Ini pulak gambar anak no. 3 bersama kawan semasa raya 2010. Gambar ni ada kisah menariknya. Selama ni saya tak kenal emak kawan sekelasnya adalah kenalan saya semasa sekolah ABS dulu. Bukan satu batch tapi mmg kenal dan kawan juga. Emak dia muda setahun dari saya. Bahkan masa mak dia kawin dulu saya pergi.
Tentu bekas pelajar ABS sekitar thn 1980 kenal dengan Roshayati Harun. Dia mmg popular, Ratu trek. Ha...... tu lah anak dia, yg lelaki tu, anak saya yg tengah2 tu. Kalau dulu emak sama sekolah. sekarang anak lak sekolah sama dan kawan baik lak tu
Anak ke 3 lebih mesra dipanggil kak De. Hobi dia ni suka posing dan rakam gambar. Kalau gi mana2 suka bertemankan camera. Agak2nya nak jadi model atau jurukamera kot. Janganlah kerja glamour camtu pilihlah kerja yang boleh lebih memberi kebaikan kpd org ramai macam guru, doktor atau apa2 saja yg tak glamour. Bukan menghina kerja model2 ni. Kalau ingat masa tadika dulu berbulan menunggu k. De depan kelas tu. Bila ok tak payah tunggu dah tapi bila naik thn 1 menanggis semula mintak ditunggu sbb tak biasa dgn kawan baru. Kena tunggu lagi. Tapi bila dpt straigh A masa PMR dan dpt tawaran ke MRSM bersemangat nak gi. Kak de tak payahlah duk asrama, sek sini jelah. tp abah galakkan dia ke MRSM, kata abah kena belajar hidup sendiri jgn asyik berkepit dgn mak abah. Cubalah k. De. kalau rasa nak tukar sek. kat sini nanti cakap dgn mak ok. Tapi insallah tamatpun sampai f 5. Tengok gambar masa dinner kat MRSM tu.
Melaram habis.
No comments:
Post a Comment