Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Monday, March 25, 2013

kucing jalanan dan PTS (Put To Sleep)

Tak habis2 lagi nak melalut pasal kucing, Bila baca blog Papa Hero rasa macam sakit hati sangat, sakit hati kat siapa ye.... siapa lagi pada orang2 yg kejamlah pada kucing dan anjing. Kucing2 dan anjing di tangkap bila terima aduan dri mana2 pihak, dikurung kemudian di PTS. Tau apa PTS tu, maknanya suntik haiwan tu bagi mati.  yg selalu buat aduan tu tokey2 restoren lah. Seperti cerita papa hero anjing kwsn taman perumahan dia ditangkap Majlis daerah kajang. Anjing tu ditangkap kalau x dituntut dlm 7 hari anjing tu akan dilupuskan (PTS). Sekarang ni geng papa hero menyelamatkan kcg dan anjing di pusat kurungan DBKL pula..Di kuantan pula sekarang ni start 18 mac sampai 21 mac rasanya (kalau silap maaf) MPK (maj perbandaran Kuantan) menangkap anjing, agak nya dikurung kemudian dilupuskan.

Dalam harian metro pulak anjing2 dari pasukan berunifom iaitu Polis, jabatan kastam, ATM juga dilupuskan, dapt bantahan dari pecinta2 haiwan, tp mereka jawap anjing ni kena lupus sbb umur anjing dah 11 thun menyamai umur manusia umur 60 or 70 thn. Anjing tu dah ada berbagai penyakit. Ada org yg baik hati nak anjing tu mereka x bagi sebab itu syarat pasukan berunifom, tak boleh serah anjing yg terlatih ni pd sesiapa. Kejamkan...(siapa mereka2 tu, entahlah cari jawapan sendiri).
Harian metro 20 Mac. anjing2 di PTS, sian kan



Wahai mereka2 yang membuat undang2, meluluskan undang2 semua tu, hanya Allah yg berhak mengambil nyawa mahluk didunia ini, manusia tak berhak mengambil nyawa haiwan2 macam tu.Terimalah balasan diakhirat nanti. Itulah sebabnya pemerintah negara perlulah org yg mengetahui hukum hakam agama barulah tahu itu dosa ini pahala. Diakhirat nanti kita akan saling salah menyalah, macam pekerja akan menyalahkan majikan, yg tukang suntik tu kata dia menerima arahan dri pegawai atasan, peg atasan pulak kata pegawai di DBKL arah suntik, lepas tu DBKL kata kerajaan dah bagi arahan, entahlah..... tp mahkamah ahkirat sangat adil x macam mahkamah disini boleh rasuah2.

Di mahkamah akhirat nanti anak dengan ibubapa pun saling salah menyalah, kalau didunia ni punyalah sayangnya anak pada ibu, dan ibubapa lak sayangnya dgn anak, tp disana nanti bila ditanya akan dosa2 yang dilakukan, anak akan menyalahkan ibubapa tak ajar, isteri pula menyalahkan suami tak beri didikan. Itu baru suami, ketua keluarga, macamma agaknya pemimpin negara anak, isteri, rakyat jelata. Nak kira timbangan punyalah lamanya.

