Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Monday, March 25, 2013

kucing jalanan dan PTS (Put To Sleep)

Tak habis2 lagi nak melalut pasal kucing, Bila baca blog Papa Hero rasa macam sakit hati sangat, sakit hati kat siapa ye.... siapa lagi pada orang2 yg kejamlah pada kucing dan anjing. Kucing2 dan anjing di tangkap bila terima aduan dri mana2 pihak, dikurung kemudian di PTS. Tau apa PTS tu, maknanya suntik haiwan tu bagi mati.  yg selalu buat aduan tu tokey2 restoren lah. Seperti cerita papa hero anjing kwsn taman perumahan dia ditangkap Majlis daerah kajang. Anjing tu ditangkap kalau x dituntut dlm 7 hari anjing tu akan dilupuskan (PTS). Sekarang ni geng papa hero menyelamatkan kcg dan anjing di pusat kurungan DBKL pula..Di kuantan pula sekarang ni start 18 mac sampai 21 mac rasanya (kalau silap maaf) MPK (maj perbandaran Kuantan) menangkap anjing, agak nya dikurung kemudian dilupuskan.

Dalam harian metro pulak anjing2 dari pasukan berunifom iaitu Polis, jabatan kastam, ATM juga dilupuskan, dapt bantahan dari pecinta2 haiwan, tp mereka jawap anjing ni kena lupus sbb umur anjing dah 11 thun menyamai umur manusia umur 60 or 70 thn. Anjing tu dah ada berbagai penyakit. Ada org yg baik hati nak anjing tu mereka x bagi sebab itu syarat pasukan berunifom, tak boleh serah anjing yg terlatih ni pd sesiapa. Kejamkan...(siapa mereka2 tu, entahlah cari jawapan sendiri).
Harian metro 20 Mac. anjing2 di PTS, sian kan



Wahai mereka2 yang membuat undang2, meluluskan undang2 semua tu, hanya Allah yg berhak mengambil nyawa mahluk didunia ini, manusia tak berhak mengambil nyawa haiwan2 macam tu.Terimalah balasan diakhirat nanti. Itulah sebabnya pemerintah negara perlulah org yg mengetahui hukum hakam agama barulah tahu itu dosa ini pahala. Diakhirat nanti kita akan saling salah menyalah, macam pekerja akan menyalahkan majikan, yg tukang suntik tu kata dia menerima arahan dri pegawai atasan, peg atasan pulak kata pegawai di DBKL arah suntik, lepas tu DBKL kata kerajaan dah bagi arahan, entahlah..... tp mahkamah ahkirat sangat adil x macam mahkamah disini boleh rasuah2.

Di mahkamah akhirat nanti anak dengan ibubapa pun saling salah menyalah, kalau didunia ni punyalah sayangnya anak pada ibu, dan ibubapa lak sayangnya dgn anak, tp disana nanti bila ditanya akan dosa2 yang dilakukan, anak akan menyalahkan ibubapa tak ajar, isteri pula menyalahkan suami tak beri didikan. Itu baru suami, ketua keluarga, macamma agaknya pemimpin negara anak, isteri, rakyat jelata. Nak kira timbangan punyalah lamanya.

Berbalik cerita tentang PTS tadi, sepatutnya kerajaan kena hapuskan, sekarang ni KTAJ dan lain pertubuhan NGO macam Papahero dah tubuhkan Aktivis Haiwan Terbiar (kalau x silaplah) Beliau skrg ni berjuang mengeluarkan haiwan dlm kurungann DBKL. Pertubuhan2 ni berkempen untuk kasikan haiwan2 supaya populasi haiwan jalanan berkurangan. Bukannya bunuh haiwan untuk kurangkan populasi. Kalau org yg buta mata dan pekak tellinga tentu ketawa dgn kerja2 papahero tu. Biasanya tokey2 restorenlah yg buat repot, kononnya haiwan terbiar ni kacau kedai diorang menyebabkan pelanggan lari. Sebenarnya kalau tokey ni buat baik dgn haiwan lg ramai org dtg. Rasulullah sangat mengasihai haiwan, anjing sekalipun. Sebuah hadis seorang lelaki masuk syurga kerana beri anjing minum.  Kita beri makan haiwan itu sedekah sebenarnya. Walaupun kita tak kaya macam saya nni tak ada duit berjuta2, kereta menjalar walau pun dah pelihara kucing sejak dulu. Tapi sangat bersyukur dengan keadaan macam ni. Rasanya rezeki dah melimpah ruah Allah bagi, misalnya dikurniakan anak yg ramai, anak yg baik2, bijak2, itupun rezekikan. Dikurniakan hidup yg bahagia juga rezeki, tiada masalah, dikurniakan kesihatan yg baik itupun rezeki. Cuba kalau dapat anak bermasalah tak ke pening kepala dibuatnya. atau diberi penyakit yg kronik, tentu kita stress dan masa terbuang duit terbuang kerana rawatan yg terpaksa dibuat. Jadi alhamdulillah... semua ni kerana kita iklas menolong haiwan2.

Ada org yg alim (sebenarnya ilmu agama dia cetek juga) tak suka pelihara kucing dalam rumah katanya macammana nak sembahyang, tak sah solat kita. Salah tu. kalau kita beli majalah AL Ustaz bulan Mac ia mengupas banyak perkara tentang pelihara haiwan ni.  Islam sangat mudah sebenarnya yg jadi susah tu sbb ilmu agama tak cukup.

Inilah majalah al ustaz.

Entah ape2 mengomel macam mak nenek pulak, tak pe blog ni bukan ada folower pun sapelah nak baca, kalau blog popular menulis mcm ni teruk kena marah dek orang gomen. Pandai2 kata undang2 dia tak betul. Pandai pulak kata PTS tu berdosa, tapi mmg berdosa pun. Allah saja berhak mengambil nyawa mahluknya. Amin....

