Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Sunday, February 9, 2014

Kucing siapalah ini

Kucing ni kerap datang kerumah meminta makanan, kami andaikan ia kucing terbiar, suaranya mmg kuat semasa meminta makanan, macam lapar sangat.  Kucing ni datang kerumah lepas banjir, jadi agaknya lepas banjir ni mungkin tersesat. Agak2 je lah. Banjir awal disember sejak tulah kami beri makan selalunya pg dia datang sebelah petang kekadang datang kadang tidak. Saya cuba selidik kucing siapa lah ni. Yang menambahkan susah hati ialah kucing ni mengandung. Kami tak sanggup dah nak menjaga, tp nak buang tidak sesekali. Bayangkan di mana dia beranak atas atap ke dalam longkang ke. ...

Hasil siasatan, akhirnya berjaya juga saya bertanya pd tuannya.  Kata Kak zah (tuan kcg tu) kucing ni datan rumah dia dan bila bagi makan dia menetap rumah kak zah, dan tidur kat kerusi luar dan dah beranak 3 ekor, tapi mati sekor. Anak dan ibu ni dibawa oleh anak kak zah ke rumah nya di tanjug Lumpur. Tapi ibu ni dia hantar semula kerumah kak zah sebab kucing lain selalu nak gaduh dengan di pendek ni.  Kami beri nama pendek sebab ekornya pendek.  Nak panggil kontot adik tak bagi, katanya nama pendek lagi sedap. Entahlah...... ape2 pun boleh.

Begitulah hasil siasatan pegawai penyiasat kucing ni....he...he...Saya sebenarnya suka siasat kalau ada kucing melilau di jalanan sbb kesiankan.  Sekarang nni nak jadi pegawai penasihat pulak, tahu tak penasihat ape? penasihat untuk spaykan kucing dan siap sediakan perkhidmatan mengatur appoitmen dgn doktor. Sebenarnya pendek ni dah mengandung. Sekarang tunggu si pendek nni beranak dulu dan nak spaykan dia.
Kena bagi kesedaran pada orang, kekadang dia biar je kucing beranak, bila kepenatan sebab dah banyak, buang kepasar, bertambahlah kucing jalanan.

Oklah terlanjur bercerita pasal sipendek mari tengok si anak kambing yg comel ni.


Ni semasa balik ke Raub raya cina baru2 ni. Kami menginap di chalet Mak tam selama 2 hari.


Ini dia chalet mak Tam, chalet ni untuk kita2 je, tak di sewa untuk org lain, he..he...


Bilik yg selesa

Tempat mancing boleh baring lagi. Uncle Abu sedang rehat2
Abang dah lepak2

Pandangan kolam dr atas rumah, banyak pokok kelapa, sambil mancing bila haus petik aje kelapa muda,

ayam mutiara
sempat juga gi pulau chekas


                                                               Best sejuk terkata


Kat atas tu mancing kat kolam, tapi sebelah petang nak magrib senang dapat ikan, apalagi sedapnya makan ikan fres, hari2 makan ikan fres

Selalunya bila balik Raub kami berkumpul rumah aruah mak, tapi chalet ni jauh dri rumah, ini Mak Tam buat chalet untuk mancing2, bagi kambing makan, ayam makan, kalau musim buah, petik buah.

No comments:

Post a Comment