Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Saturday, September 21, 2013

Jalan jalan ke Melaka

Sempena cuti 1 malaysia baru ni kami jalan2 ke Melaka. Entahlah....kalau sebut pasal jalan2 ni seronok pun ada, x seronok pun ade. Bab melancong ni rasanya boleh dijadikan hobi pada orang yg banyak duit. Macam saya orang biasa2 aje jadi bila jalan2 tu rasa membazir pulak. Orang ni macam2 jenis, ada yang suka jalan2 tanpa pikir duit ada ke x ade, janji dapat melancong sampai ke luar negarapun mampu. Padahal x ade sekaya mana. Macam saya ni selalu risau kalau bab menghabiskan duit, kira saya ni kedekut jugalah, he  he.he. Bukan kedekut tapi berjimat. Anak2 masih belajar, banyak perlukan duit kan.

Bila balik jalan2 ni, badan penat tau2 ajelah dah tua ni, kain baju kotor menimbun, duit habis,  he...he... Bila pikir semula kalau duit yg bayar hotel, makan2, duit minyak tu saya bawa ke parkson sambil belek skincare yg mahal, makeup yang mahal2, pastu terus beli, kemudian ke tempat baju yg mahal2 lak, alangkah seronoknya. Lepas tu gi spa, facial ooooh alangkah bestnya. Beranganlah tu. Seronokkan? Lain org lain minatnya, ada yg suka yg advanture, macam saya ni suka belaka, tapi suka suasana yg tenang dan aman. Kalau tidur hotel aman tak? Bagi saya tidur hotel mmg x selesa tak boleh membuang mulalah perut rasa x selesa.  Tandas kat rumah juga yg selesa. Tak sabar nak balik rumah. Seperti yg dikata melancong ni untuk org kaya, sebb bila melancong sampai hujung dunia pun duit dia x luak, masih boleh beli apapun. Macam saya yg biasa2 ni satu dah dapat yg lain terpaksa tunggu. Walau apapun melancong ni seronok gak, tengok tempat org, dan makan2 tempat org yg beza dr negeri kita.

Oklah, bab melancong ke melaka x payah citelah semua org tau di sana banyak tempat menarik, kalau pegi 10 tahun dulu, sekarang banyak lg benda baru yg perlu melawat. Contohnya Coral wonderland, Melaka wonderland. Menara Taming sari (ye ke Menara taming sari 10 thn dulu x ade, kalau salah maaf).  Di melaka ni meriah dgn masakan asam pedas. Macam2 nama ade, Restoren asam pedak kak mah, restoren asam pedas pokok besar, asam pedas ala kampung dll. Google punya google restoren asam pedas claypot sangat popular di Melaka. Kami pun cari.

Inilah asampedas claypot, ia panas berasap, masa dihidang, agaknya itu yg org rasa sedap dri kedai lain yg saya tengok masakan asampedasnya sejuk. Mereka hidang mcm keduri kawin tu je, sbb tu kedai ni penuh sesangat. Pilihan pun banyak kat sini, nasi lemak, nasi ayam, roti canai, roti john, otak2, mcm2 lg. Asam pedas pulak ada banyak pilihan, ikan kembong, pari, parang, asam pedas daging dan x ingat ape lg yg ada.


Restoren ni di Kota Laksamana. Pada selera saya, asampedasnya x sedap sangat, saya pernah dok johor dulu, org sana masak lg sedap, daun kesum banyak. Bleh makan daun kesum tu, Ini pendapat sayalah, masing2 ada pendapatkan. Asam pedas claypot ni cuma letak berapa hirisan bendi aje. Kalau order asam pedas satu claypot tu, dia bagi nasi yg ada sesenduk sayur kobis, sejemput sambal belacan dan sebelah telor masin. Harga 8 ringgit rasanya. Sayur tiada pilihan, sape x makan kobis nasiblah.

Masa yg x sesuai naik basikal air ni waktu matahari naik, apalagi bila turun mata berpinar, macam air tu berpinar.

2 comments:

  1. Thank you for sharing.. nak pergi ke assam pedas claypot. Belum try lagi situ..
    Untuk di sharekan tips menurunkan berat badan

    ReplyDelete
  2. Hi selamat bercuti! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* Villa 827


    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete