Sebelum raya haji kami sekeluarga dan kawan dengan keluarga masing kelangkawi dan balik hari isnin sebelum raya tu. Jalan ramai2 ni seronok sebb semua tempat yg nak dilawat akan sampai dgn mudah dan cepat maklumlah di rancang lebih awal. Tapi tempat shoping mmg paling banyak pegi sbb ada je masa terluang akan kesana.
Gua Kilim Geoforest Park, ni dah kelluar dr gua tu kalau tidak gelap betul dan ada kelawar.
Dilarang pasang lampu
Kami di bawa hampir 1 jam melihat pulau disitu
Kawasan ni banyak burung helang bila campak kulit ayam, ia akan turun
Semua tahu disana pingan mangkuk dn periuk belanga lebih murah dari sini
Bot ni goyang goyang lak
Dipenuhi kabus, kamilah diantara yg terawal sampai sini, senangkan tak rebut2
Pagi lg agaknya, x nampak apepun bila sampai kat atas tu
cantiknya pantai cenang
Telaga mahsuri, kena basuh muka ni, awet muda
Rumah kedah
Itulah di antara gambar kenangan sepanjang di langkawi, walaupun banyak lagi,seperti lawatan di taman hidupan liar. Bila balik kerumah orangdah nak beraya, ape nak masak ni, badan dah penat, ingat nak mendobi aje. Kalau sakit2 badan ni kena cari tukang urut he... hee.Terima kasihlah kepada yg belanja sepanjang percutian ke langkawi ni.
No comments:
Post a Comment