Berbalik cerita tentang PTS tadi, sepatutnya kerajaan kena hapuskan, sekarang ni KTAJ dan lain pertubuhan NGO macam Papahero dah tubuhkan Aktivis Haiwan Terbiar (kalau x silaplah) Beliau skrg ni berjuang mengeluarkan haiwan dlm kurungann DBKL. Pertubuhan2 ni berkempen untuk kasikan haiwan2 supaya populasi haiwan jalanan berkurangan. Bukannya bunuh haiwan untuk kurangkan populasi. Kalau org yg buta mata dan pekak tellinga tentu ketawa dgn kerja2 papahero tu. Biasanya tokey2 restorenlah yg buat repot, kononnya haiwan terbiar ni kacau kedai diorang menyebabkan pelanggan lari. Sebenarnya kalau tokey ni buat baik dgn haiwan lg ramai org dtg. Rasulullah sangat mengasihai haiwan, anjing sekalipun. Sebuah hadis seorang lelaki masuk syurga kerana beri anjing minum.  Kita beri makan haiwan itu sedekah sebenarnya. Walaupun kita tak kaya macam saya nni tak ada duit berjuta2, kereta menjalar walau pun dah pelihara kucing sejak dulu. Tapi sangat bersyukur dengan keadaan macam ni. Rasanya rezeki dah melimpah ruah Allah bagi, misalnya dikurniakan anak yg ramai, anak yg baik2, bijak2, itupun rezekikan. Dikurniakan hidup yg bahagia juga rezeki, tiada masalah, dikurniakan kesihatan yg baik itupun rezeki. Cuba kalau dapat anak bermasalah tak ke pening kepala dibuatnya. atau diberi penyakit yg kronik, tentu kita stress dan masa terbuang duit terbuang kerana rawatan yg terpaksa dibuat. Jadi alhamdulillah... semua ni kerana kita iklas menolong haiwan2.

Ada org yg alim (sebenarnya ilmu agama dia cetek juga) tak suka pelihara kucing dalam rumah katanya macammana nak sembahyang, tak sah solat kita. Salah tu. kalau kita beli majalah AL Ustaz bulan Mac ia mengupas banyak perkara tentang pelihara haiwan ni.  Islam sangat mudah sebenarnya yg jadi susah tu sbb ilmu agama tak cukup.

Inilah majalah al ustaz.

Entah ape2 mengomel macam mak nenek pulak, tak pe blog ni bukan ada folower pun sapelah nak baca, kalau blog popular menulis mcm ni teruk kena marah dek orang gomen. Pandai2 kata undang2 dia tak betul. Pandai pulak kata PTS tu berdosa, tapi mmg berdosa pun. Allah saja berhak mengambil nyawa mahluknya. Amin....

Saturday, March 9, 2013

Air Terjun Sungai Pandan, Pancing Kuantan

Kalau orang kuantan panggil air terjun pancing je, xtau lak macammana ada nama sungai Pandan tu. Minggu ni kami berkelah di sana, sejak duduk kuantan dah hampir 16 thn baru ni kami berkelah disini. Kali pertama datang dulu round2 aje tepi gerai tu. Kalau dulu masuk ke air tejun x perlu bayar, tapi sekarangni kena bayar lak. Dewasa rm2 kanak rm1. Disini sebelum jam 6 petang kena keluar dari kawasan air terjun ni. Tempatnya dah makin cantik, ada surau, kolam renang, gelongsor. Kami diKuantan ni dah jemu mandi laut, jadi mandi disini air nya sejuk betul, x perlu bilas macam mandi dilaut kan.

Gelongsor
Tingginya air terjun
Kolam untuk kanak kanak

Seberang sana ada surau

Ada jambatan gantung



Saturday, March 2, 2013

Birthday Abah yg ke 55

Sebenarnya sambutan hari jadi abah ni pd Disember 2012 ari tu, tp gambar lambat keluar , tak apelahkan untuk kenangan anak beranak aje. Abah lahir hujug thn iaitu pd 30 Dis 1957, tahun merdeka tu, kiranya thn 2013 ni umur abah 56 lah, umur pencen tu he..he... Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikekalkan sihat dan mcm2 lagi lah.

Makan steambot. Kami makan2 di Lilawadi aje sebuah restoren yg tersorot di tepi kuala tp ramai yg tahu disini best.

Abah makan sikit aje, abang yg lebih2 nya

Bergambar dgn anak anak
Dengan emak
Ini yg kami cari di Lilawadi, kek cheesse mangga. Dibahagian bawah tu ada lapisan biskut.
Kalau tak makan di sinipun boleh beli kek ni aje, kalau makan tentunya beli untuk dibawa balik simpan dlm freez, sedapnya.