Welcome to my blog~

~Welcome to my Blog~

Marilah sertai blog saya , Follow blog ni , saya follow semula

Wednesday, June 24, 2015

Majalah Kucingku (edesi pengenalan)


Tak sangka abah yg tak berapa minat kat kucing tu beli majalah ni. He..he... lucukan.  Dia tau saya sukakan meow. Masa dia kekedai buku beli paper tenampak majalah ni edisi pengenalan. Elok juga majalah ni banyak pekara penting bekenaan kucing yg perlu kita baca.

Mungkin abah beli majalah ni sbb gambar model kat cover tu sebiji macam tembam, atau bangbam. Itu nama meow yg kami pelihara ni. Kadang2 kami panggil kakak bangbam, sebab dia yg paling senior. Nak tau umur dia bape. Dah 14 thn. Kalau nak tau baca kisah dulu2 macam mana saya dapat kucing ni.

Tengok tu bambam tido atas majalah tu. serupa betul dengan bambam. walau pun umur dah 14 thn masih sihat, masih gurau2.

Kalau tido kena dua kerusi.

Cara bangbam tido. selesa sangatkan.

Kucing kami yg pelik, suka makan kuaci bunga matahari. Namanya putet

Banyak lagi lah mcm2 cerita bebudak ni, nak umplod gamba pun malas.


Monday, June 8, 2015

Jalan-jalan ke Lost World of Tambun

Kalau pasal jalan-jalan ni, bukanlah minat sangat tapi kerana anak2 kena lah pegi jugakan. Jalan-jalan kat Malaysia je bukanny luar negara mcm org yg ade2 tu. he...he..Mungkin belum ada rezeki lagi kot. Ini lah gambar2 kenangan disana, nak cerita lebih2 pun mungkin org lain dah semua pernah pegi kat sini. Tapi gambar2 ni penting juga kan sebagai kenangan maklumlah zaman sekarang tak simpan dah gambar dalam album.





Tempat ni airnya panas.

Di bahagian atas ni panasnya 43 , arahannya cuma 15 minit boleh berendam tp tak merasa lah, ramaikan yg nak berendamnya.


Kawasan air panas ni


dalam gua tu tempaat yg plg panas di antara tempat yg lain tadi tu, dalm tu mcm berkabus mcm wap lah.

Dalam perjalanan balik kami singgah bermalam di kawasan kampung iaitu sekincan kira dekat dengan Tanjung karang, Sungai Besar. Kawasan ni berdekatan dengan laut dan sebelah jalan lagi di penuhi dengan sawah. Rasa teruja nak bermalam di sawah tapi homestay tu penuh, jadi tuan home stay tu suruh menginap di ditepi laut, nama homestay tu D Menara. Memang banyak menara lah boleh tengok pandangan laut dari atas.  Abang seronok sbb dia dah bawa pancing untuk memancing di laut. Dia kata tak suka memancing ikan di sawah.

Harga homestay tu murah 100 je semalaman rumahnya besar juga, tapi bg mereka yg ada anak kecil mmg susah kalau menginap di sini sbb bilik airnya di luar mcm suasana kg tu. Klau org popuan pun susah juga. Kalau rumah yg warna kuning tu ada bilik air kat dalam, 100 juga, tpi masa mandi airnya bertakung. Bila beritahu tuan homestay tu dia suruh pakai terompah, alahh seksa betul, balik2 mandi kat luar gak.

Kalau lah homestay tu sediakan tandas dlm rumah, kemudian tv pun ada dlm rumah tentu lebih selesa sambil baring2 boleh nonto tv kan. Ini tv letak kat luar. Kalau selesa mcm tu tentu harga pun selesa gak. Ini 100 je padanlah dgn mcm tu je. Lg pun mungkin owner hstay ni nak kan cara kg. Kena mandi kat luar. Nasib baik tak mandi perigi. Mcmmana pun layanan dr owne mmg puas hati. Owner tu tinggal sebelah homstay tu je.





Ini lah homestay D Menara tu, rumahnya mmg cantikkan, mcm rumah kg, lantai papan, tiada katil, tidur atas tilam yg terhampar atas lantai.


Abah dah nak tido

Bila buka pintu akan kelihatan pokok nipah yg berbuah dgn lebatnya, juga terusan atau parit yg dipenuhi kiambang.


Macam buah salak 


Sebuah lg homestay yg sebelahnya ada menara.

Jambatan melintasi parit atau terusan menuju ke laut

Hujung jambatan tadi dihadapannya laut


Tempat makan atas jambatan tu sangat selesa ada singki.

Tuan punya homestay ni suami isteri adalah guru, kucing pun banyak juga kat sini, agaknya tuan punya homestay ni punya sebab bersih dan manja je.

D menara waktu malam.


model mana pulak ni macam mak nenek je


Kami di bawa ke D sawah untuk mellihat sawah padi yg luas terbentang, kebetulan padi tengah menguning. 



Padi sendang menguning, nampak yg sebelah lg tu telah di tuai (ye ke tuai, kena potong kot)

Berselfie 

Begitulah percutian kami yg entah apa2. hee...hee. tetapi masa bersama tu sangat penting. Jalan sama2, makan sama2. Itu yg seronok. Seperti yg saya kata tadi jalan2 atau melancong ni bukan lah minat sangat. Melancong ni hobi orang kaya2. Agaknya kalau dah kaya nanti minat melancong tu akan datang dengan sendiri. Masalahnya bab membuang, kalau di hotel 6 or 10 bintang pun tak sama dengan tandas kat rumah. Di rumah lebih selesa. Kalau jalan2 macam ni perut pun tak selesa, mandi pun tak selesa, nak bilik air kat rumah juga. Entahlah agaknya kalau jadi mcm org yg selalu melancong tu mcmmana yek. sampai ke Paris, nun menahan dr membuang.  Saya lebih suka masak memasak, jahit menjahit, kemas rumah, sebenarnya itu yg paling membahagiakan.

Akhirnya nak cerita pasal nasi ambeng, tentu tau nasi ambeng kan. Orang jawa punya masakan. Masa di johor dulu saya makan nasi ambeng sangat sedap. Konon nya nak makan lah di sini sbb sini mmg banyak gerai nasi ambeng. Bila makan terus hilang selera. Smbal kelapanya manis sangat, goreng mi pun manis juga, smbal goreng (sayur yg campur tempe, soon, kcg panjang) juga x sedap langsung.  mengalahkan masakan org kelantan, manis2 semuanya  Kami makan di gerai ibu di Tanjung karang. 

Tulis kat situ kononnya masakan turun termurun. Tapi soto mmg sedap.

Nasi ambeng, (nasi putih + ayam urep + sambal goreng + sambal kelapa + mi goreng)
Gerai Ibu ke Restoren Ibu, lupa lak. Di Tanjung Karang. sebelum cendol drive n true yg sangat popular tu.