Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Thursday, February 27, 2014

Anjung Singgah di Jalan Lekiu

Mungkin ramai yg x tau apa itu anjung singgah, ia adalah tempat penginapan sementara kpd rakyat Malaysia yg berumur 18 thn keatas.  Bagi mereka yg tiada tempat tinggal, tiada pekerjaan, yg jelasnya org susah atau gelendangan. Bolehlah tinggal disini.

Metro 24 feb 2014
Wartawan Metro, Tuan Asri Tuan Hussein dan Shamran Sarahan, menyamar sebagai gelendangan, tp dapat layanan yg buruk dr anjung Singgah. Bagus betul wartawan ni keluar cerita tentang Anjung Singgah. Saya sebenarnya memang tau tentang kesombongan pekerja di Anjung Singgah ni, tapi tak tau nak mengadu pada siapa.  Wartawan ni cuma menyamar untuk mendapatkan tempat bermalam, tapi belum inteview lagi orang yg tinggal di Anjung Singgah tu. Kalau inteview penghuni situ lg banyak cerita best. Saya harap repoter ini cuba jejak org yg menginap di AS (anjung singgah). sbb mereka ni pagi akan keluar bekerja, ada yg jadi tukang masak, jaga, dan mcm2 lg. Kalau nak inteview mereka di AS jangan harap. Wartawan tidak dibenarkan masuk kesitu. Dulu anak saya nak buat projek di AS mereka dah pesan jgn bawa press, kalau nak mereka sediakan press.

Anak saya pernah ke AS sekitar tahun 2012, kerana urusan pelajarannya di UITM. ( anak belajar di uitm Shah Alam) Mereka pergi ramai kira satu kos, sebab ada tugasan di sana. Semasa di AS anak dan kekawannya mmg nampak pekerja di AS ni mmg tak mesra dengn penduduk di situ, suka marah2.  Itu depan student, kalau belakang tentulah lagi. Bila lepas projek di AS tu anak beria2 cerita keadaan di sana. Kita yg mendengar ni mmg sedih sangat, rupanya ada juga manusia yg jahat mcm tu kepada orang susah.

Penubuhan AS ni mmg sangat bagus tapi mereka pilih org yg salah dalam menguruskan tempat tu.  Mereka ni cuma nak gaji dan tidak jujur dalam bertugas. Masih ada lg gambar di AS.


Temanya, Percikan Sinar Bisikan Harapan.

Student UITM berbaju hitam dan biru.

Anak dan kekawannya.

Inilah muka2 penghuni di Anjung Singgah, ada tua ada muda.

Lagi penghuni di AS, yg baju putih tu cina, kata anak dulunya ahli perniagaan.

Lagi penginap AS, yg baju putih jalur tu org kedah, datang ke KL mencari pekerjaan dan jadi penghuni AS, Bila dengar ceritanya sedih sangat, rasa kalau kaya mahu carikan rumah untuknya supaya kembali bersatu dgn anak2nya.

Yg baju merah bertopi tu masih muda, pernah belajar di uitm, tp tak abis, x tau boleh jadi gelendangan, kerana tak disukai keluarga katanya.

Pak chik bertopi tu nama samarannya janggut, katanya chow kit road tu tempat dia dari muda2 lagi , kalau ada gangguan ketika di CKR sebut aje nama Janggut.  he... he... Kalau nak cerita yg sedih dan mendebarkan berceritalah dgn mereka disini. Tp bila berbual disini, mereka di kawal oleh penyelia disini, mungkin takut cerita mereka terdedah.  Penghuni ada mengadu layanan disini tidak baik.

Berbaris untuk dapatkan makanan free, makanan free disediakan untuk fakir pd hujung minggu saja, maksudnya untuk org luar yg tidak tinggal disini

Berbaris...siankan tengok mereka

Penghuni perempuan di Anjung singah ada 2 orang mase tu. Yg baju oren tu adalah penghuni AS. Sedang beri penerangan tentang gambar dr kumpulannya.

Pak cik janggut dan yg muda lelaki berbaju gelap tu penuntut UM dulunya. Mereka ni ada kerja berkumpulan.

Bergambar kenangan dgn pegawai di AS, tak tau lak pangkat ape ni, boleh tahan sombong

Ni sorang lagi pegawai kat sana, muka mcm cina tapi malayu

Bergambar kenangan


Yg baju hitam tu salah sorang pekerja di AS, sebelum dtg disini studen mencari berbagai sponsor, air, cup cake, baju budle dan macam lg, tapi barang2 yg suruh diagih kpd penghuni AS tidak diagih masa tu, bila agaknya barang2 makan yg diangkut kebelakang tu nak diagih. Yg baju hitam tu berdalih mcm2 kata kejap lg. akhir nya smpai kemlm acara dah habis.



melukis


seronok main water color

Berkemas, kepenatan.

Harap2 sangat semoga menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Rohani tu ambil berat tentang kehidupan di AS ni.  Sejak 2012 lepas dengar cerita tentang kesombongan pegawai2 AS ni saya selalu berdoa selepas solat semoga orang dianiaya akan dilindungi, begitu juga haiwan2 didunia ini saya turut mendoakan keselamatan mereka, dan diberi peringatan dan pembalasan kpd org2 yg zalim.  Betul ye doa   kita akan dimakbulkan antara cepat dan lambat aje. Semoga dengan tersiarnya berita di Metro ini menteri tu sedar akan kelemahan pegawai2 disitu. Amin.

4 comments:

  1. masih ramai yg bongkak dan sombong bila diri di atas tdk fikir andai satu hari mereka jatuh dan jadi seperti gelandangan itu apa yg akan mereka rasa.....

    ReplyDelete
  2. kawan2 saya ramai yg perlukan pekerjaan, malah saya sendiri dah email jawatan kosong di semua cawangan anjung singgah namun ZERO yang reply. sory to say org melayu mmg memilih kerja.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Sekadar perkongsian... aduan kepada Kerajaan tentang mana-mana agensi di bawah Kerajaan boleh dibuat di sini. https://www.malaysia.gov.my/1-malaysia-one-call-centre Pusat panggilan setempat ni dibuka 24 jam setiap hari dan boleh dihubungi melalui pelbagai cara termasuk telefon, emel, Facebook dan Twitter.

    Saya tak pernah guna pusat panggilan setempat ni yang khabarnya baru mula tahun 2013. Yang hairannya macam tak disebarkan kepada orang ramai. Saya jumpa pun secara kebetulan.

    Kalau dah cuba, mohon maklumkan kepada kami, apa hasilnya. Terima kasih :)

    ReplyDelete