantan dan Kuantan Rescue  Animal ke namanya (tak pasti lak nanti cek). Kat Dunia Kucing pun iklan. ada sorang phone mula2 nak lepas tu x jadi lak.

Ini bubu sbb bulu dia kelabu.
Dh buat iklan Kucing Terbiar Anjing Jalanan, tp tak ade siapa yg hendak, cuba kalau iklan kambing ke lembu percuma berebut yg hendak. itulah manusia mementingkan kebendaan.



Sedang bergurau dgn adik2 baru nya. Yg warna hitam tu Pama namanya, masa mula jumpa depan Seven Eleven, dia masih kecil dan penuh kurap kepala dia, dahinya keras dek kurap tp badan dia masih belum berkurap tp kulit nya dah berkuping maknanya dah nak berjangkit kearah badan.  Tp kini bulunya cantik berkilat, dah gemuk, nakal pulak tu.

Nama nya pama
Ini lak namanya putet. Putet ni kami dah pelihara selama 7 tahun. masa mula jmpa tu kecil macam yg 3 ekor tadi. Pernah beranak sekali tapi lepas tu kembirikan dia. kita kena sama2 mengingati antara satu sama lain, kucing betina hendaklah kembirikan (mandulkan), kalau kesian tp beri makan aje x guna, jadi ambil kucing tu bawa keklinik mandulkan dgn minta subsidi di KTAJ, tau apebenda tu Haaa itulah satu pertubuhan menyelamatkan kucing terbiar, sila buka di My blog list . Kalau kita kaya x payah minta subsidi, guna duit sendiri aje kos pemandulan tu kalau di klinik kerajaan 100 aje, tp prosesnya lambat, kalau swasta di ktn ni 120 aje.
Kita kena usaha mandulkan itulah kempen dr KTAJ, pusat jagaan kucing, dll pertubuhan menyelamatkan kucing ni, sbb sekor kucing betina terbiar yg tidak dimandulkan akan menyebabkan beratus2 anak kucing terbiar lagi hidup mereka amat menyedihkan, seperti x cukup makan, berkurap hidup merata2, lepas tu dikutip oleh DBKL kalau DBKL terima aduan dri rstoren, dikurung DBKL sampai tempoh disuntik bagi mati. Zalim kan? jadi selamatkan kcg terbiar dgn mandulkannya.

9 comments:

  1. salam kak... ad lagi tak cinonet ni di rumah? saya tgh cari sekor utk teman si putih sy kat rumah..adik2 dah 3 mggu x balik sian dia makan pun tak lalu, kena berteman...

    ReplyDelete
  2. sorry raona, baru perasan ada comment kt sini, akak dah bagi dekat kawan anak2 yg bertiga beradik tu, nanti kalu nak bg tau akak ok.

    ReplyDelete
  3. KUCING NK BG FREE SY NK BUANG 0173703007 KITTEN 3 EKOR YG BESAR 3 EKOR ...SYA KENA PINDAH KEJE .....DUK HOSTEL..

    ReplyDelete
  4. siannya sebelum buang fikir cara lain iklan di page ktn, CARE, fb Dunia kucing, fb kakimotong atau tanya kekawan dulu. Di negara kita ni berlaku limpahan kcg jalanan, cuba spay dan neuterkan kcg supaya tidak membiak, so kalau buang kcg tu dah dispay so x membiak lagi, so berkuranglah kcg jalanan yg berkurap, kurus kering, bertahi mata dan mcm2 lg.

    ReplyDelete
  5. Saya ada saekor ibu dan 4 ekor anak kucing yang dibuang orang dihadapan rumah saya. Saya jarang ada dirumah. Siapa yang berminat untuk membela kucing sila email saya hanida89@gmail.com atau WhatsApp saya ke no. 012-7920630

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik, hubungi Kelab Kucing Kuantan. maksud saya fb kelab kucing kuantan. Mereka akan resq kucing2 yg bermasalah. Lg senang kalau en. ambil gambar kucing tu kemudian post ke KKK.

      Delete
  6. Salam kak,nk kucing tak? sy ada anak kucing 4 ekor, baru je kena tinggal ibu. ibu dia tk balik rumah dah.smua kucing blm buka mata.apa@ contact sy 0179402153

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf kcg saya dah banyak. Elok ibu kucing tu awak mandulkan. cepat gi buat oppoitmen dgn doc, nnti dia ngandung lagi

      Delete