9 comments:

  1. Saya pembaca setia blog ini...ada follower la tu maknanya... =p

    Mak Andak suka bela kucing eh..? Bagusnya...

    Membunuh binatang memang salah. Terang-terangan salah.. Melainkan ada kemudaratan la.. Seperti merebakkan penyakit merbahaya ke...Itu pun melupuskan hanya yang "bermasalah" sahaja! Tapi kalau semua anjing dan kucing ditangkap lepas tu dilupuskan.. memang lah menganiaya namanya..

    Allah sahaja berhak mengambil nyawa makhluknya..
    Itu betul..

    ReplyDelete
  2. Mekasih diana sudi baca blog yg entah ape2 ni, sbnarnya byk cerita pasal famili aje, ade sesekali terpaksa meluahkan perasaan.he..he..
    Maksud melupuskan haiwan 'bermasalah' kata diana. Sebenarnya haiwan yg "berbahaya dan merosakkan". Kalau kata haiwan bermasalah mmg kcing yg selalu bawa masalah pd tokey restoren.. he. he. Cicak tak beri masalah pd tokey2 ni,

    Haiwan yg wajib dibunuh tidak boleh dibela. Haiwan yg tidak wajib dibunuh halal dibela. Dalam sebuah hadis Nabi menyebut '5 haiwan perosak mesti dibunuh
    1. ular
    2. gagak
    3. tikus
    4. Anjing gila
    5. Cicak
    dan ulama bersepakat kala jengking dan labah2 berbisa termasuk dlm perosak. Selain dr kelima2 haiwan ini harus dibela. Haiwan yg lima ini haram dibela.Dlm islam juga diajar cara membunuh haiwan ini, Rasullah menyuruh memperlelokkan cara membunuh jgn menyeksa haiwan. Rasulullah bersabda cicak meniupkan api ketika Nabi Ibrahim dibakar, so bunuh cicak dgn satu pukulan terus mati 100 kebajikan, tapi 2 kali pukulan baru mati 70 kebajikan. Aminnnnnn...

    ReplyDelete
  3. Seronok membaca..lagi-lagi perkongsian yang menggembirakan.. buatkan hari saya pun gembira je... =)

    Mendalam penjelasan tu... Terima kasih mak Andak..hiihi..

    Baru lah saya tahu nak membunuh binatang yang boleh dibunuh pun ada caranya...

    Cetek betul pengetahuan..

    Indahnya ajaran Islam kan...?

    ReplyDelete
  4. Salam Sal....Nekcik beli majalah tu pun pawal ada gambar kucing tu..Nekcik ada 6 ekor semuanya..asal sekor tapi rajin pulak beranak..iyalah ..comey ramailah yang tergila gila...letih nak bela ramai ni..nak bagi orang tak sampai hati nak pisahkan mereka...Beli kandang 3 tingkat untuk mereka..sbb nekcik tak suka diorang kat luar...lepaskan main main dlama rumah..nnti masuk kandang...bagi dia poo poo!!!

    ReplyDelete
  5. walaikum salam, mekasih sudi baca blog ni, betul tu siankan kalau pisahkan mereka, bayangkan anak2 kita dipisahkan adik beradik. Kalau nekcik tak nak biak kucing tu, banyak cara, pil perancang ada, suntik boleh, ikat peranakan pun boleh. Kalau kcg dikurung selama2pun sian juga, elok lepaskan separuh hari, biar dia main2 diluar.

    ReplyDelete
  6. Salam,saya nak tanya,kucing saya patah di tulang belakang dan sudah tak dapat mengawal pundi kencing dan saluran air besar.dr kata lebih baik pts kerana kucing itu akan lebih teruk keadaannya di masa hadapan dan lebih merana.apa pandangan saudari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudari shuhada, itu kena tanya org yg lebih mengetahui, macam ustaz ke. mungkin bila dah sakit macam tu dibolehkan, tapi kalau kcg yg sihat2 di pts mmg berdosa.

      Delete
  7. Salam sis. Sy pencinta kucen. Ntah knapa lps bgun subuh td tetibe sy terpikirkan pusat kurungan dbkl tu. Menangis skjp tekenang keadaan kucen2 kt sana yg dikurung dlm cage yg kecik n tmpt yg busuk.

    Sy pnh ke sana 2x thun lps. Time tu sy cari stray yg sy slalu bg mkn n tetibe ilang.upenye dpt info dorg dtgkp. Sedih sguh tmpt tu sis. Dlm cage kecik, kucen2 dduk betindih2 ats bdn sesama dorg.kesian. tgu ms nk di PTS agaknya.

    Sy bley pk td cne la nk buat bantahan ye? Kerana sy pecaya rata2 ramai pencinta kucen yg xsetuju dgn PTS ni. Kalu sy, cara mereka dikurung pon sy nk buat bantahan jgk. Sedih dan geram la haiwan kesayangan nabi junjungan kita diperlakukan centu :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam cinta666, TQ sudi baca blog saya ni, Saya pun sedih sungguh bila baca blog Kakimotong (papahero) bila dia cerita pasal kucing yg dikurung di Dbkl. Setakat yg saya boleh tolong ialah berdoa supaya dbkl dann org2 yg zalim ni diberi petunjuk supaya mereka insaf. Mana lah tahu doa saya dimakbulkan lalu DBKL buat rumah yg selesa untuk kcg-kcg yg ditangkap ni. Marilah kita sama2 berdoa. Tapi dri blog papa hero tu saya sedikit lega kerana papahero menyelamatkan kucing2 di kurung tu. sebelum ni entah berapa ribu dah diPTS. Biarlah mereka yg zalim tu akan terima balasannya kelak.

      Delete