Kuih gunting buat semalam, sesaja sebelum puasa terasa nak makan. Raya nanti mesti buat ni.
Resepinya,
1 cwn tpg gandum
1 sudu Besar minyak masak (panaskan dulu)
1/4 cwn air
1 SB udang kering
1/2 SK jintan putih
1/2 sk jintan manis
2 biji cili padi (ikut suka)
3/4 sk garam
Daun kari (2 helai) gunting halus (kalau x suka takpe)
cara
Udang ditumbuk. Minyak panas tadi masuk dalam tpg gaul (lebihkan sikit minyak tu boleh) masukkan semua bahan gaul lagi masuk air, klau keras sangat tambah sikit air, tp doh kena keras barulah kuih jadi elok.
lepas tu masuk aje dlm mesin mee. Mula2 leperkan doh masukkan lubang tu, supaya leper yg tebal, pastu ekjas mesin tu supaya lebih nipis. pastu masuk kelubang yg tengah t u.
Bila dah dileperkan masuk pulak di ruangan tengah2 tu
goreng
siap untuk di makan
No comments:
Post a Comment